Bab 18

7.2K 312 0
                                    

"Daddy,is it true what mummy said?" aku bertanya daddy yang sedang asyik membaca surat khabar di meja makan. Aku terus tertidur semalam tanpa makan malam semalam kerana terlalu penat. Aku bangun dengan mata yang bengkak macam mata koala bear.

"About what darling.." mata daddy masih tak lekang daripada menatap surat khabar.

"Daddy, look at me!" suaraku kembali menjadi seperti kanak-kanak yang berumur 5 tahun yang merengek meminta perhatian bapanya.

"Ye, ye apa dia" barulah daddy meletakkan surat khabar untuk menatap wajahku.

"Eh kenapa mata Hana bengkak?" daddy bertanya.

"I have been crying the whole night sebab mummy cakap dia nak kahwinkan Hana dengan Carl!"

Daddy ketawa berdekah-dekah mendengar kata-kata aku. Aku memuncungkan mulut tanda protes.

"Ish Hana, takkan la mummy and daddy nak paksa Hana kahwin sekarang. You are still studying. Bila dah habis belajar nanti kita boleh bincang pasal nak kahwin ok.." daddy menggeleng-gelengkan kepalanya sambil ketawa macamla kelakar sangat masalah aku ni.

"Habis tu kenapa mummy cakap macam tu?"

"Hana taulah mummy Hana tu. Dia still marah dengan Hana pasal tu dia sengaja cakap macam tu.."

Wajah daddy bertukar serius tiba-tiba.

"So..Hana masih tetap nak pakai tudung? Walaupun now you have no money and no car?" daddy mengamati wajah aku seperti mengamati peta harta karun.

"Daddy, I still have some money and thank god myteksi apps are quite reliable. And yes, Hana still akan pakai tudung"

"Hana, Hana.. kedegilan Hana ni memang sama dengan mummy Hana" daddy hanya mampu tersenyum kecil. Aku membalas senyuman daddy dengan hambar.

"Mummy mana?" aku menoleh ke kiri kanan bimbang kalauu tiba-tiba terpacul mummy secara tiba-tiba.

"She's out already. Dia ade kelas yoga"

Aku mengangguk-angguk kepala dan terasa sedikit lega. Aku masih tiada kekuatan untuk berhadapan dengan mummy lagi. Perutku yang kosong kuisi dengan nasi goreng Bibik Ani. Kalau hujung minggu selalunya memang Bibik Ani akan membuat sarapan yang berat sedikit. Walaupun selalunya yang makan adalah aku dan daddy sebab mummy memang tak akan jamah nasi-nasi ni.

"Carl told me that you are going into e-business?" aku mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan daddy.

"Yes, its our new venture. We are planning to invest in an online retailing business. They have been doing very well and they need capital and new partner. Mulanya daddy macam tak berapa berminat, ye la bisnes daddy ni bisnes orang lama. But Carl has been helping daddy to learn about the industry, to understand their business model..Banyak benda baru daddy belajar daripada Carl"

"Carl tu umur berapa daddy? Macam mana dia dah boleh jadi advisor daddy?"

"He is 28. But he has been in business since he was younger than you! He worked with a lot of start-ups when he was in the US. And he started a few companies on his own before selling them all and coming back to Malaysia. He is quite a remarkable young man" panjang lebar daddy menerangkan kepada aku.

Aku menangguk-anggukan kepalaku. Aku memang kagum dengan daddy. Walaupun dia dah bergelar usahawan berjaya, tetapi dia tak pernah mendabik dada. Dia sentiasa ingin terus memajukan perniagaan dan sanggup belajar walaupun daripada orang yang jauh lebih muda daripadanya.

"Hana ada belajar pasal e-marketing dalam course Marketing Hana semester ni" aku menyambung perbualan.

"Bagusla Hana, it will be very useful when you come and work with daddy nanti"

Hmm, macam la confirm aku nak kerja dengan family business. Takpela, anggukkan saja buat masa sekarang..

Elok saja selesai bersarapan, mummy pun pulang daripada kelas yoganya. Dengan camisole pink dan seluar tight yang sepadan, mummy nampak bertenaga dan sihat. Tiada seinci lemak pun yang kelihatan di tubuh genit mummy.

"Hmm Hana" sepatah itu sahaja teguran yang mummy berikan kepada aku. Aku tau itu tandanya mummy tak ada mood nak bercakap dengan aku. Pantas mummy terus naik ke atas meninggalkan aku dan daddy termangu-mangu di meja makan.

Hari Ahad berlalu dengan perlahan. Aku masih menunggu peluang untuk berbicara dengan mummy. Aku dengar dia masih belum keluar daripada biliknya. Patut ke aku ketuk masuk..hmm..Aku memberanikan diri untuk mengetuk pintu bilik mummy.

"Ye?" mummy menyahut daripada dalam.

"Hana ni. Boleh Hana masuk?"

"Masukla" sepatah jawab mummy.

Aku kuak pintu bilik mummy perlahan-lahan. Kelihatan mummy sedang mengenakan losyen di badannya. Itulah rutin mummy setiap kali lepas mandi. Kulitnya yang mulus aku dioles losyen agar sentiasa lembab. Tak macam aku yang losyen pun tak ada..

"Hana nak minta maaf sebab semalam Hana cakap kasar dengan mummy" aku memulakan bicara.

"Hmm, it's ok" jawab mummy ringkas. Aku menguis-nguis hujung karpet empuk mummy dengan ibu jariku. Apa lagi aku nak cakap ni..

"And Hana minta maaf juga kalau keputusan Hana nak pakai tudung melukakan hati mummy. Hana tak ada niat nak buat mummy marah.."

Aku lihat wajah mummy berubah menjadi lembut sedikit setelah mendengar pohonan maaf daripada aku.

"Hana, you know I only want the best for you right?" mummy memandang tepat kepadaku. Mata bundarnya memancarkan cahaya sayang.

"Yes, I know mummy" aku menjawab sambil mengukir senyum. Aku dapat rasakan tembok batu yang terbina antara aku dan mummy semakin terhakis.

"Mummy nak Hana tau yang segala apa yang mummy dah aturkan adalah untuk kesenangan hidup Hana. Mummy tak nak Hana susah-susah macam mummy dulu. You were born in the lap of luxury! Jangan Hana sendiri yang mencari susah.."

Aku mendiamkan diri mendengar kata-kata mummy. Baru aku tersedar yang aku tidak tahu banyak tentang masa silam mummy. Apa yang aku tahu, ibu dan bapa mummy meninggal ketika mummy masih kecil dan dia dibesarkan oleh ibu saudaranya di Muar. Selebihnya, tidak banyak yang aku ketahui. Mummy pula tidak pernah membuka mulut untuk bercerita.

Aku memandang mummy dengan pandangan yang baru. Walaupun perhubungan aku dengan mummy tidak seindah perhubungan ibu dengan anak yang lain, tapi inilah satu-satunya ibu aku. Dialah yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan aku. Ada banyak kisah suka dukanya yang aku sendiri masih tidak tahu. Oh mummy, aku akan terus menyayanginya walau apa pun terjadi..

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now