PART 2

11K 313 19
                                    

Jam di meja kerja sudah menunjukkan pukul 10 malam.Faliq masih menghabiskan masanya di bilik kerja nya disaat pintu bilik kerjanya diketuk dari luar.

Senyuman nya di ukir ikhlas saat melihat Hajah Rosnah memasuki ruangan kerjanya.Dia turut bangkit dari tempat duduk untuk menghampiri ibunya.

            "Sibuk sangat anak ibu ni."Ujar Hajah Rosnah sambil tersenyum sebelum melabuhkan punggung dikerusi.

             "What to do"jawab Faliq.

Hajah Rosnah kembali merenung wajah anak lelaki nya.Faliq adalah anak lelaki sulungnya yang masih hidup sendiri.Dia sendiri naik risau bila anak lelakinya seakan tidak kisah hidup menyendiri.Umur pula hampir meningkat angka kepala empat didepan,ibu mana yang tidak risau.Semakin risau andai anaknya itu berubah selera pada kaum sejenis setelah peristiwa berbelas tahun yang lalu.Astaghfirullahal'azim,apa yang aku mengarut ni.Desis Hajah Rosnah sendiri.

Faliq sempat memandang wajah tua ibunya penuh kasih sementara tangan nya mengemas meja kerjanya.

"Ibu ada nak cakap sesuatu ke?"tanya nya.

"Tak ada apa-apa lah Faliq"sahut ibunya lembut.

Faliq segera menghampiri ibunya yang sudah siap berdiri untuk meninggalkan ruangan kerjanya.Jemari ibunya dicapai sebelum dikucup penuh kasih."I know what's in you mind ibu." Ujarnya sambil tersenyum nipis.

Meletus tawa Hajah Rosnah,dia menggeleng-geleng perlahan sambil keluar beriring bersama Faliq meninggalkan ruangan kerja Faliq perlahan.

"Inshaa Allah ibu,Faliq akan tamatkan zaman bujang seperti yang ibu harapkan"

Bersinar mata Hajah Rosnah mendengar kata-kata dari mulut anaknya itu.Bukan senang dia nak dengar perkataan kahwin dari mulut Faliq.Puas dia kenenkan anak sahabatnya untuk Faliq,namun seorang pun tidak menarik minat Faliq.

"Alhamdulilah!Dengan siapa?Ibu kenal ke?"soalnya Hajah Rosnah teruja.

"Nanti Faliq bawa dia jumpa ibu."Jawab Faliq ringkas sebelum melangkah masuk keruang tv."Ibu pergilah masuk tidur"Laungnya.

Hajah Rosnah hanya mampu menggeleng perlahan.Anak sulungnya itu seakan tahu apa yang terbuku didalam hatinya.Baru saja dia ingin tahu gerangan gadis yang dapat membuka pintu hati Faliq,namun cepat saja anaknya itu mengarahkan nya masuk tidur.'Tak pe,esok masih ada.'Bisik hatinya.

Faliq melepaskan nafas lega.Dia hanya duduk diam diruang tv,sambil fikiran nya melayang.'Ardelia....'entah mengapa,nama Orked Ardelia diseru tanpa sengaja.Senyuman nipis terbentuk halus.Tiba-tiba dia menepuk dahinya lembut."Goshhh!I don't have her number."

Dengan kasar dia meninggalkan tempat duduknya.Matanya harus dipejam rapat,otaknya juga harus diberi rehat untuk pembentangan esok pagi.

*********************************************************

Orked menjengah kepala sekejap saat melihat beberapa rakan sekerjanya sedang berkumpul di hujung meja kerja berdekatan dengan tingkap sliding diruangan bilik guru-guru.Sempat dia melirik jam diatas meja kerjanya,lagi 5minit habis waktu kerja mereka.Tangan nya ligat mengemas beberapa buah fail dan buku kerja sekolah yang harus disemaknya kedalam bag kerja nya.Beberapa rakan sekerjanya masih setia menghendap di hujung meja.

Sesekali telinganya mendengar pujian membuat hatinya ingin tahu.Siapa tak kenal Orked Ardelia,memang semua hal dia nak tahu,'ada guru baru pindah masuk mengajar sekolah sini ke?'tanyanya dalam hati.Dengan perlahan dia turut menyertai sesi 'menghendap' bersama dengan guru-guru perempuan lainnya yang memang sedari tadi berada disana.

AKU MAHU KAMUWhere stories live. Discover now