Bab 47

4.1K 179 4
                                    

Aku bernekad untuk memberitahu Umar malam itu tentang lunch aku dengan Carl dan perjumpaan aku dengannya tempoh hari. Sudah-sudahlah aku jadi pengecut. Aku harus berterus terang. Umar kan suami aku!

Namun, apabila sampai di rumah, Umar masih tidak kelihatan. Mungkin solat di masjid agaknya. Atau mungkin ada 'usrah' selepas itu. Walaupun sudah tamat kolej, Umar masih aktif di Surau Solihin.

Dia masih diminta untuk menyampaikan ceramah. Kadang-kadang dia dipanggil untuk menguruskan hal surau. Tapi, yang lebih mengambil masanya adalah komitmen dengan 'anak usrah'nya.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi motorsikal Umar. Haa dia dah sampai! Aku terus menuju ke pintu untuk menyambutnya. Dia yang baru saja menjejak kaki masuk ke rumah terkejut melihat aku yang sudah tercegat di depan pintu.

"Assalamualaikum Umar"

"Eh, wa'alaikumussalam Hana. Terkejut saya. Kenapa berdiri je kat sini?"

"Saya tunggu Umar la..awak nak minum apa-apa?" tanya aku dengan mesra. Plan aku nanti masa minum-minum aku cerita la.

"Hmm..sebenarnya saya tak dapat lama ni. Saya ada hal pulak di Wangsa Maju"

"Ohh.." aku merasa sedikit kecewa.

"Saya mungkin balik lewat sikit malam ni. Hana tak payah tunggu yea. Tidur dulu ok"

"Hm..baikla.." Ujar aku perlahan.

Maka, terbantutlah hasrat aku untuk memberitahu kepadanya tentang hal ini. Mungkin esokla aku bagitau..

Tapi keesokannya sesudah subuh Umar memberitahu yang dia akan menjadi sangat sibuk selepas ini. Pertubuhan Islam yang disertainya akan menganjurkan konvensyen besar-besaran Asia Tenggara dan dia dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala-galanya. Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala.

Maka, hari-hari yang mendatang aku sering ditinggalkan sendirian di rumah. Seminggu aku tahan lagi, dah masuk mingggu kedua aku mula rasa bosan dan mengambil keputusan untuk pergi ke ofis daddy.

Sepanjang hari aku mengusahakan business plan aku dengan Carl. Dia ternyata senantiasa bersedia untuk membantu aku. Waktu lunch selalunya aku akan makan dengan daddy. Tapi kalau daddy tak ada, aku lunch juga dengan Carl. Perasaan guilty aku semakin lama semakin berkurang. Apatah lagi aku sudah terbiasa dengan kehadiran Carl setiap hari.

Yang pasti, semenjak aku sering ke ofis, mummy nampak lebih gembira. Dia sering juga ke ofis dan kadangkala kami lunch bersama-sama. Aku terasa seperti waktu aku kecil-kecil dulu, sering berdua bersama mummy.

"Hana, mummy nak cakap something boleh?" tiba-tiba mummy bersuara ketika makan lunch dengan aku di sebuah café.

"Boleh mummy.." aku mengangguk sambil meneguk jus oren yang berharga 15 ringgit tu. Adeh, kalau kat tempat macam ni, air pun mahal!

"Are you happy with Umar?" mummy bertanya perlahan.

Hampir tersedak jus oren di tenggorokku. Aku memandang wajah mummy. Ada garis kedut di antara dua keningnya. Mummy nampak concerned.

"Yes, I am. Kenapa mummy tanya?"

"Both of you macam dah jarang je bersama-sama.."

"He is just a bit busy now mummy. Kita nak pergi shopping ke lepas ni?" aku saja nak mengalihkan topik perbualan. Tiba-tiba, aku rasa tidak selesa untuk berbual-bual tentang Umar dengan mummy.

"You seems to be spending more time with Carl than with Umar" mummy menyatakan perkara yang cuba aku nafikan dalam hati aku. Namun, apabila sudah terkeluar daripada mulut mummy, ternyata hakikat itu terasa lebih pedih.

"Well, I have been working on my business plan, and he's been helping me. Itu je."

"Umar tahu?" mummy tanya lagi.

Aku diam seribu bahasa.

"You didn't tell you husband you've been spending all this time with another man?" mummy menekan aku lagi.

"Mummy, stop with all the 3rd degree!" tiba-tiba aku naik suara dengan mummy. Bila ditanya-tanya begitu, aku pula rasa bersalah.

"Hana.." tiba-tiba suara mummy jadi lembut.

"It's ok to admit if you have made a mistake."

Aku tunduk membisu. Ye..memang aku dah buat silap. Aku sepatutnya memberitahu Umar lama dulu.

"I know mummy.." tapi sebelum aku menghabiskan kata-kata, mummy memotong percakapan aku.

"I know you are way too young when you married Umar. And now you realised that it was not working.."

What? Langsung tak terlintas di kepala aku tentang perkara ni. Kenapa mummy cakap macam ni?

" It's not too ate to get out of this marriage Hana. People get divorced all the time now. Just bagitahu je mummy nanti mummy settle-kan ok?"

"Mummy! No! I never said that" mata aku terbeliak memandang mummy yang dengan sewenang-wenang membuat kesimpulan sendiri. Ye, mungkin aku dengan Umar tak serapat masa kami mula-mula kahwin dulu. Tapi tak ade la kami bergaduh pun.

"Hana..I know a doomed marriage when I see one! Mummy dah rasa daripada awal lagi yang Hana dan Umar memang tak sesuai. See, not even a year and you are already spending more time with Carl and Umar is hardly ever in the house anymore!"

"Mummy, Umar is just busy now. Tapi tiap-tiap malam dia balik kan?"

"But do you guys talk? Do you know anything about him? What he is doing? And how about you – do you tell him what you are doing?"

Aku terdiam lagi. Memang dah lama aku tak berubal-bual dengan Umar. Tapi bukan sebab kami bergaduh cuma..

Cuma apa?

Aku gumam sendiri. Selera aku mati begitu saja. Makanan enak di depan mata tidak mampu lagi kusua ke mulut. Mummy masih memandang aku dengan pandangan sangsi.

"I don't want to talk about this anymore" aku memberi kata putus.

"Ok.." mummy nampaknya mengalah. Namun di hati aku kegusaran sudah mula menebal. 

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now