Bab 23

6.9K 301 4
                                    

Hati ku berdebar-debar menunggu reply daripada Umar. Namun setelah 2 hari, inbox aku masih sepi. Percayakah dia pada penjelasanku? Kenapa dia hanya membisu?

Hari-hari yang kulalui terasa lebih lesu. Aku terasa curiga kepada semua orang di kolej ni. Ke mana-mana aku pergi aku rasakan ada orang yang bersedia untuk memetik punat kamera mengambil gambar aku. Macam la aku ni artis sampai ada paparazzi pulak. Aku masih tidak tahu siapakah gerangan manusia yang cuba menabur fitnah terhadap diriku.

Hari ini hari Khamis, aku menanti-nanti untuk pergi ke mesyuarat ahli Jawatankuasa Minat Surau. Kerana Umar tidak membalas reply e-mel aku, biar aku berdepan dan tanya dia sendiri. Tapi alangkah terkejutnya aku apabila aku diberitahu melalu grup whatsapp yang mesyuarat hari ini akan ditangguhkan ke suatu tarikh lain.

Eh, di manakah Umar? Dia tak ada dekat kolej ke? Hati aku berteka-teki sendiri. Sesak terasa nafas aku terpaksa hidup dalam kesamaran begini. Ingin saja rasanya aku terbang pergi kepadanya, tidak kira di mana dia berada. Apa dah jadi dengan kau ni Hana. Angau seorang diri.

Oleh kerana petang ini aku free, aku mengambil keputusan untuk menghabiskan masa di perpustakaan. Semenjak aku tak ada kereta, aku lebih banyak menghabiskan masa di perpustakaan kolej ni. Perpustakaan Kolej Kejora ni lengkap dengan segala buku dan bahan ilmiah. Tempatnya juga luas dan selesa, dilengkapi dengan ruang mengulangkaji, ruang makmal komputer dan ruang rehat untuk pembacaan santai. Perpustakaan ini adalah antara tempat yang paling aku suka di Kolej Kejora.

Sebelum masuk sempat aku mengerling ke arah refleksiku di cermin depan perpustakaan. Tudung warna peach aku gayakan dengan dress labuh daripada rona yang sama. Aku kini lebih gemar mengenakan dress atau jubah untuk ke mana-mana. Terasa lebih selesa dan sopan. Masuknya aku ke perpustakaan, aku menuju ke rak buku rujukan bisnes. Di sinilah tempat biasa aku duduk. Sampainya aku di situ, aku lihat kawasan itu sedang ditutup sementara untuk kerja mengemaskini buku. Aku terpaksa pergi ke kawasan lain. Sedang aku mencari-cari tempat duduk baru, aku ternampak kelibat seseorang yang cukup aku kenali. Umar!

Dia sedang duduk dan khusyuk menulis sesuatu. Langsung tidak menyedari keadaan sekeliling. Aku menyorokkan diri di belakang rak dan terus memandang ke arahnya. Aku sangkakan mesyuarat dibatalkan kerana dia tidak ada di kolej. Kenapa dia berada di sini pula?

Patutkah aku pergi tegur dia? Nampak macam khusyuk sangat pulak, macam mana kalau dia rasa aku mengganggu? Ish, tapi ini lah peluang aku nak tanya dia pasal e-mel tu. Aku masih berfikir-fikir sambil berdiri tercegat di belakang rak.

Akhirnya aku memberanikan diri juga untuk menghampirinya. Kaki aku rasa lembik seperti jeli ketika melangkah menghampirinya. Wajahnya masih tunduk dengan khusyuk jadi aku hanya nampak jambang nipisnya daripada sisi. Dia memakai kemeja biru dan seluar hitam.

"Assalamualaikum" aku bersuara perlahan, sesuai dengan level perpustakaan.

"Waalaikumussalam" Umar menjawab sambil mengangkat mukanya. Apabila terpandang sahaja aku, kulihat air mukanya berubah. Buku yang terbuka di hadapannya dikatup tiba-tiba dan dia bangun berdiri dengan pantas. Aku merasa sedikit kaget dengan gelagat Umar yang nampak agak kelam-kabut pada hari ini.

"Err, boleh saya cakap sikit dengan awak?" aku meneruskan kata-kataku.

"Boleh-boleh. Kita cakap di luar ye." Umar menunjukkan arah ke luar perpustakaan dan aku hanya mengangguk. Dia mendahului aku keluar perpustakaan dan aku hanya menurutinya daripada belakang.

Keluarnya daripada perpustakaan, aku dapati Umar sudah menungggu aku. Dengan perasaan berdebar-debar aku berjalan menghampirinya. Bagai ada suatu cas elektrik yang mengalir antara kami. Aku rasa yang Umar juga merasainya kerana dia sudah memalingkan mukanya ke arah lain.

"Maaf mengganggu. Saya nak tanya sama ada awak dah dapat reply e-mel saya" aku mula bersuara.

"Err tak mengapa, awak tak ganggu saya. Oh, e-mel awak, saya dah dapat. Err maaf saya belum sempat reply lagi" Umar menjawab dengan agak tergagap-gagap. Aik, kenapa macam gelabah semacam mamat ni, selalu cool aje..

"Saya harap awak percaya dengan penjelasan saya" aku meneruskan kata-kataku.

"Saya percaya" dengan itu Umar mengangkat mukanya dan memandang ke arahku. Pandangannya itu tidak lama, mungkin cuma beberapa saat. Tapi dalam ketika itu, aku rasakan ada sesuatu yang telah berubah antara aku dan Umar. Bagai ada satu rasa baru yang terbit. Adakah ini rasa yang aku nanti-nantikan daripada selama ini?

Dengan tiba-tiba Umar mengalih pandangan matanya dan mengucapkan salam sebelum berlalu meninggalkan aku. Sekali lagi aku ditinggalkan termangu-mangu seperti biasa.

Mataku menyorot susuk Umar yang berlalu pergi. Harumannya masih tinggal memenuhi ruang fikiranku. Aku berpaling untuk masuk semula ke perpustakaan. Tetapi hati aku tidak lagi tenteram. Ku ulang-ulang peristiwa perbualanku dengan Umar berulang kali di kotak fikiran. Apakah betul telahan perasaan aku ini? Yang Umar juga mungkin mempunyai perasaan terhadap aku? Tapi macam mana aku nak pastikan. Aku tak mahu jadi perempuan syok sendiri. Namun, satu yang pasti aku dapat menarik nafas lega kerana Umar percaya dengan penjelasan aku tentang Carl.

"Saya percaya" kata-kata Umar yang cukup keramat yang kini melekat kemas di hati ku.

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now