Bab 28

7.7K 325 9
                                    

Mummy merenung aku dengan hairan. Keningnya yang terbentuk rapi dikerutkan hingga hampir bertemu.

"Siapa nak datang Hana?"

"Ermm kawan kolej Hana" aku menjawab dengan gelisah. Tangan aku yang tidak gatal ku garu-garu spontan.

"Kawan yang mana?"

"Kawan satu persatuan dengan Hana" aishh, macam mana aku nak jawab kepada mummy ni..

"Persatuan apa pulak?" mummy terus mendesak tidak puas hati. Aku tahu jawapan aku yang samar-samar ni pastinya akan mengundang lebih pertanyaan kepada mummy, tapi aku tak nak buat mummy marah tak pasal-pasal sebelum Umar tiba.

"Persatuan Pelajar Islam Kolej Kejora" aku menjawab ringkas.

"Oh, ni semua mesti budak-budak pakai tudung la ni.." mummy membuat kesimpulannya sendiri.

Aku terdiam mendengar kata-kata mummy. Ermm patut ke aku bagitahu yang akan datang ni bukan perempuan tetapi lelaki? Belum sempat aku nak buka mulut beri penjelasan bunyi loceng kedengaran diikuti dengan suara Umar memberi salam.

"Waalaikumussalam" hati aku berdebar-debar mendengar suara Umar. Dia dah sampai ke rumah aku!

Daddy terus menuju ke pintu dan membukanya. Dia nampak terkejut sedikit apabila terpandang wajah Umar. Agaknya daddy pun ingatkan yang datang ni kawan perempuan macam mummy kut..

"Assalamualaikum Uncle. Saya Umar Abas, kawan Hana" Umar terus bersalam dengan daddy dengan hormat.

"Sila masuk Umar." Daddy mempelawa Umar masuk dan membawanya ke ruang tamu.

Mummy berdiri tercegat memandang Umar dengan wajah terkejut.

"Assalamualaikum Auntie, saya Umar Abas, Auntie apa khabar?" Umar menundukkan kepala tanda hormat kepada mummy.

"Waalaikumussalam..baik-baik. Come, come sit please" mummy masih kelihatan kaget. Aku terasa sedikit bersalah kerana membuat mummy dan daddy terpinga-pinga begini.

Umar kelihatan tenang seperti biasa. Tiada sedikit kerisauan di riak wajahnya. Dia berpakaian sederhana dengan kemeja biru dan seluar hitam. Di tangannya ada bakul berbalut cantik dipenuhi dengan aneka buahan dan manisan.

"Ini buah tangan untuk uncle dan auntie sekeluarga" Umar menghulurkan bakul itu dengan cermat.

"Oh, terima kasih Umar." mummy menyambut bungkusan buah tangan Umar dan membawanya ke dapur. Sempat juga mummy mengerling ke arah aku dan memberi isyarat suruh aku mengikutinya ke dapur. Uh-oh..

"Eh, siapa tu sebenarnya Hana? Mummy ingatkan kawan perempuan yang nak datang?" mummy bertanya aku kepada direct.

"Kan Hana dah cakap. Kawan satu persatuan Hana. Dialah presiden persatuan tu" aku masih cuba berdalih sambil buat-buat sibuk membantu Bibik Ani membuat air.

"Umur berapa tu Hana? Berjambang macam bapak orang je.."

"Sebaya dengan Hana la. Kami sama-sama tahun 3."

"Hmm.."

Aku membawa sedulang air teh keluar dapur. Bibik Ani membawa sedulang lagi kuih muih untuk dihidangkan di ruang tamu. Mummy sudah mendahului kami ke ruang tamu dan melabuhkan punggungnya di sofa sebelah daddy. Dia merenung tajam kepada Umar yang masih tersenyum mesra.

"Silakan Umar" pelawa daddy kepada Umar. Terketar-ketar sedikit tangan aku ketika menuang air teh ke cawan Umar. Ish, rileks Hana rileeekks..

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now