Part 10

4.6K 149 21
                                    

"SO kookie kamu dah fikirkan?" Suara Tuan Jeon memecahkan keheningan di ruang makan, pada malam itu.

Jungkook mendongakkan kepala, memandang ke arah Tuan Jeon. Dia faham, kemana arah bicara Tuan Jeon itu.

"Hmm. Bagi kookie fikir dulu."

Tuan Jeon hela nafas berat mendengar ucapan Jungkook.

"Sampai bila kamu nak fikir? Banyak dah waktu terbuang cenggitu aje, appa beri kamu fikir untuk urus company Jeon Holding tu. Appa tau kamu ingin sekali jadi lecturer tu, dan kamu berjaya mencapai cita-cita kamu untuk jadi lecturer kan?"

"Tapi fikirkan lah masak-masak. Appa ni dah tua. Susah sangat ke, kamu nak tunaikan permintaan appa? Ke kamu nak tunggu appa masuk dalam kubur dulu, baru kamu nak ganti?"

Jungkook terkedu mendengar kata-kata Tuan Jeon. Hana menunduk sambil mengkuis-kuis nasi goreng kimchi itu. Nafsu makan dia sudah hilang.

Puan Jeon mengusap lengan suaminya. Sebak didada cuba ditahan, bila mendengar ayat terakhir Tuan Jeon.

"Baby.. tak suka lah cakap macam tu." rengek Puan Jeon. Pipi suaminya dielus. Tuan Jeon menjulingkan matanya.

"Mmm." gumam Tuan Jeon acah sayu. Dahi kereputnya berkerut. Bibir terjuih. Dia bangun dan berlalu dari ruang makan ke bilik.

"See! Your dad is broken heart! Because of you! Pergi pujuk appa kamu tu! Kemain tadi berayat sedih tangkap ulam jantung, ni merajuk pula orang tua tu! Omma tak nak ambil tau." bebel Puan Jeon.

Dia turut berlalu mengikut langkah suaminya dari belakang, meninggalkan pasangan sejoli merpati itu.

Jungkook meraup rambutnya kebelakang kasar.

"Shit!"

Hana hanya memerhatikan tingkah Jungkook.

"Apa tengok-tengok! Tak pernah tengok orang serabut ke!" Sergah Jungkook mengejutkan Hana.

"Oh kau hitam?!" Latah Hana. Jungkook tersentak sejurus mengusap dadanya. Nasib dia tidak turut melatah.

• • • • •

"APPA oh appa? Appa sayang comel-comel, miut-miut macam Ismail Izzani.."

Suara Jungkook mendayun-dayun dicuping telinga Tuan Jeon yang sedang membaca buku yang berada ditangan. Mengabaikan si anak Jeon bertuah itu.

Jungkook mencebik, bila Tuan Jeon tidak hiraukan dia. Matanya melilau melihat bilik bacaan ayahnya. Banyak buku tebal dan nipis dari abad puluhan yang tersusun indah dirak.

Tempat Tuan Jeon yang berteleku dimeja kerja dituju. Dia ada misi. Misi pujuk Tuan Jeon yang merajuk hati dengan dia.

"Appa sayang masih merajuk ke?" Soal Jungkook. Mendudukkan dirinya dikerusi kulit yang berhadapan dengan Tuan Jeon. Tangan dilipat dan diletakkan diatas meja.

Wajah tua namun, masih hensem Tuan Jeon dipandang. Ololo! Seram betul tengok muka ayahnya yang merajuk itu. Beku dan dingin sahaja. Seulas senyuman pun tiada, apatah lagi menyahut.

Tenung punya tenung muka ayahnya..

Gedebuk!

"Oho badan Nora Elena manyak cantik maa! Eh!" Latah Jungkook akibat perbuatan Tuan Jeon, yang sengaja menghempaskan buku tebal yang dibaca keatas meja.

Tuan Jeon tahan gelak melihat Jungkook yang melatah itu.

Jungkook menarik nafas panjang lalu dihembus secara perlahan. Kecut jantungnya sejenak.

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now