#04

10K 277 22
                                    

sesungguhnya, dalam kereta ini bagai tiada manusia. ya, sangat sunyi. Sejak aku masuk ke dalam kereta ini, langsung tiada sepatah katapun daripada Prof Aidan. Dia hanya membisu dan aku di sini bagai tunggul kayu yang tidak lama lagi bakal di bakar. hu..hu.. sadis sungguh.

Tak, aku harus mulakan bicara. Kang tak pasal-pasal kena cop sombong plus tak sedar diri. Ialah, aku ni dah la tak tepati masa, menumpang pula tu dalam kereta orang. Dia ni bagai driver peribadi aku pula. Mana boleh macam ni.

"erm, prof..maaf tadi lambat.." aku memecahkan kesunyian gua ini. No I mean, suasana ini. wah, aku di pulau nampaknya. Dia dengar atau tidak, aku tak tahu. Rileks aja dengan soalan aku ni.

"prof?"

"jangan kacau saya memandu."

dush! satu das tepat mengenai batang hidung ku. ouch, sakit. Entah kenapa, dia lebih senyap berbanding di fakulti dahulu. Aku mengetap bibir. haih, jenuh la aku macam ni. Camna nak dapat sokongan dia bila dah berumah tangga nanti?

setibanya di Shopping mall, Aidan dan Aisya Aqeela memasuki Wedding's Boutique untuk mencari baju pengantin.

"hmm, pilih la.."ujar Aidan sambil melipat tangan ke dada. "tapi prof..saya tak pandai.."

"awak perempuan kan..takkan tak pandai cari baju kut.." pintas Aidan dengan selamba.

apa? dia sindir aku ke tadi? tak guna betul! Okay, aku akan tunjukkan.."fine.."jawab Aisya.

"cepat aku tunggu.."kata Aidan lalu melabuhkan punggung di atas kerusi sofa yang disediakan.

terbuntang mata Aisya bila Aidan membahasakan dirinya aku. Oh my god, cepat gila dia berubah! macam makin benci aku je. Alaaa, macam mana ni?

Aisya berjalan ke arah ruang yang menempatkan baju-baju gaun perkahwinan untuk perempuan. "Cik, ada apa yang boleh saya bantu?" soal seorang pekerja perempuan butik tersebut.

"ermm..saya nak cari baju nikah yang simple, tak berat dan tak labuh sangat but look nice.." pinta Aisya. Pekerja itu mengangguk kepalanya. "sekejap ya.." pekerja wanita itu berjalan dan membelek-belek gaun yang banyak tergantung di situ.

"Ha, ni dia..." pekerja itu menghulurkan sehelai gaun putih yang berpetern simple sedikit bunga dan tidak labuh mengelap lantai.

"Waaa..lawanya.."ucap Aisya Aqeela teruja. "Ehem, lama lagi?" Soal satu suara garau dari belakangku. semestinya suara Prof Aidan. Eik, tak sampai lagi lima minit dah banyak soal. Kalau ye benci manusia lembap pun, tak payah la sampai lambat sikitpun nak berkira. Gerutu hati Aisya.

"Aidan?" sapa pekerja itu. Dia kelihatan terkejut melihat Aidan Rafael. wait, apa pulak ni? diaorang kenal sesama sendiri ke?

Aisya dah mula resah. Pandangan wanita itu seperti ada sesuatu yang tersirat di matanya. dup dap dup dap jantung Aisya mengepam darah. Janganla jadi apa-apa.

eh, kau dah kenapa Aisya? gelabah semacam. takkan dah suka lelaki ni pulak?

Aidan memandang wanita itu sekilas. "oh, Rafeqa..long time no see..sayang, dah pilih baju?" tangan Aidan melingkari pinggang ramping Aisya. terkejut beruk Aisya Aqeela dibuatnya.

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Where stories live. Discover now