Part 1

23.3K 443 34
                                    

Senyuman nya segera terukir sebaik anak matanya terpandang sesusuk tubuh tegap yang mula keluar dari bangunan pejabatnya.Dengan cepat saja kakinya melangkah menghampiri lelaki itu.

"Assalamualaikum,hai"sapanya.

Lelaki itu hanya memandangnya sekilas sebelum kembali melangkah meninggalkannya terpinga-pinga.

Orked Ardelia senyum!'sombong pula pakcik ni'getus hatinya lalu mengekori langkah lelaki itu.

Bukan dia tidak dengar lelaki itu merengus kurang senang dengan kehadirannya.Dia peduli apa.Dia hanya mahu mendekati dan mengenali lelaki itu.

Sejak pertemuan mereka yang pertama sudah memberi impak yang membuatnya tidak tidur lena sepanjang malam ini.Hari-harinya tidak tenang selagi tidak bertemu lelaki itu.Cinta?mungkin.

Semuanya gara-gara sekolah tempatnya mengajar ada mengadakan sesi motivasi kerjaya.Dan lelaki itu adalah salah seorang yang turut dijemput untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar mereka.Pertemuan mereka tiada kena mengena dengan cerita novel yang klise,terlanggar bahu lalu buku dan fail kerja terjatuh.Terpegang tangan saat mengutip buku yang jatuh.Tiada!Pertemuan mereka hanya dari sesi motivasi kerjaya.

Pertama kali melihat wajah lelaki itu,hatinya tiba-tiba tak karuan,jantungnya berdegup laju,nafasnya seakan semput.Apalagi saat melihat lelaki itu tersenyum ketika menyampaikan motivasi nya.Suara lelaki itu seakan alunan muzik yang sangat indah ditelinganya.

Memang harus lah jika dia jatuh cinta pada pandangan pertama diusianya yang sudah mencecah 24 tahun.Bukan dia sombong,tapi itulah hakikatnya,hatinya terlalu susah untuk menyelami rasa indah bercinta.Kini dia seperti tahu rasa indah bercinta bila jantungnya sentiasa berdebar saat pertama kali bertemu dengan lelaki itu.

Lelaki itu mendengus marah saat mereka sampai ditempat letak kereta.Sungguh dia tidak percaya gadis itu begitu berani menganggu dirinya pada waktu kerja.

            "What do you want?"Soalnya tegas.Dia sangat tidak suka membuang masa.Sesekali matanya melirik gadis yang berdiri didepan nya.Senyuman gadis itu masih terukir.Kelihatan sangat manis,apalagi bila gadis itu mengenakan baju kurung warna biru laut yang mengikut bentuk tubuhnya dan dipadankan tudung bawal berwarna merah cair.

            "I want you!"luah Orked Ardelia selamba.

Lelaki itu mengeluh perlahan,gadis itu ditarik mendekati pintu kereta.Lama mereka mendiamkan diri sebelum lelaki itu meletakkan sebelah tangan nya di cermin kereta.Kedudukan mereka agak dekat hingga membuatkan jantung Orked Ardelia berdegup laju.

             "Look..I don't have time to..."

              "Me too..."potong Orked Ardelia laju.

Orked Ardelia tertawa kecil,membuang rasa gemuruh sebentar.Dia tahu lelaki itu tidak suka dengan keberadaan nya.Rahang lelaki itu nampak bergerak kecil menahan amarah.

            "So sweet of you Faliq "pujinya tanpa sedar.

Faliq mengeluh lagi.Sempat dia pamerkan senyum tatkala beberapa orang stafnya lalu ditempat letak kereta.Dia mengerling jam di tangan kirinya,no wonder!lunch hour already.Bisiknya.

Tangan disuakan didepan gadis yang masih lagi berada didepannya.Tidak berganjak walau sedikit.Hampir membulat matanya bila gadis itu mengucup telapak tangan nya dengan selamba.Dia kembali menarik tangannya,takut dilihat pekerjanya yang lain.Gosh!This girl make me sick!

AKU MAHU KAMUWhere stories live. Discover now