Bab 41

5K 230 3
                                    

"Hana, Hana. Bangun sayang" kejut Umar dengan lembut.

"Eh, dah sampai?" aku terpisat-pisat. Menggosok tidur yang masih bersisa di kelopak mata.

"Belum lagi..kita kena tukar kenderaan"

"Tukar kenderaan?" aku menggeliat kecil dan mula membuka pintu. Perkara pertama yang aku perasan adalah sapaan udara pantai. Angin laut yang masin! Aku melihat keliling. Banyak kereta parking di sini. Dan di seberang jalan..Terminal Jeti Lumut!

Oh, sudah sampai di jeti. Dan kita akan ke..

"Selamat datang ke Pulau Pangkor!" ujar Umar kepada aku ceria. Di tangan kiri dan kanannya sudah tersangkut bagasi kami.

"Jom kita naik feri" Umar mendahului jalan. Aku menurutinya daripada belakang. Terminal Jeti Lumut tidakla sebesar mana, namun kelihatan orang sudah penuh menunggu kedatangan feri.

Umar membelikan tiket untuk kami dan setelah 10 minit menunggu, tibalah giliran aku untuk menaiki feri. Perjalanan di atas feri memakan masa lebih kurang 30 minit. Sampai di Jeti Pangkor, Umar mencari kereta sewa untuk disewa. Katanya untuk memudahkan pergerakan kami di pulau ini.

Sementara Umar menguruskan tentang kereta sewa, aku memandang kawasan sekitar pulau itu. Udaranya memang berbeza dengan udara di KL. Terasa lebih segar dan nyaman. Kenderaan pun tak banyak. Semua orang kelihatan lebih rileks.

Selesai urusan menyewa kereta, kami terus menuju ke tempat penginapan. Hati aku berdebar-debar. Hmm..kat mana agaknya kami akan menginap malam ni.

Sejujurnya, sepanjang perjalanan kadang-kadang aku diusik sedikit perasaan sangsi. Sepanjang membesar, aku sudah biasa bercuti bersama mummy dan daddy merata dunia. Percutian kami semestinya mewah kerana mummy tidak pernah mahu bercuti kalau tidak sampai standard-nya. Daddy pula memang tidak pernah berkira bab-bab berbelanja untuk keluarga. Jadi, aku tidak pernah mengalami pengalaman percutian yang lain, selain daripada percutian mewah bersama mummy dan daddy.

Aku berdoa di dalam hati yang aku dapat menyesuaikan diri dengan bulan madu yang diatur oleh Umar ini. Aku takut kalau-kalau mimik muka aku menampakkan ketidak puasan hati. Umar begitu bersungguh-sungguh mengatur segala perancangan. Aku tak nak la nampak macam tak bersyukur pula..

Umar memberhentikan kereta di hadapan sebuah resort sederhana besar. Resort itu bertul-betul berhadapan dengan pantai dan dikelilingi oleh pohon-pohon yang merimbun. Ada sebuah kolam renang sederhana besar. Lobi resort itu pula dihias ringkas tapi menarik dengan kerusi santai diperbuat daripada rotan. Ada sudut bahan bacaan dan kafe kecil.

"Assalamualaikum Bang Rostam!" Umar menegur lelaki yang berdiri di belakang kaunter. Lelaki itu memakai topi koboi berwarna hitam dan baju berbunga-bunga.

"Wa'alaikumussalam Umar. Alhamdulillah sampai dah kamu. Sila-sila.." lelaki yang dipanggil Bang Rostam tadi terus memeluk Umar dengan erat. Mereka berdua ni macam dah kenal lama je..

"Bang, ni saya perkenalkan Hana Tihani, isteri saya"

"Assalamualaikum" ujar aku sambil menundukkan kepala dan meletakkan tangan di dadaku.

"Wa'alaikumussalam.." Bang Rostam membalas sambil menundukkan kepalanya kembali.

"Selamat datang, selamat datang ke Resort Rimbunan" Bang Rostam mendepangkan tangannya.

"Meh abang tunjukkkan chalet kamu"

Chalet kami terletak di hujung sekali. Sebelah tingkap betul-betul mengadap laut manakala sebelah lagi mengadap kolam renang. Sekeliling chalet pula dihias indah dengan pohon bunga yang pelbagai warna.

"Selamat berbulan madu!" kata terakhir Bang Rostam sebelum meninggalkan kami.

"Silakan tuan puteriku.." ujar Umar sambil membuat gaya tangan mirip putera raja di dalam filem klasik Inggeris..

"Terima kasih putera hatiku.." aku tunduk sambil memegang skirt labuhku. Khusus untuk percutian ini, aku mengenakan tudung warna krim dikenakan dengan blaus biru laut dan skirt daripada rona krim juga.

Chalet itu sederhana besar. Dihias menarik dengan kerusi rotan seperti yang terdapat di lobi. Ada satu bilik besar yang mengadap laut. Katil size King bercadar ungu dihias dengan kelopak bunga mawar. Ada sebiji bakul berisi minuman sejuk dan beberapa keping coklat.

Ruang tamu chalet itu dilengkapi dengan sebuah sofa yang kecil tetapi empuk. Ada sebuah cerek elektrik dan microwave di ruang dapur yang terletak bersebelahan dengan ruang tamu.

Mata aku galak menangkap setiap inci ruang chalet itu. Aku terpesona dengan keindahan seni reka dan susun aturnya. Siapa yang dekor chalet ini memang hebat!

Aku berdiri mengadap tingkap yang terbuka luas di bilik tidur. Angin sepoi-sepoi bahasa menyamankan jiwa. Aku menghirup udara pantai sedalam-dalamnya. Subhanallah..nikmat Allah..

"Hana suka?" tiba-tiba aku rasakan tangan Umar datang memelukku daripada belakang.

"Suka" aku tersenyum sambil menyandarkan kepalaku di dadanya. Terasa damai berdiri berdua di sini sambil mengadap alam ciptaan Ilahi. 

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now