#34

4.5K 172 16
                                    

"Mummy..takut laa.." rengek Aisya. Aisya memeluk begnya. Berdebar-debar hatinya bila daddynya kata nak kena naik flight.

Aku ni, dah la takut tinggi,gayat. Rasa macam nak muntah.

"Ish kamu ni..naik kapal terbang je pun..dah cepat. Nanti lambat!" Kata Datin Sri Norlia. Terus wanita separuh abad itu meninggalkan anaknya di belakang.

Kalau Aidan..mesti dia tenangkan aku..

Huh..

Tak boleh, aku tak mampu lupakan dia..

"Adik.." Faheem memeluk bahu adiknya, "okay tak ni?"soal Faheem. Aisya mengangguk perlahan.

Tak, dia tak okay.

"Jom..along tolong.." Faheem membantu Aisya mengangkat barangnya.

***

Lama lagi ke nak sampai? Aku dah bosan tunggu dalam kapal terbang ni.

Tiba-tiba aku terasa mual. Kepala aku pening. Aku menekup mulutku. Angah sedang nyenyak tidur di sebelah aku. Macam mana nak keluar?

"Angah, tepi sikit.." aku menolak kaki Angah dan berlari menuju ke tandas.

Bukk!

Ouch.

"Sorry sorry.." ucapku. Dah, aku tak sempat nak dongak atas pandang siapa yang aku langgar tadi. Aku tak tahan! Terus aku masuk ke dalam tandas. Aku membuang segala-galanya.

Ya Allah, kenapa ni?

___

Bukk!

Aduh. Siapa ni main langgar je!

"Sorry sorry.." katanya.

Sekejap. Aku seperti kenal suara ni. Aku menoleh ke belakang. Dia laju memasuki tandas.

"Siapa ya?"

Huh..biarlah. mungkin suara saja yang sama.

***

"Room number 670" kata receptionist di kaunter hotel itu. Aku menganggukkan kepala, "thanks.."

Aku berjalan ke bilik. Setelah melangkah masuk, aku meletakkan beg di tepi katil lalu aku melempar tubuhku ke atas katil.

Letih.

Biarlah aku tidur sekejap.

Aku menutupkan mata yang telah berat. Huh, leganya dapat pejam mata ni.

Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi. Seperti sebuah tangisan dari bilik sebelah. Bilik ni tak kalis bunyi?

Aku mendekati dinding lalu telingaku ditekup pada dinding.

"Huu..huuu.."

Aku hanya mendengar tangisan itu. Kalau boleh nak sahaja aku ke bilik sebelah tanya kenapa. Tapi, ganggu rumah tangga orang pulak.

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Where stories live. Discover now