Bab 7

8.7K 357 2
                                    

Hari Sabtu di banglo Datuk Johari sememangnya selalu lengang. Daddy selalunya main golf sampai petang. Mummy pulak ada sajala aktiviti sosialnya. Tinggallah aku dengan Bibik Ani. Semenjak aku mula belajar di kolej 3 tahun lepas, setiap hujung minggu aku akan usahakan untuk balik bermalam di rumah. Namun selalunya, bila waktu makan malam baru aku dapat bersua dengan kedua ibu bapaku. Selalunya aku akan habiskan masa dengan membaca buku, atau sekali sekala aku kelaur tengok wayang dengan Lia – kalau dia tak dating dengan Aymanla. Tapi hari Sabtu kali ni, aku ada idea lain. Aku nak belajar cara pakai tudung lagi dekat Youtube!

Semenjak aku pakai tudung masa mesyuarat hari tu, hati aku semakin tertarik untuk belajar lebih lanjut pasal pemakaian tudung ni. Selendang dah semakin banyak aku beli. Semuanya secara online dan sembunyi-sembunyi daripada Lia. Tapi, bila yang aku nak pakai tudung ni betul-betul aku sendiri pun tak tau. Yang pasti, aku minat tengok fesyen tudung atau nama yang lebih dikenali sekarang 'hijab' ni.

Daripada tutorial hijab, aku berubah pula kepada fesyen muslimah. Wah, macam-macam gaya ada rupanya! Trendy dan chic pulak tu semuanya! Buntang mataku melihat koleksi gaya daripada muslimah di seluruh dunia.

Tiba-tiba aku bingkas bangun dan membuka laci almari pakaianku. Kalau aku nak pakai hijab betul-betul, aku kena sesuaikan dengan pakaian aku yang sedia ada ni. Aku belek bajuku yang tergantung satu persatu. Skirt paras lutut? Tak boleh. Seluar pendek? Tak boleh. Baju t-shirt lengan pendek? Pun tak boleh. Hmm, tak banyak rupanya baju aku ni yang sesuai dengan tudung. Kena shopping sikit la ni! Eh, macam ye-ye je nak pakai tudung.

Fikiran aku menerawang kepada Umar. Semenjak peristiwa mesyuarat itu, aku menjadi semakin tertarik kepadanya. Sebelum ni, aku hanya tergila-gila dengan raut wajahnya yang kacak. Tetapi setelah lihat cara percakapannya, tutur bahasa dan budi pekertinya – aku merasakan yang Umar ini lain daripada yang lain. Dia adalah lelaki yang aku cari selama ini. Lelaki yang boleh dibuat suami!

Ark, Hana. Sampai nak buat suami kau fikir! Advanca sangat dah ni. Tapi ok ape. Aku memang jenis yang tak gemar nak bercinta lama-lama. Bergayut telefon berjam-jam. Dating sana, dating sini. Tengokkan Lia tu je la. Walaupun aku teringin nak ada boyfriend, aku tak teringin nak bercinta gaya si Lia dan Ayman tu. Meremang bulu roma aku!

Berbalik kepada si Umar, agaknya dia dah ada girlfriend tak? Ish, presiden persatuan pleajar islam, budak surau pulak tu- mana boleh ada girlfriend. Tapi mana tau, ntah-ntah ada cara couple budak surau yang aku tak tau! Berkerut dahi aku memikirkan kalau-kalau Umar dah ada girlfriend. Ntah-ntah Sumaiyyah tu girlfriend Umar tak? Eh, tapi tak nampak gaya macam couple pun. Eh, budak-budak surau memang la macam tu! Sumaiyyah dan Umar. Umar dan Sumaiyyah! Tidak!!! Rasa cemburu tiba-tiba meluap di hati aku. Aku akan pastikan yang tak ada apa-apa antara mereka berdua.

Tiba-tiba lamunanku dihentikan dengan ketukan pintu.

"Hana, makan malam sudah siap" suara Bibik Ani kedengaran di luar pintu

Eh, dah pukul 7 rupanya! Aku bergegas turun ke meja makan. Kelihatan mummy dan daddy sudah bersedia duduk mengadap makanan.

"Eh, ada Hana rupanya. Bila sampai rumah?" Mummy bertanya setelah aku mencium tangan mulusnya. Bau wangi perfume ros lekat di hidungku.

"Tengah hari tadi mummy" Dan aku terus mencium tangan tangan daddy pula sebelum duduk di kerusi.

Kami sekeluarga mula makan. Suasana senyap, yang kedengaran hanyalah bunyi sudi dan garpu yang berlanggar dengan pinggan porcelain. Sesekali irama sudu garpu diselangi dengan bunyi derap tapak kaki Bibik Ani yang mundar mandir di dapur.

"How was college?" daddy memulakan bicara.

"It was ok. Hana busy sikit semester ni sebab ambik extra subjek"

"Ic" daddy sambung makan. Klink-klink-klink

"Hana potong rambut ke?" tiba-tiba mummy bertanya sambil merenung ke arah rambutku.

"Takde la mummy. Nampak pendek ke?" aku memegang hujung rambutku.

"Nampak lain. Or maybe you styled it diffferently?"

"Hmm. Tak de jugak"

"OK"

Dengan 2 patah perkataan itu, tamatlah perbualan aku dan kedua ibu bapaku. Aku faham mungkin mereka penat dengan aktiviti seharian. Selesai makan aku meminta diri dan naik ke bilik.

Jam menunjukkan pukul 8. Dengan segera aku mengambil wudhu' untuk solat Maghrib. Semenjak aku selalu bersolat Zohor di Surau Solihin, aku juga semakin kurang meninggalkan solat 5 waktu yang lain. Kalau dulu aku kurang rasa bersalah kalau tertinggal satu dua waktu, tapi sekarang aku memang tak boleh kalau tertinggal solat. Rasa tak sedap je hati. Habis solat Maghrib aku duduk dan mengangkat tanganku berdoa.

Hmm..nak doa apa ek. Aku selalunya lepas solat tak doa pun. Sebab terlupa doa yang diajar masa kelas agama sekolah rendah dulu. Jadi selalu aku tadah tangan je ikut imam. Kalau aku solat sendiri, aku jarang berdoa. Terus lipat telekung dan sejadah. Tapi hari ni, tiba-tiba aku rasa nak berdoa.

"Ya Allah ya Tuhanku. Aku tahu aku jarang sekali berdoa betul-betul. Banyak hal-hal ugama yang aku abaikan. Tapi aku harap Kau dapat ampunkan kelalaianku." Tiba-tiba aku rasakan ada air mata yang bergenang di ruang kelopak mataku. Mana datang pulak air mata ni?

"Ya Allah. Aku sekarang rasa macam nak jatuh hati denagn seseorang. Tapi aku tak tau macam mana nak teruskan. Dia orang yang baik-baik. Tak macam aku. Aku ni pakai tudung pun tidak. Solat pun kadang-kadang tinggal. Mungkin aku tak sesuai dengan dia Ya Allah. Tapi..hati aku tak dapat melupakannya.." air mataku mengalir laju bak hujan di musim bah. Ah, sudah menangis beriya-iya pulak ni.

Aku mengesat air mataku dengan segera. Terus aku raup ke muka doaku tadi dan melipat telekung serta sejadah. Aku membantingkan diriku ke katil sambil merenung siling. Masih terasa basah air mata di pipiku. Tetapi di hatiku ada satu perasaan nyaman yang halus menelusup.


Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now