Bab 26

7.2K 296 3
                                    

"Assalamualaikum Ustazah, maaf mengganggu, boleh saya masuk?" aku mengetuk bilik Ustazah Fauziah.

"Wa'alaikumsalam. Oh Hana. Silakan masuk."

Aku menapak masuk ke bilik Ustazah Fauziah yang kemas dan teratur. Di dindingnya tergantung ayat-ayat suci Al-Quran dan di atas meja tersusun gambar keluarga ustazah yang besar. Aku menarik kerusi dengan perlahan dan duduk bertentangan dengan ustazah.

"Ada apa yang boleh saya bantu Hana?" Ustazah Fauziah memulakan bicara. Suaranya yang lembut menyentuh hati aku.

"Hmm, saya ada kemusykilan sikit dan saya nak minta pendapat ustazah"

"Kemusykilan pasal apa tu Hana?"

"Hmm..apa pendapat ustazah tentang perkahwinan di usia muda? Sebagai contoh, ketika masih belajar?"

"Sebelum ustazah jawab, ustazah nak tanya balik Hana. Ini soalan secara umum ke atau khusus?" ustazah memandang aku dengan pandangan menduga. Aku hanya tertunduk malu.

"Oh, takpe. Kamu datang kepada orang yang tepat sekali. Buat pengetahuan Hana, ustazah dulu pun kahwin masa belajar!"

"La ye ke ustazah!" tiba-tiba aku terjerit girang. Eh, cover sikit Hana kut ye excited pun..

"Iye" ustazah mengangguk sambil tersenyum.

"Ustazah baru tahun satu dan suami ustazah di tahun 3 pengajian. Kami dijodohkan oleh keluarga yang nak sangat kami bersatu. Kebetulan kami daripada kampung yang sama, belajar pula di universiti yang sama. Jadi, senang cerita kahwin sajalah!" ustazah bercerita sambil berseloroh.

"Masa tu umur ustazah berapa tahun?"

"Masa tu umur ustazah baru 19 tahun"

"Waah..mudanya!"

"Muda 2 tahun je daripada Hana" ustazah menjawab sambil senyum penuh makna kepadaku. Sekali lagi aku tersipu malu.

"Melalui pengalaman ustazah, apa baik buruknya berkahwin muda ni ustazah?" aku ingin mengorek lebih lanjut tentang satu topik yang langsung tak pernah aku terfikir sebelum ni.

"Yang baiknya, berkahwin di usia muda menjadikan kita lebih cepat matang. Apabila dah berkahwin, kita tak boleh fikirkan pasal diri kita saja. Tanggungjawab kita sudah bertambah kepada suami, kepada keluarga mertua dan juga kepada diri sendiri. Lagipula kalau terus diberi rezeki anak. Bertambah tanggungjawab sebagai ibu pula"

Gulp, anak! Aku menelan air liur aku. Terasa kering tekak aku tiba-tiba.

"Yang mencabarnya berumahtangga di usia muda, kita masih kurang pengalaman hidup. Perkara kecil-kecil, kita rasa macam besar sangat. Kalau tengah belajar pula, kewangan masih belum kukuh, jadi terpaksa la mengikat perut sikit. Tapi segala cabaran dan kesusahan dapat diatasi sekiranya suami isteri bersatu hati dan bersepakat. Yang penting, sekiranya niat kita berumahtangga kerana Allah, segala cabaran akan dapat dilalui dengan izin Allah" panjang lebar ustazah memberikan pendapatnya.

Aku hanya mendengar dengan diam sambil mengangguk-angguk.

"Ustazah kata tadi ustazah dan suami dijodohkan oleh keluarga ye?"

"Iye"

"Jadi..ustazah tak kenal la suami ustazah masa kahwin tu"

"Kenal la rupa tuannya macam mana, tapi nak kata kenal betul-betul tidakla"

"Ustazah tidak bercinta dulu la kiranya kan?"

"Macam mana nak bercinta, jumpa pun baru sekali 2 sebelum kami dinikahkan"

Aku terus terdiam. Tidak tahu lagi bagaimana aku nak meneruskan persoalan yang bermain di benak fikiranku.

"Hana nak tanya macam mana boleh kahwin kalau tak bercinta yea?" ustazah menyambung dengan soalan yang bermain di fikiranku. Macam mind reader la ustazah ni, detik hatiku kagum!

Aku hanya menganggukkan kepalaku.

"Hana, perkahwinan itu adalah lumrah kepada setiap manusia. Allah menciptakan setiap lelaki dan perempuan berkeinginan untuk hidup bersama-sama dalam satu perkahwinan. Oleh kerana Allah yang ciptakan kita, dan Allah yang menetapkan perkahwinan kita – sudah semestinya Allah juga yang akan menghadirkan rasa cinta dalam diri kita selepas berkahwin."

Betul juga kata Ustazah. Apa yang aku gusarkan sangat kalau tidak bercinta sebelum kahwin? Orang yang bercinta sebelum kahwin pun belum tentu pengakhirannya adalah perkahwinan.

"Terima kasih ustazah"

"Sama-sama. Kalau jadi jangan lupa jemput ustazah yea" ustazah masih nak mengusik aku dengan senyumannya yang manis.

"Ish ustazah ni" muka aku menjadi merah padam kerana malu. Sebelum aku balik aku bersalam dengan ustazah dan memeluknya erat.

Perasaan aku merasa lega sedikit setelah bertanya kepada ustazah. Nampaknya ustazah sendiri kahwin ketika masih belajar. Tapi adakah aku juga mampu untuk jadi seperti ustazah? Aku cuba membayangkan kehidupan aku dengan Umar setelah berkahwin! Ark, terasa janggal sekali! Macam mana nak bayangkan hidup sebumbung tidur sekatil kalau duduk berbual bersama pun tak pernah? Aduh, pening kepala aku timbul kembali. Macam mana ni..

Sedang aku asyik melayan serabut fikiran aku sendiri, aku tidak perasan yang Sumaiyyah tiba-tiba muncul di hadapan aku.

"Awak buat apa dalam bilik Ustazah Fauziah?" tanya Sumaiyyah dengan penuh menyibuk.

"Astaghfirullah, terkejut saya. Sumaiyyah kalau ye pun kasi salam la dulu" ujarku sambil mengurut dada. Nasib baik la jantung aku ok, minah ni memang stail muncul tiba-tiba, dengan tak kasi salamnya menyergah..adoi..

"Tak payah nak berdalih-dalih. Apa awak nak daripada Ustazah Fauziah?" Sumaiyyah terus-terusan mendesak aku.

"Ada hal peribadila." Betul aku tak kuasa nak melayan minah sorang ni..

"Peribadi konon. Awak mengadu dekat Ustazah pasal saya kan? Awak nak jatuhkan saya dalam persatuan ni supaya awak boleh jadi naib presiden dan bersama-sama dengan Umar kan?"

Tenganga mulut aku mendengar tuduhan Sumaiyyah yang langsung tak masuk akal. Bila masa pulak aku ni gila jawatan.

"Sumaiyyah, sudah-sudahlah dengan plot drama swasta awak tu. Saya jumpa dengan ustazah pasal hal peribadi saya. Tak ada kena mengena dengan awak dan persatuan. Saya tak pernah teringin pun dengan jawatan awak tu" aku menggeleng-geleng kepala melihat gelagat Sumaiyyah semakin tidak keruan. Hmm, kalau la dia tau perkara sebenar agak bertambah meroyan minah ni..

Dengan merengus, dia terus meninggalkan aku tanpa sepatah kata. Sekali lagi aku menggeleng-geleng kepala melihat telatah Sumaiyyah yang berlalu pergi. Apa la yang agaknya bermain di fikiran dia tu sampai dia ingatkan aku nak berkomplot dengan Ustazah Fauziah nak jatuhkan dia. Ingat ni parti politik ke. Macam-macam perangai manusia ni.

Sekurang-kurangnya Sumaiyyah tu dapat menjadi mini distraction kepada aku yang berserabut dengan persoalan yang jauh lebih besar dalam hidup aku kini - persoalan jodoh dengan Umar.


Nak Kahwin Imam Muda!Onde histórias criam vida. Descubra agora