☆20☆

13.5K 356 7
                                    

Dia melemparkan sesuatu benda ke lantai. Rambut digengam kasar. Dia bangun dari duduk. Penumbuknya di genggam.

"Aaagghhh!!!" Jerit Arman. Dia menendang meja kerjanya. Lepas itu, Arman menangis.

"Sampai hati kau Alya!!" Tengking Arman. Dua pasu yang sangat mahal, dilemparkan ke dinding. Tangannya berdarah tidak dihiraukan.

Tiba-tiba pintu dibuka secara mengejut. Terkejut Mia Sofea melihat anaknya. Habis bersepah bilik pejabat Arman.

Arman memandang ibunya. Segera dia memeluk Mia Sofea. Bahunya terhinjut-hinjut menahan menangis. Mia Sofea membawa anaknya duduk disofa.

Kemudian Dato Ezra datang, dia pun turut terkejut melihat keadaan bilik pejabat anaknya.

"Arman janganlah macam ni" pujuk Mia Sofea. "Arman tak dapat lupakan dia. Arman sayang sangatkan Alya" kata Arman. Dia masih memeluk Mia Sofea.

Dato Ezra duduk sebelah anaknya. Dia menyentuh rambut tebal berwarna hitam pekat anaknya.

"Arman sini kat papa" kata Dato Ezra. Arman melepaskan pelukkan dari Mia Sofea. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya ke arah Dato Ezra.

Dato Ezra memberi isyarat supaya isterinya keluar sebentar. Mia Sofea faham terus dia memberi ruang untuk dua orang anak beranak berbincang.

Setelah isterinya keluar, Dato Ezra menyandarkan kepala anaknya diribanya. Dato Ezra memang manjakan Arman dari kecil lagi.

"Arman.. papa faham perasan Arman. Tapi, papa nak sangat anak papa ni move on.. tak boleh ke?" Soal Dato Ezra.
"Tak boleh. Papa tak faham perasan Arman langsung" balas Arman. Dia memejamkan matanya. Dato Ezra mengeluh perlahan.

"Arman nak tahu tak macam mana papa dapat ibu?" Soal Dato Ezra. Arman bangun dari riba papa.

Dia melihat muka Dato Ezra.

"Bukan papa dengan ibu memang bercinta dari dulu ke?" Tanya Arman pula. Dato Ezra menggeleng lalu tersenyum.

"Tak. Papa dan ibu tak pernah bercinta" kata Dato Ezra. "Habis tu macam mana papa dengan ibu bahagia sampai sekarang?" Tanya Arman lagi.

Dato Ezra bangun dari sofa. Dia berdiri dihadapan jendela yang sangat luas sehingga boleh nampak seluruh bangunan disekeliling syarikat tersebut.

"Dulu, papa sama macam Arman. Fizikal dan mental semua sama macam Arman" kata Dato Ezra. Dia memandang wajah anak bongsunya.

"Waktu itu, papa pergi kolej ada lawatan disana. Di kolej tulah papa terjumpa ibu disana. Ibu terlanggar papa tanpa senghaja, tapi papa marah ibu atas insiden kecil je. Papa minta nombor telefon ibu dan papa ugut ibu supaya jadi bibik. Kalau ibu tak ikut semua syarat-syarat papa, papa berhentikan ibu dari kolej.

So ibu pun ikutlah syarat-syarat papa. Tapi papa tak jatuh cinta pada masa tu. Sampai waktu tu, ibu jumpa kawan baik dia dari kolej nama dia Amin. Papa marah dan cemburu melihat ibu dengan Amin.

Papa paksa ibu ikut papa tapi ibu kamu tu tak mahu. Papa tampar ibu dan bawa ibu ke rumah tempat kita tinggal sekarang" kata Dato Ezra.

"Lepas tu apa jadi?" Tanya Arman ingin tahu.

"Lepas tu, papa rogol ibu. Habis saja kejadian tu, atok dan nenek memang marah papa. 5 tahun Arman. 5 tahun papa mencari ibu. Sepanjang 5 tahun tu, papa sudah jatuh cinta pada ibu. Susah jugak nak minta maaf pada ibu. Lepas tu, papa kahwin dan bahagia sampai sekarang" kata Dato Ezra.

"Wow. Tapi kenapa papa cerita kisah papa dekat Arman?" Kata Arman.

Dato Ezra duduk disebelah anaknya. "Papa tak nak Arman jadi macam papa. Sanggup mengambil maruah seorang perempuan tanpa ada ikatan sah" kata Dato Ezra.

"Lagi satu, Arman ni copypaste papa tau. So papa nasihatkan jangan buat perkara bodoh macam papa pernah buat dulu. 2 tahun Arman diluar negara sekarang ni sudah balik. Papa tak nak perkara yang papa pernah alami akan terjadi pada Arman." kata Dato Ezra. Dia menepuk bahu Arman dan keluar dari bilik pejabat anaknya.

Arman diam membisu. Tiba-tiba dia tersenyum sinis.

Arman mengambil benda dilemparnya tadi.

ALYA DAN DANIEL SEDANG HANGAT BERCINTA DAN BAKAL BERTUNANG!






























KALAU NAK TAU BILA ARMAN BALIK. SILA LIHAT BAB 13.

Just You. Only You. Where stories live. Discover now