☆31☆

11.3K 314 1
                                    

Arman membawa Alya pulang ke rumah keluarga Arman. Itupun Mia Sofea mahu berjumpa dengan bakal menantunya.

Sampai dihadapan pintu rumah. Belum sempat Arman membuka pintu, pintu sudah dibuka dari dalam. Siapa lagi yang membuka pintu tersebut, cuma Icha yang selalu buat macam itu kalau Arman baru pulang.

"Pak Cu!!" Jerit Icha. Dia melompat-lompat minta dukung. Alya terkejut dengan jeritan Icha. Icha memakai baju gaun berwarna ungu dan memakai reben.

Arman terus mendukung tubuh Icha. "Ya Allah Icha. Kenapa jerit-jerit ni?" Tanya Mia Sofea. "Boyfren Icha balik nek" kata Icha sambil mencium pipi Arman. "Dia bukan boyfren Icha sebab Pak Cu ada tunang. Tu tunang Pak Cu" kata Medina. Dia baru keluar dari dapur sambil membawa cawan.

Icha terus melihat Alya disebelah Arman. "No! Pak Cu boyfren Icha. Akak jangan nak ambil boyfren Icha" kata Icha. Dia memberi amaran ke arah Alya.
Alya tergelak kecil. Comel betul Icha.

"Masuklah dulu. Alya duduklah dulu. Jangan layan sangat cakap Icha tu" kata Mia Sofea. Alya menggangguk lalu tersenyum.

Medina duduk disebelah Alya sebelah Alya pula Arman dan Icha.

"Hai! Kita belum kenal lagi kan? Okay nama saya Medina. Panggil je along. Along ni kaka Arman" kata Medina.

"Baik along" kata Alya. Baru dia perasan, Medina dan Icha dia pernah nampak masa di kedai emas.

Kemudian, dalam sekelip mata Medina dan Alya rapat. Icha pula cuba menjauhkan Arman dari Alya.

Icha menjeling ke arah Alya. Medina cuma menggeleng kepala.

"Alya jangan risau. Dia ni terlalu obses dengan Arman" kata Medina. "Biasalah tu budak-budak" kata Alya.

Alya melihat Arman melayan kerenah Icha diruang tamu.

"Dia memang suka budak-budak" kata Medina. Alya tersentak.

"Ah?" Tanya Alya. Medina tersenyum. "Arman memang suka budak-budak. Along tahu dia seriuskan. Mana-mana tempat dia sentiasa serius" kata Medina.

Memang betul Arman sentiasa serius, kalau nak senyum itupun cuma majlis tunang.

"Alya jangan risaulah. Arman memang macam tu, nanti kahwin Alya tahulah macam mana perangai Arman. Dia baik sebenarnya" kata Medina.

Setelah itu, Mia Sofea memanggil mereka semua makan malam. Meriah sekali makan malam keluarga Arman.

Just You. Only You. Where stories live. Discover now