Bab 46

4.2K 178 4
                                    

Daripada satu ke satu kedai di Pavillion kami jelajah. Mummy kalau dah masuk angin shopping memang susah nak berhenti. Dulu-dulu masa aku remaja, aku suka jugak ikut mummy shopping. Ye la, boleh 'paw' duit mummy. Tapi semenjak aku meningkat dewasa, dan bila selera aku sudah semakin berubah, agak susah untuk aku nak mengikut jejak langkah mummy. Namun mengenangkan yang dah lama hubungan aku dengan mummy dingin, aku layankan saja. Ternyata, angan-angan aku untuk melihat mummy berhijab hancur apabila dia dengan selamba bertanya pendapat aku tentang seluar pendeknya..

Tiba-tiba, telefon mummy berdering.

"Heyy, yes we are almost finished! Ok, ok you can come now..We will wait for you at La Bodega."

"Somebody joining us for lunch?" aku bertanya mummy yang nampak cukup girang setelah menjawab panggilan telefon itu.

"Yes, a friend of mine" mummy menjawab sambil mengenyit mata kepada aku.

Sampai di La Bodega, ternyata 'kawan' mummy itu adalam Carl. Dia kelihatan terkejut melihat aku ada bersama mummy. Namun, dia cover baik dengan memeluk mummy dengan mesra sebelum meletakkan tangannya ke dada dan tunduk hormat kepada aku.

"Twice in a week! I must thank my lucky stars" kata Carl sambil tersenyum kepada aku.

"Auntie tak kata yang Hana pun join sekali.." kata Carl kepada mummy sementara aku masih lagi terbangak-bangak seperti burung bangau di situ. Mummy ni..apa pulak muslihat dia kali ni..

"Oh, I enjoyed myself too much the last time we had lunch together so I thought..let's do it again!" mummy menjawab dengan selamba.

Aku mengeluh kecil sambil membontoti mereka berdua. La Bodega kelihatan sudah sesak dengan orang ramai. Kami ditempatkan di satu meja di sudut yang agak terlindung. Setelah duduk, mummy segera memesan makanan. Aku hanya duduk dengan perasaan kurang selesa. Meja yang agak sempit menyebabkan aku rasa agak terhimpit antara mummy dan Carl. Namun Carl tetap nampak relaks.

"So Auntie shopping apa ni?" tanya Carl kepada mummy.

"A few things for my next all-girl trip to Bahamas!"

"Ooo..the one with my mom too?" tanya Carl.

"Yea la..Auntie dah ajak mummy kamu ikut hari ni. Tapi dia ada meeting apa pulak dekat Bukit Kiara."

Dalam hati aku menggerutu. Ceh, ajak aku jadi pengganti Auntie Vicky je.

"Hana, what are you up to since..yesterday?" Carl bertanya sambil ketawa kecil.

"Nothing much. I haven't done anything yet to the business plan. Tak sempat la dah today mummy ajak dia teman shopping pulak.." aku tujukan kepada mummy yang memandang aku dan Carl dengan mata yang bersinar-sinar.

"Ala..sekali-sekala nak teman mummy pun bising. It's hard to see her nowadays walaupun tinggal serumah..." mummy menerangkan kepada Carl.

Who's fault is that..aku bukan selalu sangat keluar rumah. Mummy la yang tak habis-habis daripada dulu dengan aktiviti sosialnya. Tapi aku hanya diamkan saja.

Sampai saja makanan, tiba-tiba telefon mummy berdering lagi.

"Hello? Yes, what? Alamak..I totally forgot. I am sorry! I'll go now"

"Kenapa mummy?" aku bertanya kepada mummy yang kelihatan kaget.

"Mummy lupa that I am supposed to be at this luncheon at 2. I have to go now. Carl can you send her home? I have to take the car."

"Sure, no problem Auntie"

Sebelum sempat aku berkata apa-apa mummy sudah menonong keluar daripada kedai. Tinggallah aku dan Carl dengan makanan yang baru sahaja tiba..

"Now what?" tanya Carl kepada aku dengan muka yang berpalit lucu.

"What else to do..makan la!" aku mengambil sudu dan garfu dengan pasrah sambil terus menyuap makanan ke dalam mulut.

Ada sedikit terselit rasa bersalah kerana makan berdua dengan Carl di sini. Tapi, bukan aku yang sengaja datang dengan dia kan. Mummy yang ajak dia, lepas tu mummy yang pergi dulu tinggalkan aku dengan Carl sendiri..

Ah, aku cuba menolak perasaan bersalah itu jauh-jauh. It's ok Hana. It's just Carl. Bukan orang lain. He's practically family.

Setelah menyedapkan hati aku, aku menyambung lunch sambil berbual-bual dengan Carl tentang perancangan bisnes hijab aku. Sekali sekala dia bercerita tentang pengalamannya di US pula.

Aku tak sangka yang Carl ni rupanya pernah buat macam-macam kerja dekat US tu dulu. Daripada jadi cleaner, sampai fast-food work operator semua dia dah buat. Katanya dia memang suka bekerja dan cari pengalaman. Daripada setiap pengalaman dia tu la dia belajar macam mana nak menguruskan perniagaan.

"How do you get started in business Carl?" aku diterpa perasaan ingin tahu.

"Through people that I met while working. I was working day and night at one of the fast-food joints near my uni. And the owner noticed that since I started working there – their sales keep going up. So I told them what I did" kata Carl sambil tersenyum.

"What did you do?"

"I just tweaked their operation a little bit. I saw that the way they are doing the orders are just taking too much time. Sorang cook buat satu dish. Masa tunggu lama. So I kaji setiap proses pembuatan. Susun proses daripada yang mengambil masa paling singkat ke masa yang paling lama. Re-arrange balik semua agar operation jadi efficient. Tu je. Tapi owner tu jadi impressed sangat pulak. So he kept introducing me to one business opportunity after another. Well..that's how it started basically.."

"Wow.." melopong mulut aku mendengarnya. Kagum betul aku dengan kebijaksanaan Carl ni.

"Hana ni minat sangat kat dengan business?" tanya Carl kepada aku balik.

"Hmm..memang minat. Tapi kadang-kadang rasa kurang yakin dengan diri sendiri.." aku menjawab telus.

"Why is that?"

"I don't know. Maybe because I am always under the shadow of my successful dad.."

Carl mengangguk-angguk kepala memahami.

"Yes, it can be quite daunting. But I knew you can do it"

Dengan kata itu dia merenung mata aku tajam. Bagai terpukau, aku terenung kembali mata perangnya. Astaghfirullah..cepat-cepat aku alihkan mata dan meneguk airku. Ish Hana, what is this?

Setelah tamat lunch dia menghantar aku pulang ke rumah. Tapi sepanjang perjalanan hati aku berteka-teki. Kenapa aku lebih selesa bercerita tentang semua ini dengan Carl dan tidak Umar? Umar tu, aku baru bukak cerita nak buat bisnes dah nak suruh aku jadi suri rumah..hati aku menggerutu sendiri.

Kenapala dia tak macam Carl..

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now