☆1☆

21.5K 578 3
                                    

Seorang budak perempuan memakai baju gaun merah jambu dan memakai reben mickey mouse sambil memeluk patung beruang berjalan naik ke atas, terkedek-kedek dia berjalan.

Dia berdiri di depan pintu berwarna coklat. Dia mengetuk pintu dengan tangan kecilnya.

"Pak Cu!! Pak Cu!! Angunlah" jerit sikecil.(Pak Su!! Pak Su!! Bangunlah)  Dia mengetuk pintu lagi sekali. "Angunlah pak cu! Emankan Icha main" jerit sikecil lagi. (Bangunlah pak su! Temankan Icha main).

Icha menggaru kepalanya, dia ternampak bangku kecil disebelah pintu lalu dia meletakkan patung beruangnya ke bawah dan dia menolak bangku sampai pintu tersebut.

Setelah itu, Icha mengambil semula patung beruang dan dia naik atas bangku tersebut. Dia membuka tombol pintu dan terus melompat masuk ke dalam bilik Pak Su.

Icha membuang patung beruang ke atas katil bersaiz king tersebut. Dia naik perlahan-lahan ke atas katil.

Icha baring sebelah Pak Su setelah itu dia duduk sebelah Pak Su. Icha naik ke atas badan Pak Su dan menyentuh wajah Pak Su.

"Pak Cu angunlah. Icha bocanlah" kata Icha. Dia baring diatas dada Pak Su. (Pak Su bangunlah. Icha bosanlah).

Tiada tanda-tanda Pak Su nak bangun. Icha geram lalu dia menarik hidung mancung Pak Su nya kuat-kuat.

"Pak Cu!!" Jerit Icha.

"Ya Allah Icha! Kenapa nak ganggu Pak Su ni?" Kata Medina. Dia sudah bercekak pingang. "Along tolonglah!" Cepat-cepat Medina menarik anak perempuannya.

"Yeay!! Dah angun!" Sorak Icha. (Yeay!! Dah bangun!!). Icha meronta-ronta mahu turun dari dukungan Medina.

"Sorrylah dik, Icha nak sangat jumpa adik ni ha" kata Medina. "Tak apalah along. Meh sini Icha" kata Arman. Icha berlari ke arah Arman. Dia memeluknya erat.

"Pak Cu encem. Icha suka" kata Icha. (Pak Su hensem. Icha suka). Arman mencium pipi Icha. Medina sudah masak dengan perangai anak perempuannya Icha.

"Nak apa ni?" Tanya Arman. Icha tersenyum. "Icha nak idur ngan pak cu. Oleh?" Kata Icha. (Icha nak tidur dengan pak su. Boleh?) Arman mengusap kepala anak buahnya.

"Boleh. Tapi nanti malam tau. Sekarang ni, Pak Su nak mandi lepastu Pak Su ada kerja" kata Arman. Icha sudah memuncungkan mulutnya, pipinya sudah dikembungkan.

Arman mendukung Icha dan mereka pergi ke balkoni. "Janganlah merajuk. Pak Su tak pandai pujuk Icha ni" kata Arman dia mencuit hidung Icha. Icha masih juga buat begitu.

Arman menggaru kepala. "Hmm okay macam ni, Icha ikut Pak Su pergi kerja. Nak?" Tanya Arman. Icha mengangguk laju. Icha menepuk tangan. "Nak! Nak! Icha nak siap dulu" kata Icha. Segera dia berlari anak untuk ikut Arman.

Just You. Only You. Where stories live. Discover now