☆22☆

12.2K 350 1
                                    

Daniel menyentuh tangan Alya. Alya terus tersedar dia menoleh ke arah Daniel.

"Sayang okay tak ni?? Siapa sayang tengok?" Tanya Daniel. Alya menggeleng lalu tersenyum.

"Sayang okaylah. Tak ada apa-apa. Just tengok luar kedai ni je" kata Alya. "Hmm yelah. Jom kita pilih cincin dulu lepas tu baru kita pergi makan" kata Daniel. Alya hanya mengangguk.

Tiba-tiba dia teringat Arman dengan seorang perempuan dan kanak-kanak tadi.

"Siapa diorang tu? Girlfriend dia ke?" Bisik hati Alya. Malas Alya memikirkan terus dia memilih cincin tunang.

*****
Arman tersenyum sinis melihat Alya dan Daniel.

"Tunggu Alya.. tunggu" kata Arman sendirian. Arman terus meninggalkan tempat tersebut.

******
"Mama boleh tak Icha nak tidur dengan Pak Cu?" Kata Icha. "Icha tanya Pak Cu" kata Medina.

Arman menjongketkan kening ke arah Icha. Dia kenal sangat perangai anak buahnya seorang ni.

Icha mengerdikan matanya berkali-kali. Lalu tergelak.

"Boleh" kata Arman. "Yeayy" jerit kecil Icha sambil menari. "Icha behave" kata Medina. Icha menekupkan mulutnya menahan ketawa lalu dia duduk di atas riba Arman.

Medina hanya pening melihat perangai anak sulungnya.

"Hensemnya Pak Cu.. kalau Icha nak jadi girlfriend Pak Cu boleh tak?" Tanya Icha sambil memeluk leher Arman.

"Apalah Icha ni" kata Arman. "Alaa bolehlaa" rengek Icha.

"Along masa along mengandung apa along makan sampai Icha ni gatal sangat ni" Arman mencubit pipi tembam Icha.

"Biasa. Mesti dia ikut perangai Ikmal gatal sangat" kata Medina. Icha langsung tidak mahu berjauhan dengan Arman.

Just You. Only You. Where stories live. Discover now