Bab 13

7.1K 297 7
                                    

"Bibik Ani, mana kunci kereta Hana?" aku bertanya Bibik yang sedang asyik menjemur baju.

Bibik kelihatan serba salah mendengar persoalan aku. Matanya kelihatan melilau ke kiri dan kanan.

"Bibik? Dengar tak Hana tanya ni?"

"Dengar nak. Ermm..mummy Hana dah ambil kunci kereta tu"

"Ha? Mummy ambil buat apa?"

"Dia kata bagitahu Hana suruh pandai-pandai pikir macam mana nak pergi kolej sendiri sebab Hana dah dewasa" perlahan suara Bibik memberitahu aku perihal perbuatan mummy pagi ini.

Ya Allah! Tak sangka ini yang mummy maksudkan semalam. Macam mana aku nak pergi kolej ni! Jam sudah menunjukkan pukul 8.45pagi. Kelas pertama aku bermula pukul 9. Aku dah start gelabah. Cepat-cepat aku book teksi menggunakan apps 'myteksi'. Nasib baik ada teksi berdekatan. Aku capai barang-barang aku dah selepas memberi salam kepada Bibik Ani aku terus menaiki teksi untuk ke kolej.

Sampai hati mummy. Kalau ye pun marah sangat dengan aku, takkan sampai kereta aku pun ditarik balik. Hati aku menggerutu di dalam teksi. Seumur hidup aku boleh dibilang berapa kali je aku naik kenderaan awam. Masa kecil aku sering dihantar ke sana ke mari dengan driver daddy. Bila aku dah boleh memandu, daddy hadiahkan aku kereta Suzuki Swift untuk memudahkan aku ke sana sini.

Sekarang, hanya kerana sehelai tudung di atas kepalaku, aku dah tak ada kereta. Sabar la Hana, mudah-mudahan marah mummy tu tak berlarutan. Pujuk hati ku sendiri.

Habis kelas pukul 12, matahari memancar terik. Tekak aku terasa haus sekali dan perut pun dah mula memainkan lagu hip hop. Dengan segera aku pergi ke kafe untuk beli makan tengah hari. Sedang aku beratur nak bayar mi rebus kegemaranku, aku baru perasan yang aku dah takde duit dalam dompet. Ni kes sebab bayar teksi pagi tadi la ni! Dengan pantas aku minta maaf kepada makcik kafe dan suruh dia ketepikan sekejap mi rebus aku sementara aku keluarkan duit di mesen atm berdekatan.

Sebaik sahaja aku cucuk mesin kad atm aku, skrin atm menunjukkan baki 2 digit. Eh, tak masuk lagi ke elaun aku bulan ni? Hari ni dah 5 hb Jun. Setiap 1 hari bulan, akaun aku akan didebit dengan jumlah elaun bulanan ku. Dengan segera aku telefon daddy.

"Hello daddy, duit Hana bulan ni belum masuk ke?"

"Ye Hana. Hmm..sebenarnya mummy dah sekat duit elaun Hana bulan ni"

"Ha?? Apa dia??"

"I'm sorry baby girl. Mummy Hana tu memang macam tu kalau dia marah. Daddy pun tak tau nak buat ape dah. Nanti daddy slow talk dengan dia ok. Hana tak de duit langsung dah ke?"

"Ade lagi. Saje je Hana tanya sebab Hana baru check duit ni. Takpe la daddy. Assalamualaikum"

Air mata aku tumpah tidak ditahan lagi. Dengan langkah longlai aku menuju ke kafe dan terpaksa membatalkan order makan tengah hari aku. Selera aku termati begitu saja. Macam mana aku nak hidup sebulan ni dengan duit 50 ringgit je?

Seumur hidup aku, aku memang tak pernah tak ada duit. Daripada kecil sampai ke besar aku sentiasa diberi duit poket yang lebih daripada mencukupi. Cuma bulan lepas aku terlebih belanja memborong tudung ketika online sale di salah satu butik online terkemuka. Sekarang aku dah sesak tak ada duit. Tak kan nak makan tudung-tudung yang aku baru beli tu? Macam mana aku nak buat ni?

Azan Zohor menghentikan sejenak keserabutan fikiranku. Segera aku melangkah menuju ke surau. Ketika kaki aku menjejak saja lantai surau yang sejuk, hati aku berasa tenang sedikit. Diriku terasa semakin segar apabila dibasahi air wudhu'. Selesai solat Zohor aku terus ke kolej semula, menghabiskan kelas-kelas yang berbaki untuk hari ni.

Habis kelas aku pulang ke bilik. Aku teguk air sejuk dan beberapa keping biskut untuk menghilangkan lapar. Lia sedang asyik membuat kerja di atas katil sambil mendengar Ipod. Semenjak pertengkaran kami tempoh hari, aku dan Lia jarang-jarang sekali bertegur sapa. Kami seolah-olah bukan kawan baik lagi. Walaupun aku cuba sedaya upaya untuk berbuat baik dengannya, Lia sering membuat acuh tak acuh dengan sebarang pelawaaan aku.

Aku meneguk air liur. Aku dah tak ade pilihan lain lagi ni. Walaupun aku tahu yang aku bukanlah orang yang dia suka sekarang, tapi aku dah terdesak ni.

"Lia," aku cuba menarik perhatiannya.

Dia masih asyik mendengar Ipod dan menyanyi-nyanyi kecil. Alamak mesti tak dengar ni kalau telinga dah bersumbat Ipod.

"Lia," aku cuba sekali lagi sambil mencuit bahunya perlahan.

"Apa dia?" Lia memandang aku dengan pandangan jengkel.

"Aku nak mintak tolong sikit boleh tak?" aku bersuara perlahan.

"Nak mintak tolong apa?" Lia masih membuat acuh tak acuh dengan aku. Takpela at least dia menjawab soalan aku..

"Can I borrow some money?" aku telan perasaan malu aku.

"Ha? You want to borrow some money from me? Eh, kenapa dengan ko ni Hana? Kenapa sampai tak ada duit?" Lia tiba-tiba bingkas bangun dan mengadap aku. Aku nampak kembali kelibat Lia yang dulu, kawan baikku yang berkongsi susah dan senang. Hati aku terasa sedikit ceria.

Aku membuka cerita dengan panjang lebar. Daripada mula bagaimana aku memberitahu ibu bapaku tentang keputusanku untuk memakai tudung dan bagaimana mummy mengambil kembali kereta dan menyekat elaun ku bulan ini.

Tamat saja cerita aku, aku lihat wajah Lia berubah. Dia yang pada mulanya kelihatan simpati kini mula menjadi beku kembali.

"Hana, sampai macam tu sekali kau degil nak pakai tudung? Kau ni dah kena braiwash ke apa?"

"Lia jangan la cakap macam tu. Aku masih Hana yang sama macam dulu. Cuma aku nak pakai tudung je. Apa salah aku?"

"Aku tak faham betul la kau ni Hana. Konon pakai tudung nak jadi baik. Tapi kau langgar cakap mummy ngan daddy kau. Apa ni?" wajah Lia kelihatan berang kembali. Aku tau Lia memang kamceng dengan mummy dan daddy aku. Sewaktu aku rapat dengan dia dulu, dia selalu juga tidur di rumah aku. Kedua ibu bapanya juga kenal baik dengan mummy dan daddyku.

"Aku bukan nak lawan cakap mummy dan daddy aku. Aku nak pakai tudung je. Aku bukan buat benda salah. Aku pakai tudung sebab ini kan tuntutan agama..kat Akhirat nanti.."

Belum pun sempat aku nak habiskan ayat aku Lia merengus dengan kuat dan bangun daripada katilnya.

"Dah, tak payah nak ceramah akhirat akhirat pulak dekat aku. Cukup-cukupla ceramah yang aku kena dengar saban minggu dekat kelas agama kita. Kau ni, nak pinjam duit buat cara nak pinjam duit. Ni membebel tak tentu pasal pulak!"

Tenganga mulut aku mendengar amukan Lia. Alamak, cepatnya mood dia berubah. Macam mana ni..

"Hana, you listen to me. I am not going to be part of this. You are going against your parents' wish and you want me to help you? No way!" dengan itu, dia terus keluar bilik dan meninggalkan aku sendirian.

Sekali lagi aku bungkam dalam kebingungan. Kenapa banyak benar dugaan aku nak pakai tudung ni? Dan salah ke tindakan aku sebenarnya melanggar kehendak mummy dan daddy aku? Adakah sebab nak buat satu benda baik, aku sebenarnya buat benda jahat pulak? Daripada nak buat pahala, adakah sebenarnya aku dapat dosa? Aku sesungguhny a memang keliru! Pada siapa aku nak tanya ni..

Mungkin pada Umar? Tiba-tiba nama itu terdetik di hati..

Nak Kahwin Imam Muda!Where stories live. Discover now