Bab 39

6.1K 263 14
                                    

Aku memandang Umar yang memandu dengan tekun. Dia kelihatan begitu fokus sekali memandang jalan raya. Tak macam aku yang kalau memandu sikit-sikit nak check phone la, nak check make-upla. Hari ini buat pertama kalinya, aku dan Umar pergi ke kolej bersama-sama.

Selepas majlis tempoh hari, kami mengambil keputusan untuk berehat sebentar (atau dalam istilah lebih sempoi – ponteng) beberapa hari. Semester terakhir ni bukan ada apa sangat pun. Kelas pun dah tak banyak sangat. Masing-masing sibuk menghabiskan assignment je.

Setelah beberapa hari bersama-sama Umar, aku sudah semakin terbiasa dengan kehadirannya di sisi. Memang la mula-mula tu agak kekok dan segan. Sebelum tidur tengok muka dia, bangun tidur tengok muka dia (nasib baik muka handsome eheh).

Wajah yang selama ni aku asyik terbayang-bayang dalam mimpi, kini sentiasa lalu lalang depan mata. Umar memang suami yang cukup gentleman dan memahami. Dia sentiasa bertanya sekiranya dia ada buat aku tak selesa. Katanya dia memahami yang tempoh awal-awal perkahwinan ni, perempuan memang sensitif sikit. Maklumlah, dalam fasa perubahan. Jadi, dia telah membuatkan aku rasa lebih selamat dan selesa.

Apa agaknya reaksi kawan-kawan sekolej tengok aku dan Umar bersama-sama yea? Alah, macam la ade orang nak peduli. Semua sibuk dengan gadget masing-masing sekarang ni. Mana ada orang pandang orang lain dah. Semua orang pandang skrin je. Aku cuba menyedapkan hati aku. Sedang aku asyik mengelamun aku dikejutkan oleh suara Umar.

"Hana, kita dah sampai ni" dia memegang tangan aku dengan perlahan.

"Eh, laa sorry tak perasan" aku membuka tali keledar dengan tersipu-sipu.

"Mengelamun sampai ke mana la tu.." ujar Umar dengan nada mengusik.

Aku cuma ketawa kecil sambil membetul-betulkan tudungku. Umar keluar pintu kereta sambil membawa begku. Ish, segan la pulak aku kalau orang nampak dia bawakkan beg aku. Macam mengada-ngada sangat je. Walaupun aku ni anak tunggal, mummy dan daddy mengajar aku berdikari sejak kecil. Aku tak biasa ada orang angkat-angkat beg ni..

"Err..Umar. Saya nak beg saya boleh?" aku bertanya lembut.

"Takpe, biar saya bawakkan.." kata Umar sambil terus berjalan sambil membawa beg aku dan begnya.

Aku terpinga-terpinga sambil berjalan mengikut Umar. Sampai di kelas, aku terus mencapai beg aku di tangannya dengan tergesa-gesa sambil membisikkan terima kasih. Aku rasakan bagai satu kelas melopong memandang aku dan Umar. Umar mengangguk sambil tersenyum dan terus menuju ke kelasnya di tingkat lain.

Nasib baik aku sama kelas dengan Nora. Aku terus menarik kerusi dan duduk di sebelahnya.

"Apa khabar pengantin baru..?" Nora bertanya sambil tersenyum.

"Shhhhh, jangan cakap kuat-kuat," aku memandang sekeliling. Aku nampak ada mata-mata sibuk dan telinga-telinga lintah yang cuba menangkap perbualan kami.

"Eh, kenapa pulak?" Nora pula yang kelihatan pelik memandang ke arah aku.

"Ye la, nanti orang dengar. Malu la saya". Namun sebelum sempat Nora menjawab, pensyarah sudah pun masuk. Puan Gina menerangkan tentang beberapa perkara mengenai peperiksaan tahun akhir dan semua pelajar mula menumpukan perhatian. Aku menarik nafas lega.

"Assalamualaikum sayang . Saya masih di lab komputer. Lain kali kita lunch sama-sama yea"

Ringkas bunyi mesej whatsapp daripada Umar. Aku tersengih-sengih melihat dia memanggil aku 'sayang', tapi di sudut hati aku merasa sedikit gembira yang aku tak payah lunch dengan dia hari ni. Aku tidak sanggup menjadi perhatian umum pada hari pertama aku balik ke kolej sebagai puan!

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now