Bab 10

7.6K 325 1
                                    

Aku membelek satu persatu gambar-gambar yang dihantar. Ada lebih 200 penyertaan semuanya. Tak disangka pertandingan fotografi bertemas Islami yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam Kolej Kejora mendapat sambutan hangat daripada para peminat fotografi. Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori. Pertama - Konsep alam semulajadi, kedua - Khalifah Allah, dan ketiga - Seni Islami. Mereka bebas menafsirkan tema yang diberi asalkan berlandaskan syarat yang telah ditetapkan oleh persatuan. Gambar-gambar yang dihantar memang hebat-hebat semuanya. Berpeluh jugak nak pilih siapa pemenang ni!

Selepas aku susun aku lekatkan gambar-gambar itu di luang legar Surau Solihin. Ruang ini akan dijadikan tempat pameran sepanjang pertandingan ini berlangsung. Aku sepatutnya menampal gambar-gambar ini bersama Sumaiyyah. Tetapi semenjak perbualan online kami tempoh hari, dia langung tidak mengendahkan aku lagi. Dasyat jugak drama minah surau ni!

Sumaiyyah dan rakan-rakannya yang lain memang memulaukan aku kini. Kalau dulu di surau walaupun tidak bertegur sapa, sekurang-kurangnya mereka akan melemparkan senyum kepada aku. Tapi kini, masing-masing buat muka kelat dan ketat bila bertembung dengan aku. Aku malas nak ambil pusing sangat. Asalkan aku tak buat salah, biarla orang nak layan macam mana pun.

Sedang aku asyik menampal gambar-gambar tersebut, tiba-tiba hidungku menangkap satu bau haruman yang cukup aku kenal lalu di belakangku. Bau haruman Umar! Berdebar-debar hatiku seketika tetapi aku buat-buat khusyuk terus menampal.

"Assalamualaikum" sapa Umar

"Waalaikumussalam" jawabku perlahan tanpa menoleh ke belakang. Aku pun tak tau kenapa tiba-tiba ada perasaan segan menyelubungi diriku walaupun hati aku nak sangat bertentang wajah dengannya.

"Hana, terima kasih ye tolong tampalkan gambar-gambar pertandingan ni. Ada banyak saya nampak tu. Awak perlukan pertolongan ke?"

Perlahan dan penuh sopan Umar mempelawa pertolongannya. Hati aku tersentuh dengan sikap 'gentleman' Umar. Aku curi-curi pandang ke arah wajahnya. Ternyata, dia tetap tidak memandang wajahku. Dengan hormat matanya ditundukkan ke bawah.

"Hmm, boleh juga" jawabku malu-malu.

"Baiklah. Berikan saya separuh daripada gambar-gambar itu. Nanti lepas Solat Zohor saya tampal. Dah nak masuk waktu ni."

Laa..aku ingatkan dia nak tolong aku sekarang. Di kepala dah terbayang aku dan Umar bekerja bersama-sama. Mungkin boleh berbual-bual, dan mungkin dia akan meluahkan perasaan dia kepada aku akhirnya...

"Hana?" suara Umar mematikan lamunan aku.

"Eh, ye. Ini dia" Aku meletakkan separuh gambar-gambar ke dalam kotak dan meletakkan di atas lantai. Umar mengangkatnya dengan teliti dan memberi salam sebelum beredar menuju ke ruang solat lelaki.

Dengan perasaan sedikit kecewa aku meneruskan menampal gambar-gambar itu. Peluang untuk lebih mendekati Umar hancur begitu sahaja. Sudah 3 bulan sejak kali pertama aku terserempak dan jatuh hati dengannya. Namun hingga kini, dia masih tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia menyukaiku. Ntah-ntah kewujudan aku pun dia tak sedar!

Yang pasti, memang Umar dan Sumaiyyah memang tidak ada apa-apa perhubungan. Cuma memang agak obvious yang Sumaiyyah tu syokkan Umar! Aku faham. Kalau aku yang baru 3 bulan kenal Umar pun dah jatuh hati. Inikan pula Sumaiyyah yang sudah lama bersama-sama Umar dalam persatuan. Walaupun aku geram dengan layanan Sumaiyyah kepada aku, terselit juga perasaan kesian kepadanya. Tidak mudah memendam perasaan cinta kepada seseorang. Sesungguhnya kini baru aku tahu!

Aku selit seurat rambutku yang terurai keluar daripada tudung. Aku sendiri tak tau Umar tu perasan ke tidak yang aku ni dah pakai tudung. Layanannya kepadaku sama saja ketika aku pakai tudung dengan tidak. Walaupun pada mulanya memang aku memakai tudung untuk mendekati Umar, tetapi kini aku semakin selesa mengenakan tudung. Aku tidak lagi berselindung daripada Lia. Walaupun dia sering mencemuh dan memperlekehkan pemakaian aku kini, aku buat tak peduli je. Memang betul kata orang, kalau kita mula nak buat baik ni, mesti banyak dugaanya.

Hati aku lebih tenang kini. Tambahan pula, aku sering menonton video di Youtube kisah-kisah muslimah dalam dan luar negara yang semakin ramai mengenakan tudung atau 'hijab'. Mereka berkongsi pengalaman pertama mereka mengenakan 'hijab'. Ada yang mula memakai 'hijab' secara cuba-cuba. Ada yang kerana ingin menurut kawan. Ada yang kerana perasaan ingin tahu. Walaupun aku merasa agak keseorangan di kolej, tetapi aku tau bahawa ada ramai lagi saudara seIslamku di serata dunia yang turut melalui perkara yang sama. Aku juga mula membaca beberapa buku perihal 'hijab'.

Walaupun aku kini selesa ber'hijab' di kolej, aku masih belum memberitahu mummy dan daddyku. Apa agaknya respon mereka? Dapatkah mereka menerima imej baru anak kesayangan mereka ni? Daddy tu mungkin 'cool' sedikit daripada mummy. Kening aku berkerut seidkit apabila terbayang rambut perang mummy dan seluar pendeknya. Haih, ini mungkin boleh jadi satu masalah dunia..

Nak Kahwin Imam Muda!Donde viven las historias. Descúbrelo ahora