" Mana aci !? " aku menghentak kakiku beberapa kali tanda protes . Actually , in merajuk's mood ni . Pujuklah wei .
" Aku tak ambik Aci kerja kat sini . Dia ada kat Indialah . " dia boleh pula menjawab dengan loyar buruknya .
Ini membuatkan darah aku menggelodak naik , boleh kena darah tinggi aku kalau macam ni hari-hari . Orang tengah nak bermanja-manja , dia balas acuh tak acuh pula . Aku tolak bebetul dalam kolam ikan tu kang ! Biar berlumut habis satu badan dia !
" Pandai loyar buruk ehh sekarang ? Ingat reti beku je sampai mati . " bidasku dengan kasar .
Dia memalingkan wajahnya dengan muka langsung tak kisah dengan bidasan aku tu sebaliknya dia boleh pula menjelirkan lidahnya kepadaku . Bahunya aku tampar sekuat hati , kalau boleh tampar sampai tercabut , dah lama aku buat .
" Woi sakitlah ! " dia mendengus kesakitan .
" Ceh , tampar sikit jerit serupa pondan . " balasku perlahan tapi dia mampu dengar . Tu pun kalau dia tak pekak lagi .
" Kau memang nak kahwin dengan pondan ke ? " soalnya pula .
APESAL NAIF SANGAT DIA NI !?
" Tak ahh . Cakap je . " aku tayang senyuman dibuat-buat . Geram dengan perangai main-mainnya .
Tiba-tiba dia mendiamkan diri pula . Sesungguhnya , Haeun dan heart brokenya tidak dapat pisahkan apabila Taehyung dan silent treatmentnya berleluasa . Aku rasa nak gigit-gigit je telinga Taehyung tu ei ei .
" Haeun . " selepas beberapa saat dia berjeda , akhirnya nama aku disebutnya .
" Yes ? " aku menyoalnya .
" Petang nanti ikut aku pergi Ladang carrot nak ? " soalnnya menjadikan aku teruja gila .
" NAK NAK !! Ladang siapa ? " aku terus menyoal dengan mata yang berkerdip-kerdip ini . Percayalah , mata aku telah bercahaya dengan sinar keterujaan yang bermaharajalela dalam diri .
" Ladang siapa lagi ? Ladang suami kau nilah . " jawapannya membuatkan aku terasa macam diperli pula .
Ceh , mentang-mentang kaya . Nak riaklah ?
" Tak baik riak tau . " macam budak-budak , aku berkata .
" Aku cuma jawab soalan kau . " balasnya sebelum terus berjalan ke gazebo yang dibina khas dipelosok laman .
Aku yang cantik molek ni dah macam dia punya sida-sida dalam sebuah istana tahu tak ? Ikut je dia pergi melepak ataa gazebo tu . Sebaik saja kami berdua berjaya melabuh punggung ke atas gazebo itu , masing-masing berpandangan sesama sendiri .
Senyap sunyi .
Itulah yang perkataan yang mampu menggambarkan situasi saat tu . Mata kami berdua bertentangan antara satu sama lain namun mulut seakan berat untuk mengutarakan suara meskipun satu perkataan . Masing-masing macam nak tenung mata sesama sendiri , seakan mahu mencari sesuatu .
Dan ya , aku tengah mencari keikhlasan dan kejujuran dalam mata dia . Manalah tahu dia tak ikhlas dan terpaksa menipu diri untuk duduk dengan aku selama dua minggu tanpa gangguan buah hatinya , Seurin .
YOU ARE READING
[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyung
Fanfiction⊱ ──────꒰ 2017꒱────── ⊰ 〖 COMPLETED 〗 ❝ Pain makes you stronger , Tears makes you braver , Heartbreak makes you wiser . So thank the past for a better future . ❞ Ini bukan perkahwinan yang dipaksa mahupun perkahwinan yang disebabkan cinta tetapi pe...
제14회°
Start from the beginning