☆25☆

11.8K 342 4
                                    


OKAY BAB SETERUSNYA...

Alya sudah seram sejuk di dalam bilik. Dia gementar. Mulut Alya terkumat kamit membaca selawat. Alya merapat dirinya ke arah pintu, kedengaran riuh rendah dan gelak ketawa di ruang tamu.

PA Alya iaitu Ruzaina turut datang ke majlis tunang Alya. Dia berada diluar sambil merakam detik pertunangan Alya.

Ruzaina mula pelik, banyak wartawan datang ke rumah Alya. Setahu Ruzaina, Alya langsung tak menjemput wartawan untuk datang ke majlis tunang. Mungkin Daniel, tapi Daniel memang nak bertunang dengan Alya secara tertutup. Dia mula munsykil.

Alya terdengar perbualan mereka diluar sedang berbalas pantun.

Perahu kolek ke hilir tanjung
Sarat bermuat tali temali
Salam tersusun sirih junjung
Apa hajat sampai ke mari? [Keluarga Alya]

Sudah lama langsatnya condong
Barulah kini batangnya rebah
Sudah lama niat dikandung
Baru sekarang diizinkan Allah

Malam-malam pasang pelita
Pelita dipasang atas peti
Kalau sudah bagai dikata
Sila terangkan hajat dihati [Keluarga Alya]

Singgah berenang di persiraman
Mayang terendam di dalam tasik
Kumbang merindu bunga di taman
Bintang merindu cenderawasih

Ikan sepat di dalam sampan
Orang membawa ke pinggir kota
Besar hajat tuan menyimpan
Baiklah nyata di dalam kata[Keluarga Alya]

Panjat-panjat si pohon ara
Nampak cantik di tepi laman
Besarnya hajat tak terkira
Hendak memetik bunga di taman

Senyum menguntum memakai kebaya
Gadis sunti menjual kalungan
Bunga nan sekuntum belum berpunya
Menjadi penyeri di taman larangan [Keluarga Alya]

Dari sumbu terbit apinya
Menjadi asap dan juga jelaga
Jika begitu akan adanya
Izinkan kita memetik menjaga

Baik-baik kalau berhuma
Jangan sampai lalang sepekan
Hajat yang baik kami terima
Dalam adat kami serahkan [Keluarga Alya]

Kalau gugur buah setandan
Sampai ke tanah baru tergolek
Kami bersyukur kepada tuhan
Datang kami disambut baik

"Lama lagi ke ni?? Sampai bila nak habis?" Gumam Alya. Pintu bilik Alya diketuk, Alya membuka pintu tersebut.

"Jom Alya. Mereka dah tunggu tu" kata Ibu Alya. Ibu Alya memimpin tangan Alya dari sampai ke pelamin.

Banyak silauan kamera menangkap gambar Alya. Alya cuma tunduk sambil menghilangkan gementar di dalam hati.
Sudah duduk di pelamin. Ibu Alya menghulurkan tangan Alya ke mak mertua Alya.

Alya langsung tak tengok wajah mak mertuanya. Dia salam dan cium.

"Tahniah Alya jadi menantu ibu". Alya terus menaikkan mukanya dan dia terkejut.

Didepannya bukan ibu Daniel tetapi ibu Arman. Alya terus melihat ke depan. Banyak saudara mara Arman datang ke majlis pertunangan ini.

Alya juga sedar wartawan pun turut datang sedangkan dia langsung tak menjemput wartawan.

"Alya" Mia Sofea memang bahu bakal menantunya. Alya tersentak. "Jom kita ambil gambar. Lepastu Arman nak jumpa Alya" kata Mia Sofea.

Alya menurut dan mereka mengambil gambar. Arman tersenyum gembira di dalam kereta.

Just You. Only You. Where stories live. Discover now