#08

11.4K 245 26
                                    

"kenapa tak kau je yang tukarkan baju aku?" Aidan tersenyum nakal.

huk! tersentak Aisya mendengarnya. Aisya menolak kuat dada Aidan dan dia berdiri tegak di tepi katil. Kain baju tidurnya yang tersingkap sedikit menampakkan peha putihnya di turunkan.

Aidan terkekek ketawa. dia bangun dan menghampiri Aisya. "aku tak hingin pun la dekat kau!" ujar Aidan sinis dan berlalu masuk ke dalam bilik mandi.

Aisya terguris dengan kata kata Aidan. Aku tahu aku tak lawa, tak baik dan tak segalanya lah untuk kau! Tapi..kau janganla mainkan perasaan aku macam ni, Aidan.

Air matanya ingin menitis di tepis dengan jari. "memang la kau tak hingin dengan aku..kau kan gay.."ujar Aisya selamba memandangkan Aidan di dalam bilik air tidak dapat mendengarnya.

ayat tu, hanya untuk penyedap hatinya. Dia tahu dia bukannya sesiapa di mata Aidan Rafael, suaminya.

ish, kenapa dengan kau ni Aisya? kau dah jatuh hati ke apa dengan dia? hmm, walaupun dia bersikap dingin dan kejam macam tu?

Aisya berperang dengan hatinya. Malas hendak memikirkan lebih lama, Aisya menarik selimut dan membaringkan tubuhnya. goodnight world.

***

aku terjaga awal pagi ini. Jam menunjukkan pukul 5:20 pagi. Aku melihat ruangan di belah kananku. Aidan masih dibuai mimpi. Oh, dia tak ada pula tidur kat lantai ke, sofa ke..nak jugak tidur sebelah aku.

Aisya tersenyum kecil. Cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik mandi dan membersihkan diri. selepas itu, dia mengambil wudhu' untuk menunaikan solat fardhu Subuh.

tubuh Aidan di atas katil didekati. terketar tangannya nak menggerakkan Aidan. tiba tiba soalan semalam menerpa benak kepalanya, "macam tu ke nak kejut suami?"

dah habis tu nak kejut macam mana? cium pastu tepuk manja-manja baru nak bangun? banyak pulak songeh kau wahai ex-lecture merangkap suami sah semalam. ceyt!

"prof..bangun..subuh.."

panggil Aisya. nak tak nak je dia memegang lengan Aidan. oit, batal air sembahyang aku. kalau tak gerakkan pulak nanti tak bangun. "awak bangun la.."lengan itu di goncang perlahan.

terdengar deruan nafas Aidan Rafael yang kecil itu. Aisya tersenyum kecil. comel pulak prof aku ni tidur. getus hati Aisya.

segala lamunan kecil dihentikan. subuh dah nak gajah- eh..subuh dah nak habis. eh, yeke dah nak abis? baru pukul 5:40 pagi. "professor Aidan ku sayang...please la bangun subuh..nak habis dah ni.." rengek Aisya. Baru dia tersedar sesuatu. Aisya segera menutup mulutnya dengan tapak tangan.

apa aku cakap tadi? sayang? Ya Allah..malu dengan diri sendiri. nasib baik Aidan masih tak jaga.

Haih gedik jugak aku ni. Sedar, ye saya sedar.

Aisya memandang wajah tampan lelaki di hadapannya dengan teliti. tiba tiba bibir lelaki itu menguntum senyuman kecil, "kau sayang aku ke? setahu aku, kau dengan geng kau suka kutuk aku time aku masih praktikal dulu.." ujar Aidan dengan suara serak basah.

terbuntang mata Aisya. aduh, dia dah jaga rupanya! mati la aku.

"Ermm..aaaa.."

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Where stories live. Discover now