Bab 25

7K 324 9
                                    

Selepas solat Maghrib aku duduk di depan laptop untuk memulakan kerja. Hari ni dapat lagi assignment yang baru sedangkan assignment lama masih belum siap. Lia juga kelihatan khusyuk mengadap laptopnya. Suasana bilik sepi kecuali dengan bunyi sayup-sayup lagu yang kedengaran daripada Ipod Lia.

Seperti biasa, selepas 20 minit tangan aku mula gatal nak buka Facebook. Kenapa la susah sangat nak focus buat kerja semenjak ada FB ni..sikit-sikit nak check, sikit-sikit nak check..

Log in saja Facebook aku nampak Umar turut online! Hmm nak tegur ke tidak..nak tegur ke tidak..Dalam aku masih berfikir-fikir tiba-tiba, Umar menyapa seperti membaca fikiran aku!

Umar: Assalamualaikum Hana

Hana: Wa'alaikumussalam

Yeay yeay dia tegur aku dulu! Rasa macam nak melompat je atas kerusi ni!

Umar: Hana apa khabar?

Hana: Alhamdulillah baik. Umar pula?

Umar: Alhamdulillah. Baik-baik belaka. Cuma..

Hana: Cuma?

Umar: Saya sebenarnya berada dalam kekusutan jiwa.

Hana: Berat benar bunyinya..

Hmm adakah Umar jiwa kacau kerana aku? Mungkin kah?

Umar: Ye. Saya orangnya simple saja. Tidak pernah jiwa saya diganggu dengan perasaan sehebat ini. Lama saya cuba menahannya, tetapi saya rasa sudah sampai masanya saya berbuat sesuatu. Sebelum itu, saya nak tanya Hana satu perkara.

Hana: Ye?

Umar: Adakah Hana sudah berpunya?

Hana: Maksud Umar, dah ada boyfriend?

Umar: Atau tunangan.

Eh, ni intro macam nak masuk jarum je..yes!!

Hana: Belum. Saya masih single. Tidak ada boyfriend mahupun tunangan.

Umar: Saya harus bertanya itu dahulu kerana dalam Islam kita dilarang mengganggu tunangan orang. Sekiranya Hana masih tidak berpunya, saya ingin meneruskan dengan hasrat saya sebenarnya.

Hana: Baiklah.

Woh berdebar-debarnya hati aku! Apa dia nak cakap ni??

Umar: Saya sebenarnya berhajat untuk memperisterikan Hana.

Aaa? Memperisterikan? Directnya tanya! Mana ayat-ayat cinta? Ungkapan kasih? Err, apa aku nak jawab ni?

Hana: Ermm, apa maksud Umar?

Seriously aku tak tau nak reply ape nih! This is so unexpected!

Umar: Maksud saya, sekiranya Hana sudi menerima saya seadanya, saya ingin meminang Hana untuk dijadikan teman hidup saya.

Hana: Ermm, saya sebenarnya tak tau nak cakap apa..

Umar: Kalau Hana tidak bersetuju, tidak mengapa. Saya faham.

Hana: Bukan itu maksud saya. Sebenarnya saya juga mempunyai perasaan terhadap Umar. Tapi untuk kahwin..

Umar: Kenapa?

Hana: Bukankah kita masih terlalu muda untuk berkahwin?

Umar: Hana sudah berumur 21 kan? Bukankah hari jadi Hana 19/3?

Eh, dia tahu birthday aku?

Hana: Ye saya dah berumur 21 tahun. Tapi saya tetap rasa macam masih terlalu awal. Kita kan masih belajar.

Umar: Jadi Hana rasa 21 tahun itu terlalu awal untuk berkahwin?

Hana: Mungkin..ntahla. Saya tak pernah terfikir sampai kahwin sebenarnya.

Umar: Apa yang Hana fikirkan?

Hana: Mungkin untuk berkenal-kenalan dulu? Bercinta?

Umar: Saya minta maaf sekiranya saya ni terlalu old-fashioned untuk Hana. Tetapi saya tidak berapa setuju dengan konsep bercinta sebelum kahwin. Bagi saya, cinta itu hanyalah untuk isteri yang sah.

Hana: Habis tu? Macam mana nak tahu yang kita ni serasi bersama?

Umar: Kita boleh lebih saling kenal mengenali dalam tempoh bertunang.

Hana: Tapi bertunang tu kan bila kita dah confirm nak kahwin?

Umar: Memang saya ajak Hana bertunang sebab saya berhajat untuk mengahwini Hana. Kalau tidak, saya tidak akan ajak.

Aduhhh, pening kepala aku! Macam mana ni? Baru aku sedar kini yang aku dan Umar mempunyai konsep bercinta dan berkahwin yang berbeza. Bagi aku, biarla kita bercinta-cinta dulu macam pasangan yang lain. Dah rasa sesuai, baru bertunang dan kahwin. Umar ni nak target kahwin dulu, baru bertunang. Habis tu bilanya nak bercinta?

Dia ni ada ke tak rasa cinta kepada aku sebenarnya? Aku dah lama mengidamkan saat ini. Saat akhirnya Umar menjadi lebih daripada seorang kawan, lebih daripada seorang presiden persatuan. 

Tetapi, adakah aku bersedia untuk dia terus menjadi suami?

Umar: Saya sedar hal kahwin ini bukan hal yang boleh diambil mudah. Tambahan pula bagi Hana yang tidak pernah terfikir tentang hal ini. Jadi, Hana ambil lah masa untuk berfikir tentangnya terlebih dahulu. Saya sanggup menunggu.

Hana: Terima kasih kerana memahami Umar.

Umar: Sama-sama. Assalamualaikum

Hana: Waalaikumussalam.

Tamat sahaja sesi chatting aku dengan Umar aku duduk termangu di depan laptop. Betulkah apa yang telah berlaku ni? Adakah Umar baru sahaja mengajak aku kahwin? Aku, Hana Tihani? Ya Allah, kenapa perasaan aku bercampur baur?

Hati aku memang terasa gembira mengetahu yang Umar sebenarnya turut sama merasai apa yang aku rasa selama ini. Tapi, fikiran aku menjadi sedikit buntu dengan permintaan Umar.

 Nak bertunang? Nak berkahwin? Ish, terasa masih terlalu mentah untuk aku menjejaki alam rumahtangga. Tambahan pula, apa kata mummy dan daddy?

Ya Allah berikanlah aku petunjuk apa yang harus aku lalukan sekarang..


Nak Kahwin Imam Muda!Donde viven las historias. Descúbrelo ahora