" Maaf sebab tak kenal tuan , puan , saya pekerja baru . " ucap cashier itu sebelum menunduk hormat kepada kami berdua selepas menghulurkan semula kad kredit itu kepada Taehyung .
Aku memandang Taehyung dengan muka keliru . Takkanlah butik MetayeonPelolesCantikCunMelecun ni dia punya jugak ? Apa punya namalah !
" Its okay , nanti minta bos kamu hantarkan barang ni dekat alamat ni . Kalau boleh petang ni dah hantar . " bagitahunya sebelum menepuk-nepuk bahuku bersama senyuman manisnya .
Nak mengurat cashier tu pun agak-agaklah . Aku ada dekat sebelah dia kut . Tahulah cashier tu lawa dan seksi !
" Baik tuan . Annyeonghigaeseyo , tuan , puan . " kesemua pekerja menunduk ke arah kami semasa kami berjalan keluar dari butik tersebut . Fuhh , rasa macam madam besar ohohoho .
" Baik awak cakap , tu butik awak ke ? " aku memandang ke arahnya .
" Tak . Aku cuma pelabur terbesar je . Nah , ambil golden card ni . Guna dekat mana-mana premis yang ada lambang BW warna hitam putih , tu premis yang aku melabur . Kau akan dapat layanan gred A . " aku menyambut hulurannya .
" Ala awak ni , unlimited card ni pun saya tak tahu nak guna untuk apa , tambah lagi card ni ? " aku menilik card itu .
" Guna jelah . Kalau tak tahu guna , simpan baik-baik . " pesannya kepadaku . Aku mengangguk dan terus menyimpan kad itu ke dalam handbangku .
" Awak , anak Seurin lelaki , eh ? Comel tak budak tu masa result ultrabunyi keluar ? " aku berminat nak tahu , nak buat macam mana budak yang dia kandung tu anak suami aku kut .
" Comellah jugak . Dahlah , tak nak cakap pasal dia . " dia mencebik .
" Arrasseo . Arrasseo . Sorry . " aku terus berhenti bercakap pasal Seurin .
" Anyway , macam mana awak boleh tahu saya dekat sini ? " aku menyoalnya lagi .
" Pimil(rahsia) . " balasnya sambil tersenyum manis . Aku sudah mencebik , suka sangat berahsia dengan aku .
" Nak pergi tengok wayang tak ? " dia menaikkan kening kanannya beberapa kali .
" Boleh jugak ! " alang-alang tak dapat tengok wayang sebab Jimin gila tu , kita boleh tengok dengan husband terchenta kita ni .
Sedang kami berdua riang bersembang pasal movie apa yang hendak ditonton , ada seorang pakcik tiba-tiba saja melanggar bahuku .
" Auchhh ! " aku mengaduh kesakitan .
Pakcik ni nak pergi mana duh ? Laju semacam ! Mintak maaf pun tak pandai ! Tak belajar adab ke dulu pakcik !?
" Eii pakcik niㅡ !! " aku menarik semula Taehyung yang baru saja mahu menyerang pakcik itu .
" Gwaenchana . Tak sakit mana pun . Biarlah pakcik tu , biasalah orang tua . " aku terus merangkul lengan Taehyung , risau dia buat keras kepala pergi serang pakcik tu dekat mall ni .
" Orang tua ke tak , kalau dah langgar orang , minta maaflah ! Kalau kau jatuh macam mana ? Aku tak nak kau sakit tahu tak ? Aku saman pakcik tu kalau bahu kau merah ! " dia mengeluh kuat . Tangannya digenggam kemas sambil menghantar jelingan maut kepada pakcik itu .
YOU ARE READING
[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyung
Fanfiction⊱ ──────꒰ 2017꒱────── ⊰ 〖 COMPLETED 〗 ❝ Pain makes you stronger , Tears makes you braver , Heartbreak makes you wiser . So thank the past for a better future . ❞ Ini bukan perkahwinan yang dipaksa mahupun perkahwinan yang disebabkan cinta tetapi pe...
제32회°
Start from the beginning