" Seokhee ingat Aunty tak ? " soalku sambil mencubit pipinya perlahan .

" Aunty yang bawa Seokhee pergi balai polis masa Seokhee sesat tu kan ? Lepas tu kita jumpa uncle raksasa maggi . " kata-kata Seokhee berjaya membuatkan aku dan Jihoon ketawa .

" Haeun ni masih lagi tak berubah eh ? Siapa pulak yang kena nama raksasa maggi tu ? " soal Jihoon sambil ketawa .

" Uncle polis rambut kuning . " jawab Seokhee sambil tergelak kecil . Awww comelnya .

" Gembiranya kat sini . Dah lupa awak ada suami nak di layan ? " satu suara yang penuh rasa cemburu menyoal . Dahlah tiba-tiba guna ❛ awak ❜ , rasa seram pulak bila dia guna panggilan tu .

Aku terus memandang Taehyung yang sudah berdiri sambil melangkah ke arahku . Baguslah , dia boleh berjalan sendiri . Tadi aku ajak tak nak , sekarang nak cemburu bagai pulak . Smackdown kang baru tahu !

" Laa , bukan ke awak sibuk dengan proposal projek baeu awak ? Saya main-mainlah dengan Seokhee and also Jihoon ni . " jawabku , saja nak perli dia .

Bahuku dipautnya . Pipi Seokhee dicubit perlahan .

" Appa kamu sihat tak ? " soalan Taehyung dibalas anggukan .

Dahiku berkerut . Bukan sebab dia kenal Seokhee tapi reaksi Seokhee macam dah tak bencikan ayahnya . Baguslah , masalah keluarga dia dapat diselesaikan .

" Kenapa Seokhee masuk hospital ? " soalku kepada Jihoon , apabila aku pandang Jihoon , Taehyung mencubit bahuku . Marahlah tu . Eee , gedik !

" Dia ada penyakit jantung berlubang dan pembedahannua akan berjalan beberapa hari lagi . Jihoon bertugas untuk bedah dia jadi Jihoon ambillah masa nak kenal-kenal dengan Seokhee ni . " balas Jihoon sebelum mencium pipi kiri Seokhee .

Awww , so cute !

" Seokhee-ah , fighting okay ? Doktor Jihoon ni baik orangnya . " aku memuji Jihoon dengan senyuman dan cubitan Taehyung semakin kuat . Sakit gila wei tapi aku kena tahan dulu sampai Jihoon pergi dari sini .

" Nae , Aunty . " sahut Seokhee dengan sebuah senyuman .

" Tak apalah , Haeun , dah masuk waktu makan Seokhee ni . Pergi dulu , ya ? " Jihoon terus melangkah pergi selepas meminta diri .

Aku kembali memandang Taehyung . Tangan kanan bercekak pada pinggang , manakala tangan diri pula menggosok bahu kanan yang sakit . Muka aku pula dah macam tak ada mood .

" Tadi awak layan laptop awak tu tak apa ? Sakit hati saya tahu tak bila awak bercakap tak pandang saya ? " aku mula membebel sambil memandangnya atas dan bawah sebanyak beberapa kali .

" At least , tu dengan kerja bukan manusia . " dia juga bercekak pinggang .

" Tapi baguslah awak cemburu , dah bangun pun dari kerusi roda awak tu . Lain kali jalan sendiri , ya ? " aku baru nak melangkah pergi tinggalkan dia tapi dia boleh pula memelukku dari belakang .

" Kaki aku lemah lagi ni . Tolonglah jangan pergi . Kata nak pimpin aku . " dia mula buat suara manjanya .

Salah aku jugak rindu dia yang gedik semalamkan ? Tak pasal-pasal dia menggedik dengan aku . Rasa nak bagi penampar aje ni haa .

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungWhere stories live. Discover now