Dan ya , dia memang bagi ❛ denda ❜ tu tapi bukan dekat bibir sebaliknya dikedua-dua belah mataku . Ni ❛ denda ❜ amende lak ni ?

" Jaga mata boleh tak ? " dia buat muncung panjangnya , macam itik marah orang curi telur dia .

Aku ketawa .

" Yelah , yelah . Saya tengok awak je ni haa . " aku tayang muka comel didepannya , mataku dikerdip beberapa kali .

Dia ketawa .

" Nakal !! " hidungku ditariknya perlahan .

Mengaduh kesakitan aku sebentar . Air mata mula menyerang mata , biasalah aku ni jenis hidung agak sensitif jadi kena sikit pun air mata dah serang mata .

" Opps , sorry . Aku tarik kuat ehh ? " dia terus memelukku sekuat hati macam aku ni anak patung Chuckyerr tak adalah aku seseram tu tapi Annabelle dah ada makhluk ambil .

" Taklah . Hidung saya memang sensitif sikit . Manja . " jawabku sambil membalas pelukannya . Kat luar kereta panas macam mana pun , kalau peluk dia , aku rela berpanas demi dapat rasa kehangatan tubuh diaㅡ Okay cringe .

" Macam tuan dialah . " dia ketawa sebelum mencium serata mukaku .

Beberapa inci saja lagi untuk bibir kami mahu bertautㅡ

" Ehem ehem . Jangan hepi sangat eh engkorang . Aku bukan tunggul kat sini . " tegur Seungwoo sambil membelok ke kiri .

Aku terus melepaskan pelukan dan terus memandang keluar tingkap , malu woi asdfghjklㅡ sumpah tak ingat dia ada dalam kereta ni . Adududu .

" Sibuk ah kau ni , Seungwoo . Pergi cari awek lepas tu kahwin cepat-cepat . Sampai bila nak membujang ? " bebel Taehyung sebelum membuka surat khabar , kaki pun sudah bersilang . Gaya pakcik-pakcik CEO katakan .

" Mentang-mentang ah kau dapat bini lawa , nak desak aku kahwin bagai . Nanti sampai jodoh aku , aku kahwinlah . Bukan apa , aku ni jenis tak nak perkahwinan tu hanya dalam jangka masa yang singkat . Kalau boleh tak nak ada masalah langsung untuk kekal sampai bila-bila . " balas Seungwoo sebelum membetulkan kedudukan kaca mata hitamnya .

Dan kata-katanya membuatkan aku berfikir dalam-dalam pasal rumah tangga aku dengan Taehyung termasuklah masalah yang melibatkan Annabelle Ungu tu . Kekalkah hubungan kami ?

Aku ketap bibir .

" Kau tu picky sangat . Tea lady Jang tu dah lama skodeng kau , minat kau , siap selalu buatkan air setiap hari kat kau . Lawa pun lawa dia tu . " suara Taehyung membuatkan Seungwoo mendengus . Akhbar ditangan sudah tidak dibaca .

" Dia janda anak lapanlah setan . " bentak Seungwoo .

Terus terbang semua dalam fikiranku , diganti rasa geli hati . Seronok tengok dua manusia ni bertekak . Comel saja .

" Janda okay apa , banyak pengalaman . Kata tak nak bosan . " Taehyung tergelak suka , seronoklah tu dapat mengusik .

" Nanti kalau dia mati tinggal anak-anak lapan ekor tu macam mana ? Aku ingat nak kahwin lain kalau bini aku mati tapi kalau aku dah ber-tittle duda anak lapan , siapa je nak ? " Seungwoo masih lagi tak berhenti menbebel , bibirnya sudah dimuncung-muncung . Tak puas hatilah tu .

" Kau kata ramai minat kau , tengoklah siapa yang sanggup . " suamiku ketawa lagi .

Dia nampak gembira sangat dapat mengusik Seungwoo macam tu . Comel je .

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungحيث تعيش القصص. اكتشف الآن