Dengan fikiran merawang , aku terus mengatur langkah ke cafeteria dan tiba-tiba aku terlanggar bahu seorang lelaki yang lengkap berkot rasmi doktor . Bahuku dipegangnya apabila aku hampir terhuyung-hayang .

Bibir merah delimanya menjadi santapan pertamaku sebelum ke hidungnya dan seterusnya mata cantiknya . Dia tersenyum manis apabila memandang wajahku . Dia , doktor pakar bedah bahagian kanak-kanak , Doktor Jeojang atau nama sebenarnya , Doktor Park Ji Hoon .

" Lee Ha Eun , long time no see !! " bahuku ditepuknya .

Dan ya , dia merupakan kawan Bae Jin Young dan Park Woo Jin , kami berdua pernah nak dikenenkan bersama oleh dua lelaki itu . Tapi masa tu aku dah berpunya , tak sangka hari ni bertembung pula .

" Hai , Doktor Jihoon . " aku mengusiknya dengan senyuman senyuman .

Tiba-tiba wajahnya berubah , daguku diangkat dengan jari telunjuknya . Aku terkebil-kebil dengan apa yang dia buat . Matanya memandang tepat ke bibirku .

" Pucatnya . " katanya sejurus itu menekap tangannya ke dahiku manakala tangan sebelah lagi ditekap ke dahinya .

" Tak panas . Belum makan , ya ? " dia melayanku seperti aku ialah kanak-kanak kecil yang dia jumpa tepi jalan dan sedang kelaparan .

" Macam tahu-tahu je . " aku terus tersenyum , tak nak dia tanya pasal mata aku atau lain-lain lagi .

" Jomlah makan sekali . Jihoon pun tak makan lagi ni . Jihoon lapar . " dia menggosok-ngosok perutnya dengan bibir yang dicebik comel .

Aku tergelak kecil . Terlupa yang dia ni doktor bahagian kanak-kanak , mestilah comel macam kanak-kanak . Cara bercakap apatah lagi . Tapi memang sejak dulu aku dan dia guna nama sebagai kata ganti nama kami .

" Jomlah , Jihoon . Haeun pun tak tahu makanan apa sedap dekat hospital ni . Yang pasti semua tak ada rasa . " balasku dengan gaya kanak-kanak atau sebenarnya memang diriku bila dengan dia .

Oleh kerana aku dengan dia selalu buat-buat comel dan cakap macam budak-budaklah , Jinyoung dengan Woojin pernah bersemangat nak kenenkan kami . Tapi at last , Gyulhui dengan Hyunji halang rancangan mereka .

Indah betul kenangan lama . Comel je .

" Mana ada . Dekat cafeteria , makanan dia best tau . Rugi tak makan . " Jihoon bersungguh-sungguh memberitahu .

" Arraseo , nanti Haeun try semua . " aku ketawa .

" Haeun macam mana sekarang ? Rumah tangga okay ? " aku sedikit terkejut dengan soalan mengejutnya .

Macam mana dia tahu aku dah berkahwin ?

" Mana Jihoon tahu Haeun dah kahwin ? " seingat aku , dia tak ada di Korea masa tu so dia tak mungkin dapat kad .

" Jinyoung dengan Woojin bagitahu . " aku menepuk dahi sendiri .

" Oh lupa diorang wujud . " aku ketawa , dia hanya tersenyum .

" So macam mana ? Okay ke ? " soalnya sekali lagi .

Aku mengangguk yakin , cuba menyorokkan kebenaran .

" Good for you . Kalau ada anak nanti , biar Jihoon yang rawat dia kalau dia sakit . " kata Jihoon .

" Thanks Jihoon . " aku hanya tersenyum .

Hmm , sempat ke tak ada anaknya ?

Lama kami berjeda , kami tiba di cafeteria . Tanganku ditariknya untuk ke kaunter makanan .

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungDonde viven las historias. Descúbrelo ahora