☆69☆

11.6K 232 6
                                    

Alya menghantar Arman sampai ke kereta dan Alya menunggu kereta Arman keluar dari rumah barulah Alya masuk semula.

Baru saja Alya mahu pergi ke dapur,ibu Alya menegur anaknya. "Suami mana?" Tanya ibu Alya. "Err jumpa kawan dia kejap. Dia kata ada hal mustahak" kata Alya. Ibu Alya mengangguk.

"Jumpa nanti tak dapat ke?" Tanya papa Alya yang baru saja turun dari atas. Alya tersengih. "Tak tahulah pa" kata Alya. "Hmm jomlah, kita sarapan dulu" ajak ibu Alya.

Pagi itu, Alya bersarapan pagi dengan keluarganya. Sudah mahu masuk tengahari, Alya menunggu Arman pulang ke rumah.

"Duduklah dulu Alya. Pening pula papa tengok kamu ni" kata papa Alya. Alya duduk disebelah papanya. "Dah nak masuk tengaharilah papa. Apasal lambat sangat jumpa tu" kata Alya.

"Alaa biarkan jelah. Dahlah papa nak masuk dulu" kata papa Alya. Alya mengangguk.

Kemudian, Arman pun pulang ke rumah. Alya masih setia menunggu Arman walaupun takutnya ada.

Arman keluar daripada kereta. Bajunya banyak darah. Alya berlari anak ke arah Arman.

"Ya Allah apa dah jadi ni?" Cemas Alya. Arman hanya berlagak biasa. "Sshh jangan bising. Cepat. Temankan aku kat dalam bilik" kata Arman. Alya mengangguk.

Arman menarik tangan Alya sampai ke dalam bilik mereka.

Alya mengambil kotak first aid. Dahi Arman ada sedikit luka begitu juga dengan lengan Arman.

Arman membersihkan diri dulu. Setelah itu, Alya menarik tangan Arman untuk duduk di katil.

"Apa dah jadi?" Tanya Alya. Dia masih tekun membersihkan luka Arman. "Aku terjatuh je tadi" kata Arman.

Dahi Alya berkerut. "Tipu" kata Alya. Arman masih menanyangkan wajah selamba. "Betul. Aku terjatuh" kata Arman.

Alya membersihkan luka di tangan Arman. Arman melihat wajah Alya.

"Okay dah siap" kata Alya. Dahi Arman pun Alya dah bersihkan siap letak plaster kat dahi Arman.

"Thanks" kata Arman. Alya mengangguk. Alya menyimpan semula kotak first aid.

"Temankan aku tidur" pinta Arman. Alya menggaru kepalanya. "Makanlah dulu" kata Alya. Arman menggeleng. "Aku belum lapar lagi. Temankan aku tidur" kata Arman.

Alya diam. Arman terus saja menarik tubuh Alya. Alya berada di atas tubuh Arman. Arman menepuk belakang tubuh Alya sambil menyanyi kecil.

Akhirnya mereka pun tertidur.. Alya tahu yang Arman ada sembunyikan sesuatu dari dia.





















Okay! Done triple update hari ni.. so jgn lupa vote dn komen.

Just You. Only You. Where stories live. Discover now