☆54☆

10.6K 258 2
                                    

Alya memulakan misinya untuk memikat Arman. Dia ingin kembalikan memori Arman yang dulu. Tapi dia buntu.

"Macam nak pikat dia ni?" Alya mengetuk meja dengan pen. "Nanti jelah aku fikirkan sebelum tu aku kena isi perut aku ni" kata Alya sendirian.

Alya menghidupkan enjin kereta dan menuju ke Mall. Sepanjang di dalam Mall, Alya ternampak Arman.

Timbul fikirkan Alya lalu dia pergi ke arah Arman. Arman yang sedang duduk di Starbuck. Senghaja dia melepak di Starbuck. Fikirkan Arman tengah cuba ingat kembali siapa Alya sebelum ni.

Sedang Arman menunggu minuman tiba-tiba Alya datang ke arahnya dengan senyuman manis.

Alya pula dengan selamba menarik kerusi di depan Arman.

"Hai babyboo!! Rindu syg tak?" Alya menampungkan dagunya di depan Arman.

"Apa kau ni? Pergilah main jauh-jauh" halau Arman.

"Macam mana nak main jauh-jauh sedangkan hati saya kat awak" kata Alya lalu dia kenyit mata ke arah Arman.

Arman menunjukkan dia nak muntah di depan Alya. Kemudian minuman Arman order sampai, Alya masih lagi tersenyum. 

"Arman kau tak kerja ke?" Tanya Alya. Arman menggeleng.

"Kau rindu aku tak?" Tanya Alya lagi. Arman menggeleng kepala.

"Kau sayang aku tak?" Tanya Alya lagi. Arman menggeleng.

Muka Alya sayu memandang Arman.

"Aku rindu kau Arman. Aku sayang sangat kat kau" kata Alya sambil memandang mata Arman. Arman pun memandang wajah Alya. Tiba-tiba dia mengalihkan pandangnya. Jantung Arman berdegup laju.

Alya masih lagi setia memandang Arman.

"Babyboo nak ikut syg tak?" Tanya Alya dengan suara ceria. "Pergi mana?" Tanya Arman balik.

"Jom temankan syg makan dekat restoren sana tu" kata Alya sambil mengerdipkan matanya berkali-kali.

Lagi sekali jantung Arman berdegup laju melihat Alya begitu.

"Err.." Arman cuba memikirkan alasan. "Tak payah banyak songeh. Jom babyboo temankan syg makan. Syg tahu babyboo tengah lapar" kata Alya sambil menarik hujung baju Arman.

Arman menepis tangan Alya. "Jangan tarik hujung baju akulah" kata Arman. "Ada syg kisah. Dulu babyboo buat macam ni kat syg" kata Alya sambil menarik hujung baju Arman berkali-kali.
Arman menahan geram.

"Kau ni tak padan dengan badan kecik eh" kata Arman. Alya cuma senyum ke arah Arman. "Jom ah" kata Alya.

Arman mengeluh. Dia pun ikut Alya dari belakang. Sampai di restoren tersebut. Alya hanya mengorderkan satu makan.

"Kenapa satu makanan?" Tanya Arman. Dia bingung. "Makan jelah. Syg ada kerja lepas ni. Kita sharing jelah macam babyboo pernah buat sebelum babyboo pergi outstation" kata Alya.

Arman melihat Alya makan makanan tersebut. Tiba-tiba Alya mahu menyuapkan makanan ke dalam mulut Arman. Arman teragak-agak mahu makan.

"Makan jelah" kata Alya sambil tersenyum. Jantung Arman berdegup laju melihat senyuman Alya. Arman pun makan makanan yang disuap oleh Alya.
Selesai makan, Alya memberi nombor ke arah Arman.

"Nombor apa ni?" Tanya Arman. "Nombor ekor manalah tahu dapat first prize" kata Alya selamba.

Arman terkejut.

"Tak nak aku" kata Arman. Alya menepuk dahi. "Nombor telefon syglah. Babyboo simpan nombor syg. Kalau babyboo rindu, text syg. Assalamualaikum" kata Alya. Lalu dia pergi dari tempat itu.















Macam mana? Bab ni okay atau tak okay??

Just You. Only You. Where stories live. Discover now