☆29☆

11.4K 338 2
                                    

Pejam celik, pejam celik dah masuk dua bulan mereka bertunang. Hanya tinggal satu bulan lagi perkahwinan mereka.

Satu bulan persiapan perkahwinan, Arman mengambil cuti selama tiga bulan. Ezman abang kepada Arman mengganti syarikat buat sementara waktu.

"Nak pergi ambil Alya ke?" Tanya Mia Sofia. Dia memandang anak bongsunya, bersiap untuk cari barang perkahwinan mereka nanti. "A'ah ibu. Nak ambil Alya" balas Arman

Arman membetulkan rambut di cermin. Mia Sofea tersenyum lalu dia memeluk tubuh Arman dari belakang.

Arman menoleh ke tepi, dia memeluk tubuh ibunya. "Hensem dah tu" kata Mia Sofea. Arman tersenyum sinis.

"Tahu" kata Arman. Mia Sofea merenung wajah anaknya. Arman memusingkan tubuhnya ke arah ibunya.

"Kenapa ibu tenung Arman macam tu?" Tanya Arman. "Arman hensem sebijik macam papa" kata Mia Sofea. "Tahu ibu. Icha selalu cakap" kata Arman. Mia Sofea tersenyum.

"Perasan" kata Mia Sofea. "Tapi itulah kenyataan" kata Arman lalu mencium dahi ibunya sekilas.

"Aiipp! Ibu milik papa. Arman jangan nak rampas ibu dari papa" Dato Ezra muncul dari belakang. Dia menarik isterinya dari belakang. Mia Sofea mengetatkan pelukannya ke tubuh anaknya. Senghaja dia mendera suaminya.

"Mia Sayang" panggil Dato Ezra. Mia Sofea menggeleng kepala. "Tak nak" kata Mia Sofea. Arman melihat papanya cuba meleraikan pelukkan mereka.

"Ibu, Arman dah lewat ni" kata Arman. "Sayang dengar tu. Jomlah sama shuben, kita mesra mesra nak?" Tanya Dato Ezra nakal. Mia Sofea melepaskan pelukkan dan terus mencubit perut suaminya.

Dato Ezra cepat-cepat memegang tangan isterinya dan segera mencium telapak tangan isterinya.

"Gatal sangatkan" geram Mia Sofea. Segera dia memeluk tubuh suaminya.

"Eleh gatal gatal ni juga sayang peluk  pula tau" kata Dato Ezra. Mia Sofea tersenyum malu.

Arman pula meluat melihat papa dan ibunya. "Ibu pa Arman jalan tau" kata Arman. Mereka mengangguk.

"Arman jangan meluat sangat tengok papa sama ibu. Nanti kamu pun sama juga" laung Dato Ezra dari atas. Arman menggeleng.

Just You. Only You. Where stories live. Discover now