" Apa ni main break mengejut ! " aku tampar bahu dia .

Dia cuma diam terkaku dan langsung tak bergerak . Ehh ? Dah mati kejung ke ? Aku intai muka dia , okay ni pelik . Tiba-tiba je pucat tak berdarah macam baru lepas nampak hantu .

" Kenapa ni , sengal ? " aku menyoalnya sebaik saja aku berdiri disebelahnya .

" Tu.. Tu.. Bukan ke suami kau ? " dia menunding ke suatu arah dan aku terus pandang ke tempat yang ditundingnya .

Ya , itu adalah suami tanpa sengaja aku tapi dia tak berseorangan . Dia bersama seorang gadis yang berambut separas pinggang berwarna unguㅡ warna macam Sally tapi Sally punya lebih cerah , ber-make-up tebal ; kalau tampar ni boleh jerebu satu bandar , baju yang dipakai juga agak mencolok mata yang tak serupa baju ; cuma menutup dada dan biarkan nampak perut dipadankan dengan seluar jeans melepasi kemaluan .

Tch tch tch .

Kesiannya . Nampak gaya macam orang kaya tapi baju mengalahkan orang fakir miskin . Aku yang miskin ni pun reti jugak pakai baju tutup badan , paling kurang tak pakai yang begitu pendek dan ketat macam dia pakai .

Heh , suka sangat tayang body . So , Taehyung suka perempuan pakai macam tu lah ? Padanlah langsung tak malu tengok punggung aku semalam ! Dasar pervert ! Paatutlah tak bagi aku credit card unlimited budget , tengok girlfriend dia punya pakaian dahlah .

Paling tak tahan , kuku dia dicat juga warna ungu dipadankan dengan rambut macam tali cucuk hidung lembu . Heh , ingat aestheticlah tu ? Aku tengok serupa patung Annabelle versi ungu adalah .

Geli-geleman aku tengok ! Gatal ketiak aku dibuatnya .

" So ? Do i care ? Bukan hal aku pun dia nak keluar dengan Annabelle ungu tu . " kan dah bagi nickname baru . Padan muka .

" Pffttt . Isteri mana tak sakit hati kalau suami dia tengah peluk-peluk mesra dengan perempuan lain ? Tayah acah seterong sangatlah .! " dia siku pinggang aku .

" Suami aku Yoo Taeyanglah , aku dengan dia tu cuma sekejap je . Lepas kitorang cerai , aku akan kahwin dengan Taeyang aku balik . " tegasku .

" Dia suami rela ke paksa ke , kalau dah suami , memang suami . And kalau dia tak nak ceraikan kau , sampai bila-bila pun kau jadi isteri tak rela dia . " dia tiba-tiba back up si Taehyung tu .

" Yang kau back up dia sangat apesal ? Dia bagi kau berapa juta untuk back up dia ni ? " bebelku sambil bercekak pinggang .

" Tak ahh , aku cakap je . Lagipun , betul apa . Kalau dia tak nak ceraikan kau , korang berdua tak boleh bercerai jugak . Selagi dia tak turunkan tandatangan dekat borang penceraian . " dia membebel macam dia dah ada pengalaman berkahwin pulak .

" Dahlah , malas aku nak bercakap pasal ni . Jom masuk . Aku takut nanti malam aku tak boleh tidur sebab terbayang Annabelle ungu tu . " aku terus berjalan ke pintu cinema .

" Kau nak makan jari sendiri ke nanti ? Jomlah beli popcorn dulu . " tanganku ditarik olehnya ke tempat pembelian popcorn .

Selepas kami berdua membeli popcorn , kami berdua terus menapak masuk ke dalam panggung . Aku malas nak kisahkan pasangan CEO-Annabelle ungu tu , biarkan mereka . Lainlah kalau nampak Taeyang dengan adik Taehyung tu , yang tu memang mintak penampar guna kaki .

Aku tak faham . Dalam banyak-banyak cerita , kenapa cerita ni jadi pilihan si Bae Jinyoung tu nak ajak Gyulhui ni dating ? Tak padan dengan umur masing-masing , masih jugak nak dating sambil tengok cerita kartun kuning ni yang nama pemiliknya Gru dan ada tiga kanak-kanak tu ; aku lupa tajuk dia .

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungWhere stories live. Discover now