☆28☆

11.8K 338 6
                                    

Arman berhenti disebuah tasik. Alya berpeluk tubuh. Dia menjeling Arman.
"Turun" kata Arman. "Tak nak" kata Alya. "Okay. Bye bye. Biar kau terbakar dalam kereta dan aku enjoy makan diluar" kata Arman. Dia menunjukkan bakul sederhana besar ke arah Alya dan tinggalkan Alya di dalam kereta.

Alya merengus geram. "Dia ni tak reti nak pujuk aku ke?! Dasar muka ketat" geram Alya. Alya pun keluar dan duduk disebelah Arman.

Arman duduk menghadap tasik sambil makan sandwich. Alya merenung sandwich Arman makan.

Arman menoleh ke arah Alya.
"Lapar" kata Arman. Alya mengangguk. Arman menyuapkan sandwich bekas dari Arman ke mulut Alya. Alya terus makan.

"Sedap?" Tanya Arman. Alya mengangguk. "Memanglah sedap sebab dapat  kiss dari aku" kata Arman selamba. Alya tersedak.

Arman memberi air ke arah Alya. Dia menggosok belakang Alya. "Thanks" kata Alya. "Hmm" balas Arman.

"Dari mana kau beli semua ni?" Tanya Alya. Dia membuka satu tupperware. "Wah! Ada oreo cheesecake. Favourite aku" kata Alya. Dia terus mengambil sudu dan makan.

"Aku buat" kata Arman. Alya menjuihkan bibirnya. "Tipu" kata Alya. "Betul. Aku buat semua ni" kata Arman. "Kalau betul kau buat semua ni, macam mana kau tahu favourite makanan aku?" Tanya Alya.

"Secret. Lagipun I have eyes of you cara mia" kata Arman. Alya blushing. Arman baring di peha Alya. Alya terkejut. Dia melihat kiri kanan takut ada orang tengok.

"Tempat kita ni jauh sikit dari orang ramai. So kau tak payah risau" kata Arman. Dia mendongak memandang muka Alya. "Hmm okay" kata Alya.

Lama mereka berdua diam sambil melihat tasik.

"Arman"

"Hmm"

"Macam mana kau boleh jadi tunang aku?"

"Adalah. Jodoh"

"Yeke?? Habis tu macam mana kau tahu favourite makanan aku?"

"I know you very well dear"

"Okay kalau kau tahu pasal aku,cuba kau bagitahu semuanya hal tentang aku"

"Hmm senang. Betul ni??"

"Betul. Cepatlah"

"Nama kau, Nur Alya Hakimi. Umur 23 tahun. Tarikh lahir 23 ogos. Anak tunggal. Favourite colour hijau dan ungu. Favourite makanan pula, oreo cheesecake dan kek coklat. Favourite minuman pula, minuman jus apa saja jenis jus kau minum.

Kau tak suka, kalau orang tipu kau. Kau suka kalau orang tu jujur, baik, caring dan bla bla. Kau juga pelajar cemerlang disekolah dulu. Dan kau ni jenis setia dan susah nak percayakan orang. Betul tak?" Kata Arman.

Alya kagum dengan Arman.

"Macam mana kau tahu semua tu?? Kau stalk aku ke?" Tanya Alya.

Arman diam. Dia tidak menjawab soalan Alya. Biar dia saja tahu tentang Alya.

"Macam macam hal lah sekarang ni" kata Arman.

"Kenapa?" Kata Alya.

"Yelah. Sekarang ni semuanya macam macam terjadi. Ada cicak dalam air soyalah. Ada lipas dalam nasi lah. Ada kau dalam hatiku. Macam macamlah" kata Arman.

Alya tergelak kecil. Ayat Arman last sekali tu, membuatkan Alya tersenyum. "Ada kau dalam hatiku" Alya menggeleng kepala.

Mereka berdua menghabiskan masa disana.

Just You. Only You. Where stories live. Discover now