☆53☆

10.5K 260 2
                                    

Arman masuk ke dalam bilik tidur. Dia selongkar semua barang-barang di dalam biliknya. Tiba-tiba Arman ternampak satu kotak sederhana besar di atas almari.

Arman memanjat ke arah kerusi dan mengambil kotak tersebut. Arman duduk di atas katil. Dia membuka kotak itu.

Dia terkejut, banyak gambar Alya diambil oleh dia sendiri. Ada gambar Alya semasa tidur, gambar Alya sedang ketawa dan gambar Alya sedang menangis.

Arman menelefon Nina.

Helo Nina, abg rasa kita tangguhkan dulu perkahwinan kita. Abg ada hal nak uruskan. Lebih kurang tiga bulan. Lepas tiga bulan kita kahwin. Ya abg tau lah syg. Okay hati2.

Arman meraupkan wajahnya. Dia selongkar lagi di dalam kotak tersebut. Semua gambar Alya. Gambar Nina langsung tidak ada.

Arman mengambil gambar mereka semasa Arman membawa Alya ke sebuah tasik. Waktu itu, Arman baring di peha Alya.

Arman langsung tak ingat tentang Alya. Arman melihat gambar mereka bertunang. Alya kelihatan cantik di dalam gambar tersebut.

"Siapa sebenarnya Alya ni?" Tanya Arman sendirian. "Betul ke dia ni bekas tunang aku dulu?" Tanya Arman sendirian lagi.

******

Alya memanjangkan lehernya di sebalik dinding dapur. Dia mahu terdengar bicara orang tuanya.

"Siapa telefon tu?" Tanya Hakimi ke arah isterinya Rohaya.

"Mia abg" balas Rohaya. "Kenapa pula dengan Mia?" Tanya Hakimi lagi.

"Anak dia Arman tangguhkan perkahwinan selama tiga bulan. Bila ditanya, mereka pun tak tahu kenapa Arman tangguhkan" kata Rohaya.

Alya tersenyum sinis, dia ingin memulakan rancangannya untuk mendapatkan Arman balik.

"Arman kau tunggu aku" kata Alya. Lalu dia tersenyum sinis.

Just You. Only You. Where stories live. Discover now