Part 65

1.9K 74 0
                                    

•••••••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••••

JUNGKOOK mengeluh sejenak, dia kembali meneruskan kerjanya yang tergendala itu. Namun, perkataan Hana pada pagi tadi masih terngiang-ngiang dicuping telinganya.

Tok!  Tok!

Bunyi ketukan pintu dari luar,  menyentakkan lamunan Jungkook.

"Masuk!"

Pintu biliknya dibuka dari luar.  Seorang wanita yang berpakaian seksi itu, melangkah masuk.  Senyum diberikan kepada, pengarah syarikat itu.

"Ada apa?" soal Jungkook datar, tidak memandang wajah wanita dihadapannya itu yang merangkap sebagai PAnya.

"Saya cuma nak ingatkan Tuan Jeon, yang sebentar lagi ada meeting. Sesetengah daripada syarikat lain sudah datang awal,  dan mereka tengah menunggu dibilik mesyuarat."

Jungkook bersandar dikerusi, dia menepuk perlahan dahinya. Dia hampir terlupa, dengan meeting penting itu.  Jungkook memandang Han Seujin, pembantu peribadinya.

"Thanks, sebab ingatkan saya.  Saya hampir terlupa tadi,  yang sebentar lagi meeting.  So,  ada berapa minit lagi?"

"Hmm, tinggal lagi 10 minit meeting akan dimulai." Seujin mengulas senyum kepada pengarah syarikat itu.  Jungkook mengangguk faham.

"Okay.  So,  saya nak awak dan beberapa orang yang akan ikut meeting dengan saya.  Sediakan apa yang patut, kita perlu ada kesan yang baik untuk menarik minat mereka tentang produk syarikat kita ini dan menanam saham dalam syarikat kita ini." kata Jungkook.

Seujin mengangguk, sambil matanya tidak lari memandang ke arah Jungkook.

"Awak,  boleh keluar sekarang.  Saya nak sudahkan kerja saja dulu, tinggal beberapa buah fail lagi untuk ditandatangani. Nanti saya temui awak ditempat awak dengan yang lain."

"Baik Tuan."

Seujin membongkokkan tubuhnya sedikit, lantas dia melangkah keluar dari ruangan Jungkook itu. Dia sedikit mengerling Jungkook yang serius melakukan kerjanya.  Dia tersenyum kecil melihat wajah tampan milik pengarah muda itu.

••••••

"KAU, ok tak ni beb?"

Hana menoleh ke arah Woozi yang duduk disebelahnya itu. Keningnya dijungkit kecil.

"Aku ok aje, kenapa?" balas Hana seadanya. Dia mengambil sebiji kuih pau lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Dia memandang orang-orang yang lalu lalang, dari beranda kafe The Ice itu.

Keempat kawannya, mengeluh sejenak. Mereka tahu yang gadis didepannya ini, dalam keadaan yang kurang baik.

"It's okay.  If kau tak nak bagitau kami, tentang masalah kau tu. Kitorang tak kan paksa kau, untuk ceritakan kepada kitorang. Kitorang faham. Maybe, tu masalah peribadi kau dengan family kau ke." kata Jihoon, sambil tersenyum nipis.

Daehwi, Guanlin dan Woozi menganggukkan kepala dengan apa yang dikatakan oleh Jihoon itu.

"Betul tu. So, smile like pretty girl.  Tak naklah, monyok-monyok. Buruk aje, aku tengok muka kau yang monyok tu. Dah macam monkey peliharaan aku, yang bergayut kat pokok rumah aku aje." seloroh Guanlin selamba. Yang lain menghamburkan gelak.

Hana menjeling kesal ke arah mereka berempat. Dia merengus halus.

"Haram setan." kesal Hana dengan gelagat mereka. Nasib baik kawan,  jikalau tidak. Dah lama, makan pelempangnya.

"Rilex ok? Kitkat kan ada?" Woozi bersuara jenaka dengan keningnya dijungkit.

"Kitkat hotak kau."

"Ish kau ni, tu pun nak emo. Hmm,  apa kata jap lagi kita pergi karok.  Nak tak? Bolehlah, minah ni lepas kan stress dia yang menggila tu. Ya tak minah?"

Hana menjulingkan matanya dengan kata-kata Daehwi itu.

"Nama aku Kim Hana,  bukan minah. Stupid boy!" rungut Hana kesal,  seraya memeluk tubuhnya.

Kening mereka berempat terangkat sebelah, bila melihat wajah garang gadis itu.

"Aik? Bukannya nama kau Jeon Hana ke?" soal Guanlin, mengusik.

"Jeon dah lama mati,  yang ada depan kau orang ni. Kim Hana bukan Jeon Hana lagi."

Kata-kata tegas dan datar daripada Hana, membungkam mulut mereka berempat. Dahi mereka berkerut, kerana kurang faham apa yang dikatakan Hana itu.

Namun, mereka hanya mampu mendiamkan diri dan mencuri pandang raut wajah Hana yang ketat dan dingin itu.

********
Tbc 👋

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now