#15

9.3K 200 12
                                    

hujan membasahi bumi. lebat sehingga tidak menampakkan jalan raya. Terlihat satu kelibat tubuh sedang berjalan di bawah hujan. Tubuhnya habis basah lencun. dia masih lagi berjalan sambil menunduk memandang ke lantai. hujan dan angin sejuk yang meniup menerobos ke setiap pelusuk tubuh bagaikan tidak di rasainya.

"A-Aisya.."panggil Aidan. tubuhnya sudah terketar-ketar menahan sejuk. tubuhnya terasa lemah serta merta.

bukk! Aidan terduduk melutut di tepi jalan itu. Dia memeluk tubuhnya. sejuk.
matanya menjadi kuyu. Hujan yang menimpa bumi semakin lebat. menghalang penglihatannya.

kepalanya berdenyut-denyut. serta merta tubuhnya terbaring di atas tanah.

sayup-sayup kedengaran suara memanggil namanya,

"Aidan!!"

.
.
.

"Aisya puas ke buat macam tu dekat Aidan?! Apa, ugut mummy daddy nak tinggalkan Aidan kalau kami bagitau kamu berada kat mana? Adik tau tak perbuatan adik tu teruk! Berdosa!" marah Datin Sri Norlia. Aisya menundukkan kepala. Air matanya sudah mengalir.

Hajah Faridah Everlyn menggosok bahu besannya untuk menenangkan wanita separuh abad itu. Dari tadi lagi Aisya di marahi.

"sudah la Lia.. benda nak jadi.."pujuk Hajah Faridah. Datin Sri Norlia mengurut dadanya.

"mummy..mama..Aisya minta maaf..Aisya tak ada niat pun nak tinggalkan Aidan..tapi.."

"Tapi apa Adik?" sampuk Faheem Arsyad. Aisya mengetap bibir. Gemuruh pada seluruh tubuh Cuba di kawal. tapak tangan sudah berpeluh.

"Aisya..Aisya jumpa Azham, mummy.." ujar Aisya. Datin Sri Norlia dan Faheem Arsyad kelihatan terkejut. Begitu juga Hajah Faridah Everlyn. Wanita itu juga tahu tentang bekas tunang Aisya itu. cuma Aidan seorang yang tidak tahu tentang lelaki itu buat masa ini.

"Aisya..Aisya dah banyak sakit kan hati Aidan lepas kemunculan Azham..Aisya takut Aisya sakitkan dia lagi..tapi, macam ni pula yang jadi..Aisya minta maaf.." ujar Aisya kesal. Tak pernah terniat nak biarkan Aidan begitu. Aisya langsung tidak tahu yang Aidan sakit. Jika Aidan demam, demamnya akan menjadi sangat teruk. Suhu tubuh Aidan boleh naik secara mendadak dan mungkin boleh sawan atau nauzubillah boleh membawa maut.

Kali terakhir Aidan demam ketika dia mengambil SPM. Masa itu memang huru hara.

"Aisya! Aidan..dia dah bangun..dia nak jumpa kamu.." panggil Haji Ghazali yang baru sahaja keluar dari wad Aidan Rafael. Aisya yang mendengarnya terus berlari memasuki wad Aidan. Aisya mendapatkan suaminya. Dia berasa sebak melihat tiub yang di cucuk pada tangan suaminya.

lengan Aidan di pegang, "a-abang..Aisya minta maaf..maafkan Aisya..Aisya tak tahu..Aisya tak tahu abang sakit..kenapa abang tak bagitau? abang..Aisya tak ada niat nak tinggalkan abang..m-maafkan Aisya abang.." Aisya mengalirkan Air matanya sambil mencium tangan Aidan.

Aidan tersenyum kecil. lengan Aisya di tarik dan mendorong gadis itu ke hadapan. tubuh Aisya menindih tubuh Aidan. Aidan mengelap air mata Aisya dengan ibu jarinya.

"abang.."

"sayang.. I miss you damn much.."ujar Aidan perlahan dengan suara yang lemah. Aisya tergelak kecil dengan sisa tangisannya. " abang..Aisya rindu abang juga..Aisya sayang abang.."luah Aisya. Aidan menarik kepala Aisya dan akhirnya bibir mereka bertaut sekali lagi selepas beberapa minggu mereka bersikap dingin.

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Where stories live. Discover now