☆12☆

13.4K 412 5
                                    

Hati Arman sakit melihat Alya menangis. Bukan niat dia untuk menyakitkan Alya cuma dia cemburu melihat Alya mesra dengan lelaki lain.

Kalau boleh dia nak beritahu seluruh dunia bahawa Alya ni milik dia.

Hari ni, Arman pergi ke luar negara atas urusan syarikat. Itu pun atas desakan oleh Dato Ezra. Dia tahu Arman asyik mengekori Alya dari jauh. Untuk langkah berjaga-jaga Dato Ezra mengarahkan anaknya menguruskan syarikat.

"Jaga diri baik-baik" kata Mia Sofea ke arah anaknya. Arman hanya mengangguk. Tiada senyuman yang terhias dimukanya. Hanya serius dan serius.

Dato Ezra memeluk tubuh anak bongsunya. "Jangan fikirkan sangat tentang Alya. Fokus kerja" bisik Dato Ezra. "Arman selalu fikirkan dia" balas Arman. Dia membalas pelukkan Dato Ezra.

Setelah itu, Arman masuk kapal peribadi Dato Ezra. Dato Ezra memeluk bahu isterinya.

"Shuben rasa Arman dapat lupakan Alya tak?" Tanya Mia Sofea. Dato Ezra mengeluh perlahan. "Tak tahulah Sayang. Harap-harap macam tulah. Dia dapat lupakan Alya" kata Dato Ezra.

"Apa kata kita jumpa Alya. Kita bincang elok-elok dengan Alya. Manalah tahu dia dapat terima Arman" cadang Mia Sofea.

"Shuben rasa idea Mia sayang tu tak payahlah. Mungkin dengan cara macam ni, dia dapat lupakan Alya" kata Dato Ezra. Mia Sofea hanya mengangguk.

"Harap-harap macam tulah" kata Mia Sofea. "Jom balik" kata Dato Ezra. Dato Ezra memegang tangan Mia Sofea dan mereka masuk ke dalam kereta.

"Arman papa tahu Arman tak dapat lupakan dia" desis hati Dato Ezra.

Just You. Only You. Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu