Bab 27

7.1K 294 9
                                    

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih Maha Penyayang,

Tuhan yang menentukan segala sesuatu.

Kau berikanlah petunjuk kepadaku. Bantulah aku dalam membuat keputusan mengenai lamaran Umar kepadaku. Suluhlah cahaya Mu kepada kebuntuanku agar nampak jalan yang sebenar yang harus aku pilih.

Ya Allah, sekiranya Umar itu baik kepadaku, kau bukakanlah hatiku dan permudahkanlah.

Ya Allah, sekiranya Umar itu tidak baik untukku, Kau tutuplah pintu hatiku untuknya dan bantulah aku untuk melupakannya.

Ameen Ya Allah. Ya Rabbal Alameen.

Kudus doa aku panjangkan setelah selesai solat sunat Istikharahku. Sudah beberapa malam aku melakukan solat sunat Istikharah. Setelah aku tanya pendapat Ustazah, dan aku pertimbangkan sendiri baik buruknya kalau aku menerima lamaran Umar – aku yakin langkah seterusnya ialah dengan memanjatkan persoalan ini kepada Tuhan Pencipta aku sendiri. Allah yang telah menentukan soal jodoh aku daripada sebelum lahirnya aku ke dunia ini, jadi sudah pasti kepadaNya lah tempat sepatutnya untuk aku bertanya.

Sememangnya kalau ikut hati, ingin saja aku terima lamaran Umar. Manakan tidak, dialah lelaki pertama yang berjaya mencuri hati aku. Pelbagai lelaki telah datang dalam hidup aku sebelum ini, dan tidak seorang pun mampu mencairkan walaupun sedikit hati batu aku ni. Hati wanita aku meronta-ronta untuk memiliki Umar yang selama ini memang aku idamkan.

Tapi aku harus juga fikirkan dengan lebih mendalam pasal hal nikah kahwin ni. Perkahwinan adalah untuk seumur hidup, banyak perkara yang harus aku pertimbangkan. Pertama, adakah aku sudah cukup bersedia untuk menjadi seorang isteri? Adakah sudah lengkap ilmu di dada aku? Ermm masak pun tak tau macam mana ni? Yang kedua, dan yang lebih mengerikan hati aku – bagaimana pula aku nak bagitahu kepada mummy dan daddy? Terbayang wajah bengis mummy tatkala aku suarakan hasrat aku nak pakai tudung dulu. Sekarang nak kahwin awal pulak? Lebih-lebih lagi sebab nampaknya mummy tu berkenan betul dengan Carl. Aduh serabut kepala aku memikirkan semua ini.

Kepala aku berdenyut-denyut bagai diketuk dengan tukul besi. Hasrat aku untuk menyambung assignment aku lupakan dan terus tidur awal. Setelah menyapu minyak cap kapak di ubun-ubun ku aku baring ke katil. Letak saja kepala di bantal aku terus lelap sampai ke pagi.

Keesokan paginya aku bangun dengan kepala yang ringan dan perasaan yang tenang. Semalam tidur aku lena tanpa diganggu mimpi. Dan pagi ini aku bangun dengan ada satu keyakinan baru tersemat di hati aku. Bergegas aku menyiapkan diri dan bersedia untuk solat subuh. Lama aku berdoa memanjat syukur kepada Allah yang memberi aku jawapan kepada kekusutan fikiran aku ini.

Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Masih terlalu awal untuk aku ke kelas. Aku buka laptop dan mula mengarang e-mail yang sudah sekian lama aku tangguhkan.

To: umar.abas@kejoramail.com

From: hana.tihani@kejoramail.com

Assalamualaikum Umar,

Setelah saya fikirkan masak-masak dan membuat Solat Istikharah, saya menerima lamaran Umar.

Terima kasih kerana sabar menunggu jawapan saya.

Hana Tihani

Aku menghela nafas lega setelah menghantar e-mail ini. Segalanya terserah kepada Umar sekarang.

Tiba-tiba, pling bunyi e-mail baru masuk dengan segera. Umar dah reply!

To: hana.tihani@kejoramail.com

From: umar.abas@kejoramail.com

Waalaikumussalam Hana,

Alhamdulillah. Terima kasih kerana sudi menerima lamaran saya. Bila waktu yang sesuai untuk saya untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa Hana?

Umar Abas

Wah pantasnya! Walaupun aku sudah aku agak yang memang ini yang akan dipinta oleh Umar. Aku berfikir sejenak. Bila yea? Dengan semangat keyakinan baru yang muncul di hati aku, aku membuat keputusan nekad.

To: umar.abas@kejoramail.com

From: hana.tihani@kejoramail.com

Hujung minggu ini saya pulang ke rumah ibu bapa saya. Sekiranya Umar free, boleh saya aturkan perjumpaan pada hari Sabtu ini.

Hana Tihani

Eh, cepat sangat ke? Nampak gopoh sangat ke pulak aku ni?

To: hana.tihani@kejoramail.com

From: umar.abas@kejoramail.com

Saya free. Silalah aturkan perjumpaan Sabtu ini. Saya akan hadir insha Allah.

Umar Abas

Lama aku termenung mengadap skrin laptop aku. Ya Allah, betulkah apa yang akan berlaku ini? Sabtu ni Umar akan berjumpa dengan mummy dan daddy?

Tiba-tiba kegusaran di hati aku muncul kembali. Macam mana aku nak bagitau mummy dan daddy ni tentang tujuan kedatangan Umar? Baik aku bagitahu sekarang sebelum aku kecut perut dan ubah fikiran! Terus aku capai telefon dan menelefon daddy semestinya. Mummy belum tentu bangun lagi pagi-pagi ni.

"Assalamualaikum daddy" telefon diangkat setelah 2 deringan. Aku tau daddy memang 'morning person'.

"Waalaikumussalam Hana. What's wrong? Why are you calling so early?" cemas dengar suara daddy di hujung talian. Ye tak ye juga. Tak pernah-pernah aku telefon awal-awal macam ni.

"Eh daddy calm down. Takde pape. I am fine. Err saje je telefon awal sikit sebab kejap lagi Hana ada kelas sepanjang hari takut tak sempat nak telefon. Hana nak bagitahu ni yang Sabtu ni ada kawan Hana nak datang rumah jumpa mummy and daddy" laju kata-kata meluncur keluar daripada mulut aku.

"What time?" soal daddy.

"How about lunch time?" aku memberi cadangan. Harap-harap la ok please..

"Let me check my schedule for a while." Beberapa saat berlalu sambil kedengaran bunyi kertas diselak-selak.

"Ok. We'll have lunch at home. Jangan lupa bagitahu Bibik Ani to cook lebih sikit ok"

"Ok, assalamualaikum daddy."

"Waalaikumussallam Hana"

Phewh. Selesai satu perkara. Daddy memang jenis tak banyak bertanya jadi senang sikit. Cuma, macam mana nak bagitau mummy ni..hmmm..


Nak Kahwin Imam Muda!Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt