☆43☆

10.3K 265 2
                                    

"Arman jom makan sekali. Nanti sakit perut pula" kata Mia Sofea. Arman segera menuju ke dapur. Dato Ezra tersenyum melihat anak bongsunya.

Arman hanya minum secawan teh panas. "Arman nak kerja" kata Arman dingin. Dia bersalam dengan Dato Ezra dan Mia Sofea, terus dia keluar dari rumah.

Sampai di pejabat, pekerja Arman takut melihat muka Arman. Mereka semua tahu, Tuan Arman tak jadi kahwin. Malah berita tersebut pun terluas bebas di siaran hiburan.

Arman berhenti dimeja Liyana. Liyana cuak melihat Arman. "Cancel semua appointment hari ini dan belikan aku makanan untuk lunch nanti" kata Arman dia meninggalkan duit di meja Liyana. Liyana mengangguk.

Arman mengunci pintu bilik pejabat dan dia baring disofa. Fikiran Arman masih kepada bekas tunangnya iaitu Alya.

Setengah jam Arman baring disofa tanpa berbuat apa-apa. Tiba-tiba interkom di meja Arman berbunyi.

"Tuan ada seseorang nak jumpa"

Arman hanya mendengar. Lagi sekali interkom Arman berbunyi.

"Tuan nak suruh dia masuk ke? Dia nak jumpa Tuan ni. Katanya ada hal mustahak"

Arman masih juga diam. Dan lagi sekali interkom berbunyi.

"Tuan nama dia Nina. Dia cakap Tuan kenal sangat dengan dia"

Arman bingkas bangun. Tiba-tiba marah Arman datang ke tubuhnya. Sebab Nina, dia dengan Alya putus tunang dan tak jadi kahwin.

"Tuan??"

Arman tersenyum sinis. Tiba-tiba ideanya datang.

Arman pergi ke meja dan menekan interkom tersebut. "Suruh dia masuk" kata Arman.

Just You. Only You. Where stories live. Discover now