☆14☆

12.5K 370 15
                                    

Alya duduk sendirian di balkoni rumahnya. Alya merenung dua cincin yang tersarung di jarinya.  Tangan dan jarinya sudah di inai. Dia mengeluh perlahan.

Dua tahun dia menunggu siapa suaminya. Alya hanya tahu yang dia sudah kahwin. Walaupun Alya tidak tahu siapa suaminya, duit nafkah dia ada terima setiap bulan.

Bukan sedikit duit nafkah diberi, malah banyak sebanyak $5000. Alya hanya menyimpan duit tersebut. Dia hanya menggunakan untuk perkara yang tertentu.

Hari ini Alya dikejut oleh ibunya Rohaya suaminya akan datang dan akan membuat majlis besar besaran tentang perkahwinan mereka.

Alya bingung.

Sepanjang dua tahun dia berkahwin, suaminya tak pernah mesej atau call. Dia hanya memberi duit nafkah dan hadiah hari jadi serta aniverssary.

Alya menyentuh loket dilehernya. Dia membuka loket tersebut hanya ada huruf A&A sahaja.

Alya tertanya-tanya siapa suaminya sebenar. Alya hairan setiap minggu keluarga Dato Ezra datang melawat keluarga Alya.

Hubungan Dato Ezra dan ayah Alya semakin rapat. Disebaliknya, Alya bernasib baik dia berkahwin, jika tidak mesti ibu Arman iaitu Mia Sofea menyatukan Arman dengan dia.

Alya masuk ke dalam bilik tidur. Dia memandang baju pengantin berwarna ungu. Sangat cantik baju pengantin itu. Malah baju pengantin tersebut adalah Alya minat sendiri warnanya dan design. Alya tidak tahu macam mana suaminya tahu Alya minat baju pengantin tersebut.

"Alya.." panggil Rohaya ibu Alya. Alya terkejut cepat-cepat dia mengurut dadanya.

"Mama ni suka buat Alya macam tu" kata Alya sambil memuncungkan mulutnya. "Sorry. Buat apa lagi Alya tercegat di sana tu. Esok Alya kena awal bangun, sebab nak siapkan Alya lagi. Suami Alya datang" kata Rohaya.

Alya hanya berdiam diri.

"Mama, boleh tak Alya nak tengok gambar suami Alya?" Pinta Alya. Rohaya menggeleng kepala.

"Tak boleh. Esok Alya sendiri tengok muka suami Alya tu. Sekarang ni pergi tidur" arah Rohaya.

Mahu tak mahu terpaksa Alya menurut perintah mamanya.





















Korang rasa siapa suami Alya???

Just You. Only You. Where stories live. Discover now