Bab 11

7.3K 337 3
                                    

Hati aku berdebar-debar menjejaki ruang tamu rumahku. Mummy dan daddy tiada nampaknya. Hanya Bibik Ani yang ada sibuk mengemas ruang tamu.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam. Eh Hana. Tak perasan pulak Bibik tadi" Bibik Ani berhenti daripada kerja mengelapnya untuk memandangku.

"Eh, lain nampak Hana hari ni?" Bibik mengerutkan kening memandangku.

"Lain sebab pakai tudung ke Bibik?" aku bertanya ceria. Aku dan bibik memang mempunyai hubungan yang rapat. Daripada aku kecil, Bibik Anilah yang sering menyiap sediakan makan pakaiku. Semua makanan kegemaranku dia tahu. Sebut sahaja, pasti dengan segera akan dia sediakan.

"Ye. Nampak lebih manis dan matang" Bibik Ani memuji.

"Terima kasih bibik!" aku memeluknya dengan erat sebelum melangkah masuk ke bilik.

"Lepas tukar baju turun terus makan ye. Bibik masak lauk gulai ketam kegemaran Hana hari ni"

"Yum! Gulai ketam! Ok!" kecur air liur aku mendengarnya. Yey, rezeki makan gulai ketam aku hari ni!

Sedang aku asyik menikmati makan tengah hari, muncul mummy dan daddy bersama-sama. Eh selalunya mereka keluar sampai ke malam. Aku bingkas bangun dan menyediakan tempat makan mereka. Kami kemudiannya sambung makan bersama-sama.

"Hana malam ni kita keluar dinner yea?" ajak daddy kepadaku.

"Dinner kat mana daddy?"

"There's this new restaurant I would like to try. Kawan daddy baru bukak dekat Mont Kiara"

"Ok.." fikiran aku mula bercelaru. Macam mana ni? Terpaksa la aku beritahu mereka hari ni yang aku dah pakai tudung sepenuh masa.

Jam menunjukkan tepat pukul 6. Aku berdiri tercegat di dalam bilik setelah siap berpakaian. Aku renung refleksiku di cermin. Skaf warna silver kupadankan dengan dress labuh warna hitam berkilauan. Aku sudah biasa untuk berpakaian formal ke restoran mewah semenjak kecil. Mummy mendidikku semenjak kecil agar sentiasa mementingkan protokol dan penampilan diri. Kasutku yang turut berwarna silver aku laga-lagakan dengan perasaan bergelora. Macam mana agaknya reaksi mummy dan daddy bila aku turun nanti.

"Hana..cepat sikit!" kedengaran suara mummy sudah melaung memanggil namaku.

Dengan ucapan bismillah aku cekalkan hati untuk melangkah turun dan berhadapan dengan mummy dan daddy. Sebaik sahaja mereka terpandang ke arah ku, aku lihat mata kedua ibu bapaku membuntang seluas-luasnya.

"Eh Hana, pakai tudung buat apa? Bukan kita nak pergi masjid" mummy memandangku hairan. Bagi mummy pakai tudung tu kalau nak pergi masjid atau majlis agama saja! Adoi, macam mana aku nak mula ni...

"Emm, mummy. Hana sebenarnya dah pakai tudung sepenuh masa" aku menjawab perlahan.

"Haa??" lantang suara mummy menjerit. Tubuh genitnya yang dibaluti dress tidak berlengan warna hijau kelihatan tegang.

Dengan lembut daddy memegang tanganku dan membawaku duduk ke sofa.

"Hana, did something happen?" daddy memulakan bicara.

"Nothing happened daddy. I just made the decision to start covering up. That's all, "aku memandang daddy meminta pengertian.

"Hana, memang di waktu muda kita akan teringin nak bereksperimen dengan pemakaian dan identiti diri. Tu daddy faham. Tapi there's time and place for this yes?" daddy menunjukkan tangannya ke tudungku.

"Maksud daddy..Hana tak boleh pakai tudung untuk ke dinner ni?"

Daddy memandangku sepi tidak menjawab. Mummy di sebelah kelihatan semakin berang.

"Hana, look at me. Siapa paksa Hana pakai tudung ni? Ustaz mana dekat kolej?"

"Mana ada ustaz mana-mana mummy..Hana yang decide sendiri.."

"Why on earth do you decide to wear tudung in college? When you are so young?" dahi mummy berkedut seribu memandangku.

"It just feels right mummy.." aku masih menundukkan kepalaku. Sebak rasa di hati apabila mummy dan daddyku sendiri tidak memahami keputusanku untuk ber'hijab'.

"Hana, we don't have time for this. Pergi tukar baju lain! Bertutup litup macam ustazah!" keras suara mummy mengarahkan aku. Aku sudah masak dengan perangai mummy yang suka memaksa aku tanpa mempedulikan perasaan dan kehendakku. Kalau dulu, aku selalu turutkan saja sambil menjeruk hati. Tapi kini, aku mendapat kekuatan baru..

"I'm sorry mummy. Kalau Hana tukar baju sekalipun, Hana tetap akan pakai tudung jugak"

Wajah mummy merah membara mendengar jawapanku. Dengan mengetap gigi dia berkata,

"Fine. Then you are not going!" mummy terus meluru ke luar rumah menuju ke kereta. Daddy memandangku dengan pandangan sedih. Daddy memang tak pernah boleh melawan kata-kata mummy. Lurus kata mummy, luruslah bagi daddy. Aku menahan air mataku daripada mengalir.

"Hana, we will talk more when we got home ok" daddy bersuara lembut sambil memegang bahuku.

Aku mengangguk kepala. Setitis air mata bening mengalir di pipiku. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan hati untuk terus menuruti perintahMu. Doaku kudus di dalam hati..

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now