☆42☆

10.5K 272 1
                                    

"Arman makanlah sikit" kata Mia Sofea. Dia membawa makanan untuk anak bongsunya. Arman diam.

Mia Sofea sebagai ibu dia risau sangat dekat Arman. Dia takut penyakit Arman akan datang balik.

Arman duduk membelakangi ibunya di balkoni. "Arman makanlah sikit, ibu masak kegemaran Arman, daging kari dengan sayur campur. Makanlah" kata Mia Sofea. Arman diam. Langsung tidak memberi respon apa-apa.

Tiba-tiba Mia Sofea menangis teresak-esak. Arman segera menoleh ke belakang. Rasa bersalah pula, Arman melihat ibunya bersungguh-sungguh memasak makanan kegemarannya.

"Ibu janganlah macam ni. Arman tak suka tengok" kata Arman. Dia menyeka air mata ibunya. Mia Sofea terus menangis. Arman segera memeluk ibunya.

"Lepas ni Arman makan semua ni. Ibu jangan eh, Arman habiskan semua ni" kata Arman. Mia Sofea hanya mengangguk.

Dia tak tahu nak kata apa lagi, cuma dia risau penyakit Arman datang kembali.

Sudah dua minggu, Arman pulang dari Turkey, perkahwinan Arman dan Alya dibatalkan. Itu pun Alya sendiri yang mahu membatalkan perkahwinan mereka.

Dua minggu itu juga, Arman semakin kurus. Dia langsung tak makan apa-apa cuma minum air kosong. Arman semakin pendiam.

Mia Sofea risau lebih-lebih Dato Ezra, dia sangat risau akan Arman. Dia cuba mengembalikan semangat anaknya tapi malangnya Arman tetap juga begitu.

Just You. Only You. Where stories live. Discover now