☆64☆ part ii

10.4K 190 7
                                    

Alya sampai di hotel Arman. Selain menguruskan syarikat Dato Ezra, Arman juga mempunyai hotel sendiri. Alya mencari-cari kelibat Arman di lobi. Tiba-tiba datang seorang pekerja disana memberi kad berwarna merah hati kepada Alya.

Alya mengambil dan membuka kad tersebut.

Jumpa baby di tingkat 9 bilik 444.

-babyboo

Alya tersenyum manis. Pekerja tersebut memberi kunci kepada Alya. Alya mengambil dan pergi ke lif.

Di dalam lif, Alya tak sedap hati dengan Arman. Alya cuba memikirkan positif lagipun sudah beberapa hari mereka tidak berjumpa. Perkahwinan mereka pula dalam 1 minggu saja lagi.

Ting!

Alya tersedar dari mengelamun. Dia keluar dari lif dan segera mencari bilik Arman.

Alya telah jumpa pintu bilik tersebut dan dia membuka. Alya terkejut melihat di dalam bilik tersebut.

Banyak kelopak bunga ros di lantai dan suasananya kelihatan romantik bagi Alya. Kemudian Alya ternampak Arman berdiri di sebelah meja bulat. Arman memakai baju texudo (betul ke tidak ejaan tu??) berwarna hitam.

Arman tersenyum melihat gelagat Alya. Alya menekupkan mulutnya. Arman berjalan perlahan-lahan ke arah Alya. Dia menghulurkan sekuntum bunga ros ke arah Alya.

"Happy aniverssary sayang" ucap Arman. Alya terkejut. Dia lupa sebenarnya. "Baby fahamlah syg. Jangan buat muka terkejut tu, tak comel dah" kata Arman mencuit hidung Alya. Alya tergelak.

"Syg terharu sangat baby. Syg tak sangka baby sanggup buat semua ni" kata Alya. Dia hampir menangis melihat semua ni. "Benda kecil je syg. Jom kita makan" kata Arman. Alya mengangguk.





















Hehe.. tunggu author smbung lgi. Author nak buat double update mlm ni atas permintaan dari komen author td hehe

Just You. Only You. Where stories live. Discover now