#24

8K 157 7
                                    

"kenapa kau nak jumpa aku?"

"ada benda aku nak cakap.."

"apa dia? cakap la..cepat sikit.. aku sibuk ni.."kata Asyraf Azham sambil melipat tangan ke dada.

Aidan menarik dan menghembus nafas. "aku nak minta maaf sebab tumbuk dan menuduh kau tak tentu pasal. Aku jugak nak berterima kasih sebab tolong selamatkan isteri aku.." luah Aidan sambil menunduk sedikit. kesal.

Asyraf terdiam sebentar sebelum menjawab, "memang patut pun kau tumbuk aku..sebab aku la benda ni jadi..aku lepaskan Rafeqa semata-mata nak dapatkan Aisya yang mana aku tahu, dia tak akan kembali pada aku.." balas Asyraf.

Aidan mengerutkan dahinya, "apa maksud kau?"

"aku dengan Aisya..kita orang bekas tunang. pada hari pernikahan, aku tak dapat hadir sebab kena tangkap khalwat dengan Rafeqa. dan aku dah ceraikan Rafeqa 4 bulan selepas dia lahirkan anak aku.." jelas Asyraf. Aidan terkedu.

Oh, itulah sebab mereka saling mengenali? Aisya tak pernah cakap.

"Aidan kau jangan risau, aku janji aku dah tak akan ganggu kau dan Aisya. Aku akan sokong korang. Aku dah penat nak berebut dengan kau..lagi-lagi Aisya tu isteri kau. memang tak ada jodoh aku dengan Aisya. " ujar Asyraf. Aidan mengangguk perlahan.

"Tapi..macam mana dengan Rafeqa..dan anak kau?"soal Aidan, ingin tahu.

"huh..Rafeqa..dia ada azam baru..dia nak dapatkan kau..jadi kau Kena sentiasa berhati-hati. perempuan tu kalau dia nak apa-apa, dia akan buat apa sahaja untuk dapatkan sesuatu. Kau kena jaga Aisya elok-elok. entah apa lagi yang akan terjadi lepas ni.."balas Asyraf dengan pesanan. Aidan mengangguk. betul, perempuan macam Rafeqa memang tak kenal erti putus asa. keras kepala!

"Azham..kau tak jawab lagi soalan aku lagi satu..anak kau.."

Asyraf menelan air liur dan menghembus keluhan halus, "Rafeqa hantar dia ke rumah anak yatim. dua bulan lagi Raziq akan di serahkan pada keluarga angkat.."jawab Asyraf menahan sebak. Dia sayangkan anak dia. macam dia sayangkan nyawa dia. Tapi apakan daya.

Aidan mengerut dahi, "Raziq?"

"hmm, Muhammad Raziq Azim..anak aku.." jawab Asyraf lalu meraup wajahnya.

"kau..kau tak nak ke anak tu?"soal Aidan.

"aku sayangkan anak aku Aidan. aku suruh perempuan tu jaga anak aku. bila aku jumpa balik dia, aku nak ambil anak aku balik. Tapi lain yang dia buat. dia tak jujur. anak aku..dah tak ada mak bapak." balas Asyraf menahan sendu. Aidan menggosok bahu Asyraf untuk bertenang.

"kau tak boleh macam ni..kalau betul kau sayangkan dia, kau kena ambil semula hak kau.." ujar Aidan. Asyraf mengangguk kepala, "aku ingat nak cari balik Raziq..aku perlukan dia.."

Aidan mengangguk perlahan.

"dah la, aku nak balik. apa-apa call aku.."ujar Aidan. Asyraf menggulingkan mata, "huh, nombor phone kau pun aku takde.."

Aidan tersengih, "mintak abang ipar aku..jangan mintak isteri aku..kalau tak aku leku kepala kau.." balas Aidan. Mengusik.

"ha, ye la.."

Aidan terus berjalan meninggalkan Asyraf. sebelum kelibatnya betul-betul hilang, sempat Asyraf memanggil,

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Where stories live. Discover now