Bab 32

5.3K 221 5
                                    

Semenjak peperiksaan makin menjelang, aku, Nora dan Kina lebih banyak menghabiskan masa di perpustakaan. Semua kelas sudah tamat dan semua pelajar diberi tempoh masa semingggu untuk mengulangkaji pelajaran. Dan dalam tempoh seminggu ni memang kami berkampung di perpustakaan. Kami hanya berhenti rehat untuk makan dan solat sahaja.

"Hana tak nak balik lagi ke?" tanya Nora kepada aku.

"Hana nak cover sikit je lagi ni. Ada 2 bab lagi" aku menjawab sambil memandang kepada Nora dan Kina yang sudah bersiap sedia untuk balik ke asrama.

"Korang baliklah dulu. Tak payah tunggu Hana"

"Baiklah. Tapi jangan lambat-lambat sangat tau Hana" pesan Nora kepada aku.

"Ok, jangan risau. Assalamualaikum" aku terus menyambung sesi ulangkaji aku. Bab 2 yang akhir ni memang bab yang paling susah aku nak faham. Jadi aku kena fokus lebih sikit. Sedar tidak sedar, jam sudah menunjukkan hampir pukul 10 malam. Memang pada waktu musim peperiksaan ni, perpustakaan ditutup lambat sedikit. Aku bergegas menyimpan barang-barang ke dalam beg dan bersiap sedia untuk pulang.

Walaupun perpustakaan masih terang, di luar keadaan sudah gelap dan sunyi. Hati aku disapa rasa takut ketika melalui koridor gelap untuk turun ke bawah. Kenapa la aku tak ikut balik dengan Nora dan Kina tadi. Aku menyalahkan diri aku sendiri yang terlalu asyik hingga tidak menghiraukan waktu. Sampai di selekoh untuk menuruni tangga, aku dengar nama aku dipanggil daripada dalam sebuah bilik kelas.

Eh, siapa pulak ni yang panggil aku malam-malam ni. Bulu roma aku berdiri tegak. Terbayang di ruang mata kisah-kisah cerita hantu yang pernah aku baca dulu-dulu. Tiba-tiba, Sumaiyyah muncul daripada sebalik pintu.

"Oh, Sumaiyyah. Terkejut saya." Aku mengurut dada perlahan-lahan.

"Boleh saya cakap sekejap dengan awak dalam bilik ni" Sumaiyyah bersuara.

"Err, dah lewat la ni Sumaiyyah. Esok sajalah ya" aku cuba mengelak.

"Sekejap saja Hana. Ada hal penting ni" Sumaiyyah mendesak. Sesekali matanya melilau melihat ke dalam bilik.

"Baiklah. Sekejap saja tau" aku menapak masuk dengan kaki yang berat. Kepenatan sudah mula menyelubungi badanku yang seharian suntuk menelaah buku.

Masuk saja ke dalam bilik baru aku sedar yang Sumaiyyah tidak keseorangan. Ada seseorang yang duduk membelakangi kami. Dalam kesamaran itu, aku tidak dapat mengecam susuk badannya.

Apabila aku masuk saja, Sumaiyyah terus mengatup pintu dan memandang aku dengan pandangan yang tajam.

"Hana, dalam dunia ni ada 2 jenis golongan manusia. Manusia yang kuat dan manusia yang lemah. Manusia yang kuat akan sentiasa cari jalan untuk menang. Dan manusia yang lemah akan sentiasa jadi mangsa dan kalah"

Eh falsafah apa pulak minah ni malam-malam ni. Aku masih cuba mengintai siapkah gerangan yang duduk di sudut bilik itu.

"Apa dia ni Sumaiyyah. Cakap la cepat saya dah penat ni" aku membetulkan tali beg yang terasa semakin berat di bahuku.

"Saya tak akan kalah dengan awak Hana." Ujar Sumaiyyah dengan nada serius. Matanya bersinar penuh dendam.

Tiba-tiba susuk tubuh itu bangun dan berpusing menghadap aku. Salman! Dengan perlahan-lahan dia berjalan menghampiri aku dan Sumaiyyah. Matanya kelihatan cengkung dan tidak bermaya di sebalik cermin mata bingkai tebalnya. Badannya yang dahulu agak tegap nampak bertambah susut. Apa yang dia buat di sini dengan Sumaiyyah. Tiba-tiba ada satu perasaan takut menelusup ke dalam hati aku. Apa yang berlaku ni?

"Assalamualaikum Hana Tihani. Gadis idaman hati yang kini bertutup litup bagai permata yang dibaluti." Salman melangkah menghampiri aku. Aku melangkah setapak ke belakang dengan perasaan yang sangsi. Aku tahu pintu di belakang aku dan aku boleh keluar bila-bila masa saja.

"Eh, apa semua ni Salman? Sumaiyyah? Aku memandang ke arah mereka berdua. 2 karakter yang jauh berbeza berada dalam bilik yang sama. Apa yang mereka berdua nak daripada aku?

Sumaiyyah menyilang tangan di atas tudung labuhnya. Mulutnya mencebik ke bawah bagai mengejek. Salman masih memandang aku dengan pandangan yang tajam. Bulu roma aku merasa meremang diperhatikan begitu oleh mereka berdua.

"Hana awak ingat saya tak tau kisah awak dengan Salman?" tuduh Sumaiyyah kepada aku.

"Kisah apa? Saya tak pernah ada apa-apa dengan Salman. Kalau kamu berdua nak buat-buat cerita dekat sini, baik saya balik" aku terus meluru ke pintu. Namun ketika aku mahu membuka tombolnya aku dapati ia telah dikunci daripada luar.

"Sumaiyyah, kenapa awak kunci pintu ni?" hati aku mula merasa berdebar-debar.

"Awak nak ke mana Hana? Tak sanggup nak berdepan dengan kekasih lama awak ni?" ujar Sumaiyyah sinis.

"Salman, apa yang awak bagitahu Sumaiyyah? Kita kan tak pernah ada apa-apa." Mata aku meliar melihat ke pintu belakang. Kalau aku pecut sikit dah boleh sampai ni. Perlahan-lahan aku melangkah ke pintu belakang.

"Hana, sampai hati awak tinggalkan saya demi Umar. Awak tak tahu betapa merana saya berbulan-bulan" Salman mula merapati aku.

"Eh, awak jangan nak datang dekat saya" aku berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu belakang. Tangan aku angkat ke depan untuk menghalang Salman daripada terus menghampiri aku. Pada ketika itu aku terlupa akan Sumaiyyah dan tanpa diduga terus meluru keluar bilik melalui pintu belakang dan menguncinya!

Aku terperangkap di dalam kelas dengan Salman! Jantung aku berdegup sekencang-kencangnya. Peluh dingin mula terasa merecik di dahi aku. Lidah aku bagai kelu untuk berkata apa-apa.

"Hana, rileks. I just want to talk" Salman bersuara rendah. Namun dia tetap melangkah menuju ke arah aku.

"Salman, please don't come closer to me. Saya tunang orang. Let me go" aku cuba merayu kepada Salman.

"Oh sekarang baru kau nak merayu dekat aku. Dulu masa aku merayu nak kan kau dulu, apa kau buat? Kau malukan aku depan orang ramai. Depan Umar kesayangan kau tu!"

Aku terus menerpa ke pintu belakang dan menggoncangnya sekuat-kuat hati aku. Tiba-tiba, aku terasa nafas Salman hampir di pipi ku. Dia sudah begitu rapat dengan aku! Ya Allah tolong lah aku! Aku terus menggoncang pintu sambil tangan aku menolak Salman yang semakin menghampiri.

Tiba-tiba, pintu depan bilik terbuka luas. Ustaz Harun dan diikuti oleh beberapa pelajar lelaki lain masuk menerjah. Yang terakhir masuk adalah Umar!

"Apa kamu berdua buat di sini?" tegas suara Ustaz Harun memandang kepada kami berdua.

Aku terpana dengan sergahan Ustaz lalu terus terduduk. Lutut aku terasa begitu lembik. Salman cuma tunduk memandang ke bawah. Mata aku buntang memandang Umar penuh harap. Namun dia tidak memandang wajah aku. Mulutnya dikatup rapat seperti menahan kemarahan.

"Ustaz, ini semua salah faham.." aku bersuara.

'Apa yang salah faham. Terang-terang kami tangkap kamu berdua-duaan kat dalam bilik ni. Kalau kami tak sempat datang awal, entah apa yang akan berlaku. Nasib baik Sumaiyyah cepat melaporkan" Ustaz Harun menunjuk kepada Sumaiyyah yang berdiri dengan sopan di tepi pintu.

"Saya hanya menjalankan tanggungjawab Ustaz. Perkara maksiat seperti ini tidak boleh dibiarkan sahaja" Sumaiyyah bersuara sambil memandang aku. Namun, di hujung bibirnya ada senyum sinis penuh dendam.

"Ustaz tolong lah dengar dulu.." namun sebelum sempat aku menghabiskan kata-kata, air mata keluar meluncur laju daripada bibir mataku. Perasaan takut, sedih, penat dan gementar bercampur baur di dadaku yang menyebabkan aku tidak dapat berkata-kata.

"Sudah-sudah. Kamu berdua ikut saya ke pejabat sekarang." Tanpa belas ihsan Ustaz Harun memaksa kami berdua mengikutinya ke pejabat. Aku hanya berdaya melangkah longlai diikuti Salman yang masih diam membisu. Geram aku bukan kepalang kepada dua syaitan bertopeng manusia yang memerangkap aku.

Umar masih berdiri dengan kaku di tepi pintu ketika aku melintas keluar. "Umar.." terbit namanya di bibir aku. Namun dia langsung tidak memandang ke arahku. Wajahnya suram ditundukkan ke bawah. Hancur hati aku pada ketika itu hanya Allah yang tahu..

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now