#40

5K 208 25
                                    

Tak sangka..

Macam ni rupanya..

Hah, aku memang dah jatuh dalam mainan kau Aidan..

Sampainya hati kau..

Kereta dipandu laju menyusuri jalan raya. Air mata yang dari tadi tidak berhenti mengalir di kesat.

Sungguh, hati ini hancur melihat dia begitu mesra dengan wanita lain. Apa aku ni tunggul ke? Aku ni patung ke kau nak mainkan aku macam ni?!

Setelah tiba di satu kawasan lapang yang sunyi, aku memarkir kereta di hadapan sebuah bangunan tadika yang sudah lama terbiar. Tali keledar aku buka lalu aku menyandarkan tubuhku ke seat.

Aisya menekup mukanya dengan kedua tapak tangannya. "Kenapa..kenapa awak buat macam ni kat saya Aidan..apa salah saya?" Aisya teresak-esak menangis.

Aku penat. Siapa sahaja yang mampu ungkapkan betapa penat dan hancurnya aku?

"Ya Allah..dugaan apakah kali ini?"

Ya Allah, adakah kau kembalikan dia dalam jangka masa yang singkat untuk aku menenangkan hati aku sahaja? Tetapi mengapa harus dia pergi semula?

Air mata deras menuruni pipinya. Aisya mengurut dadanya. Ya Allah, sakitnya.

Matanya merah. Hatinya hancur, tubuhnya panas.

Aidan, kalau awak bencikan saya, lepaskan saya. Jangan mainkan hati saya. Tolonglah.

***

"Ya Allah..abang, dah pukul berapa ni..kenapa adik tak balik lagi.." Datin Sri Norlia resah. Jam menilik tepat pada pukul 12 setengah malam. Anak perempuannya masih tidak pulang lagi.

Dato' Rahman melabuhkan punggung di atas sofa. Dia juga binggung.

Faheem menepuk-nepuk bahu ibunya untuk menenangkan wanita itu manakala Fareez pula hanya berdiri di sebelah Faheem memerhati tingkah keluarganya.

Tak ada siapa ke yang nak bergerak? Soal hati Fareez.

"Ada sesiapa tahu ke Qeel keluar pergi mana?" Soal Fareez. Datin Sri Norlia dan Faheem menggelengkan kepala. Air mata wanita separuh abad itu akhirnya menitis.

"Sekejap..tadi adik kata dia nak jumpa kawan!"ujar Dato' Rahman tiba-tiba.

Kawan? Daania?

Fareez terus berlari mendapatkan kunci keretanya. Dia memecut laju keretanya keluar dari perkarangan banglo keluarganya.

"Fareez!" Teriak Datin Sri Norlia sebelum wajah anak lelakinya itu hilang dari pandangan.

"Ke mana pula la budak tu nak pergi.." semakin sebak hati wanita itu. Aksi Fareez kadang-kadang tidak boleh dijangka. Apa sahaja dia mampu buat tanpa memikirkan keselamatannya.

Faheem mendapatkan ibunya, "mummy,jangan risau..along janji yang Fareez mampu cari Adik.." kata Faheem yakin.

Fareez, memang orangnya nampak dingin dan keras kepala. Tetapi jika sesuatu jadi pada adiknya, dialah orang pertama yang akan mempertahankan adiknya itu. Fareez, siapa sahaja yang jangka dia begitu kisah entang adiknya.

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Where stories live. Discover now