#41

4.7K 237 40
                                    

"Adik!" Mummy menerpa ke arahku dan memeluk tubuhku. Aku terus membalas pelukan mummy.

Aku melihat kelibat angah berjalan menaiki tangga tanpa langsung berkata apa atau menoleh ke belakang. Aku tersenyum kecil.

Angah..terima kasih. Sebab tunggu adik. Dari dulu lagi.

"Adik okay tak? Ya Allah..nak, tengok dah pukul berapa ni? Adik pergi mana hah? Mummy risau tau.." bebel mummy. Aku mengapai lengan mummy, "adik okay mummy..jangan risau..adik penat ni..adik naik dulu.." aku melepaskan lengan mummy dan mendaki tangga.

Tubuh di hempaskan di atas katil. Satu frame gambar di tepi katil aku ambil dan tatap.

"Saya penat menangis untuk awak walaupun saya tahu, tak ada apa yang akan berubah..dan saya dah bertekad..saya bersedia kalau awak nak lepaskan saya.." aku tersenyum. Pasrah. Frame itu aku terbalikkan.

***

"Angah, adik dah siap.." ujar Aisya. Fareez yang sedang bermain handphone menoleh ke arah adiknya.

Fareez mengangkat punggungnya dari sofa lalu dia berjalan ke arah Aisya. Bahu adiknya di tarik.

"Betul ke kau nak jumpa dia?"soal Fareez, meminta kepastian. "Hmm.."balas Aisya bersahaja.

"Kau pasti ke ni idea yang baik? Keputusan sebenar kau?" Soal Fareez lagi. "Ye angah, adik dah fikir masak-masak..ni lah keputusan adik.."

Aisya menyarungkan kasutnya dan terus memasuki perut kereta Fareez.

Fareez menghembus keluhan berat. Kalau tu keputusan kau, baiklah.

Fareez mengambil kunci keretanya dan masuk ke dalam kereta. Aisya di sebelahnya di pandang sekilas.

"Pakai tali keledar.."arah Fareez.

***

"Papa kata Aidan dah mula kerja balik..so kita pergi pejabat dia la?"tanya Fareez. "Hmm"balas Aisya.

Setibanya di bangunan syarikat daddynya yang kini dimiliki oleh Aidan atas statusnya suami Aisya, mereka terus ke kaunter pertanyaan

"Saya nak jumpa bos awak.."ujar Aisya,dingin. Wanita di kaunter itu seperti teragak-agak mahu menelefon pejabat Aidan.

"Erm, dia isteri Aidan.." tambah Fareez. Barulah muka wanita itu tenang sidikit. "Ouh,baiklah.."

***

"Duduklah.." pelawa Aidan. Aisya menguntum senyuman palsu lalu dia melabuhkan punggung di atas kerusi

Aidan memandang Aisya tanpa sebarang reaksi. "Cakaplah.." kata Aidan dengan dingin.

Di dalam hati Aisya, dia masih berharap yang Aidan akan mengubah fikirannya.

Aisya menatap wajah Aidan yang dingin. Air liur ditelan.

"Awak..betul ke ni awak Aidan?" Soal Aisya. Aidan mengerutkan dahi.

"Apa yang kau nak sebenanrya?"soal Aidan.

Aisya tersentak dengan kata-kata Aidan. Kau?

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Where stories live. Discover now