Bab 15

7.3K 312 2
                                    

Sepanjang hari aku sibuk melayan kawan-kawan aku yang datang nak membeli tudung-tudung aku. Ada yang datang beli sampai 2 3 helai. Ada juga pelajar yang langsung aku tak kenal! Tak sangka dengan menjual tudung, aku dapat buat kawan baru. Lepas beli tudung, kami bergaya-gaya pula dengan tudung masing-masing. Macam-macam cara lilit tudung yang aku belajar daripada hijabista-hijabista di kolej ni. Lia tergamam melihat biliknya diserbu oleh 'minah tudung'. Lantas dia menghayun kaki keluar bilik. Tinggal la aku dengan kawan-kawan baru ku, bergelak ketawa riang ria berkongsi tips-tips hijab dan fesyen Muslimah terkini. Dan dalam masa sehari, aku dapat kumpul balik hampir RM300 ringgit! Banyak tak banyak tudung yang aku ada buat koleksi. Walaupun kadang-kadang aku rasa sedih juga berpisah dengan sebahagian tudung yang memang aku suka, tapi demi sesuap nasi (sedihnya bunyi) – aku terpaksa la jugak.

Dengan jumlah wang yang ada, lega la sikit hati aku. Tak lah aku rasa sesak sangat. Tapi aku masih kena terus cari ikhtiar. Macam mana aku nak teruskan kelangsungan hidup aku ni kalau mummy terus menerus menyekat duit elaun aku.

Tuk-tuk-tuk, kedengaran daun pintu ku diketuk. "Assalamualaikummmm" panjang bunyi salam yang dihulurkan. Empunya suara seorang gadis genit berkaca mata biru.

"Waalaikumussalam. Datang nak tengok-tengok tudung ye. Sila-sila, duduk-duduk," dengan gaya makcik-makcik aku mempelawa seorang lagi pelajar kolej yang tak pernah aku kenal sebelum ni.

"Saya Narimah. Kawan saya bagitahu yang awak ada banyak tudung-tudung cantik yang nak let go"

"Haah. Tinggal ini je yang ada lagi. Tengok-tengokla" aku membentangkan beberapa helai lagi tudung aku yang masih tinggal.

"Alaaa..yang tinggal warna-warna yang saya dah ada. Awak tak de warna lain ke?" soal Narimah kepada aku dengan penuh mengharap.

Aik, dia ingat aku ade stok tudung ke. Aku ni jual pre-loved mana yang ada sebab tak cukup duit..

"Maafla Narimah. Ini je yang saya ada. Yang lain semua dah dibeli orang"

"Kalau ada yang lain bagitau saya ye. Ni no. telefon saya. Whatsapp je. Saya suka la jenis tudung yang awak jual ni. Design cantik-cantik"

"Oo ok. Terima kasih. Insha Allah nanti saya bagitau"

Hmm, adakah sebenarnya aku berpotensi untuk menjadi usahawan hijab ni? Tiba-tiba terlintas pula idea ini di fikiranku. Eh sudahla Hana. Apa kau tahu pasal nak berniaga tudung? Pakai tudung pun baru berapa bulan. Takpela, asalkan aku tak kebulur tak cukup makan bulan ni pun sudah cukup baik.

Tiba-tiba aku mendapat message whatsapp daripada grup Minat Surau. Pemenang pertandingan fotografi bertema Islami sudah dipilih. Kita akan umumkan pemenangnya lepas solat Jumaat mingggu ini. Alhamdulillah, semenjak pertandingan fotografi itu berlangsung, Surau Solihin memang nampak lebih meriah dengan pelajar kolej ini. Ramai yang keluar masuk untuk melihat foto-foto yang dipertandingkan. Sampaikan ada juga pelajar bukan Islam yang turut sama menjenguk di ruang legar Surau Solihin. Kami memang mengalu-alukan semua pelajar dan tidak membataskan kepada pelajar Muslim sahaja. Asalkan mereka menjaga tatatertib dan kehormatan di kawasan surau, tidak ada masalah untuk mereka turut sama. Aku merasa cukup gembira melihat perkembangan positif ini. Hari demi hari, saf jemaah di Surau Solihin juga semakin bertambah.

Habis program pertandingan fotografi ini, Jawatankuasa Minat Surau akan melancarkan program baru pula. Program yang lebih khusus untuk pelajar wanita Kolej Kejora. Mesyuarat akan diadakan esok untuk membincangkan apa program yang sesui untuk dianjurkan. Di kepala aku dah ada beberapa idea. Tak sabarnya aku nak kemukakan! Walaupun aku dan Sumaiyyah semakin dingin kini, itu tidak mematikan semangat aku untuk terus menyumbang kepada program-program yang baik seperti ini. Semenjak aku berkecimpung dalam penganjuran pertandingan fotografi, dan sama-sama bekerja untuk program di Surau Solihin ini, aku dapat rasakan jiwa aku lebih hidup. Aku baru sedar yang aku sebenarnya suka membuat kerja-kerja begini. Aku yang dulunya asyik terperuk di dalam bilik membaca buku, menjadi lebih aktif dan bersemangat untuk bersama-sama membuat aktiviti dengan pelajar lain.

Umar sememangnya seorang ketua yang berwibawa. Di bawah pimpinannya, ahli-ahli jawatankuasa ini dapat bekerjasama dengan baik. Sumaiyyah, walaupun secara peribadi mempunyai sedikit masalah dengan aku, tetapi apabila bab kerja - dia tak la teruk sangat. Mungkin sebab dia pun segan dengan Umar kut. Jadi, apabila waktu kami bekerja, isu peribadi diketepikan. Dan kami dapat bekerjasama dengan baik dan menyiapkan segala tugasan dalam tempoh masa yang diberikan.

Kini, aku dan Sumaiyyah adalah teman sekapal. 2 gadis yang menjadi penumpang dalam kapal yang diberi nama 'Pencinta Umar'. 2 gadis yang terhoyong hayang dilanda ombak perasaan, namun terpaksa menahannya dek perasaan segan dan hormat kepada ketua kami itu. Kalau nak diikutkan, daripada luaran – memanglah namapaknya Sumaiyyah yang lebih sesuai dengan Umar. Sumaiyyah bertudung labuh, berjubah dan pandai pulak guna istilah Bahasa Arab. Tak macam aku yang baru bertatih nak pakai tudung, baju pun kadang-kadang ketat, kadang-kadang tersingkat. Nak cakap Bahasa Arab? Lagi lah lidah berbelit.

Tapi aku percaya, kalau jodoh tidak ke mana. Bukankah jodol dan ajal adalah 2 perkara yang sudah ditentukan Tuhan? Mana tahu, ntah-ntah memang dah tertulis yang jodoh aku namanya Umar? Kalau la betul, aku la insan paling bahagiaaaaa.

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now