#03

10.6K 261 12
                                    

.
.
.

"long time no see, Aisya Aqeela.." Aidan Rafael tersenyum sinis. Aisya Aqeela menelan air liur beberapa kali. Cuak. Seram. Nak nangis. almaklum la, anak manja Datin Sri dan Dato' Sri.

kenapa aku rasa nak menangis ni? Pandangan dia. mummy, adik tak nak kahwin. bentak Aisya dalam hati. Aisya Aqeela menarik dan menghembus nafasnya.

"err..prof pun.." jawab Aisya masih dalam gagap. Aidan mengendahkan Aisya kembali dan memerhati sekeliling rumah.

"prof Aidan, jom la masuk. Semua sudah tunggu.." ajak Aisya. Kini hilang sedikit rasa gerunnya pada lelaki itu. "hmm,nanti saya masuk" balas Aidan dengan dingin tanpa memandang Aisya Aqeela.

tap! satu tangan memegang bahu Aidan. Aisya dan Aidan yang terkejut memalingkan tubuh ke arah empunya tangan,

"jom masuk,makan.." ajak Fareez Daniel dengan dingin. "oh, Angah.." Fareez memandang Aisya dan Aidan sekilas lalu masuk ke dalam tanpa banyak suara.

"erm,jom la.."

"tak perlu ajak, saya tahu masuk sendiri.." ujar  Aidan sinis lalu mengorak langkah masuk ke dalam banglo mewah keluarga Aisya Aqeela.

Aisya Aqeela agak terkilan mendengar kata-kata Aidan Rafael. Kedengaran seperti agak keras. Aisya Aqeela menelan air liur.

macam mana kalau dia memang gay? dia macam tak suka aku. Uh,siapa tidak kenal Professor Aidan Rafael yang dingin dan keras terhadap perempuan itu. Aduh, macam mana la aku lepas kahwin nanti. Gerutu Aisya Aqeela. Dia menggaru kepala yang tidak gatal dan berlari masuk ke dalam rumah.

.
.
.

"Idah, Zali, Aidan..makan lah ya? Tambah banyak-banyak.." kata Datin Sri Norlia. Mereka yang lain hanya mengangguk sambil tersenyum.

Ya Allah, manisnya senyuman dia. Kat kolej dulu bukan main kedekut senyuman. Senyuman yang selalu aku nampak pun senyuman sinis yang ada maksud tersirat.

pap! "kau mengelamun apa,Qeel? makan la..sudah la tu usha tunang kau. Nanti kahwin juga" kata-kata sinis Fareez Daniel membuatkan Aisya Aqeela termati lamunan. Yang lain memandang ke arah Aisya yang sudah menundukkan kepala. Malu la weyh!

Aisya Aqeela mencubit peha angahnya yang duduk di sebelah, "ouch!" desah kecil Fareez. "angah ni, malu la adik.." ngadu Aisya. Fareez menggulingkan mata dan terus makan bersama yang lain.

"Aisya, esok ikut Aidan beli cincin ya?" ujar Hajah Faridah Everlyn secara tiba-tiba. Aisya menjegilkan matanya. Mujur tidak tercekik. Aisya memandang Aidan di sebelah Hajah Faridah Everlyn.

amboi, rileks betul prof aku ni. Ish, kenapa aku nak kena keluar dengan dia pulak?

"err..aaa.. tapi.."

"adik, ikut saja la..Aidan tu tunang adik juga." pujuk Dato' Sri Rahman. Aisya menggigit bibir bawah, "okay..adik ikut." akur Aisya. Nak buat apa lagi? Buang masa jika mahu memberontak, prof Aidan bukannya mahu menyokong aku pun.

"okay, bagus.. esok Aidan dan Aisya cari cincin, mummy dan mama akan settle kan pelamin dan barang hantaran. " ujar Datin Sri Norlia dengan teruja. Hajah Faridah Everlyn mengangguk setuju.

mama? oh my god, adakah ia semakin tiba? hari yang aku dan dia akan di satukan? NOOO..

"Hmm,nanti daddy ngan papa tolong hantar je,ya? daddy ingat nak lepak ngan Zali ni..lama dah tak jumpa.. Faheem,nik ikut?"

"eh, tak apa daddy. arr, Faheem kerja esok.." balas Faheem. Dato' Sri Rahman dan Haji Ghazali mengangguk faham.

"Fareez?" soal Datin Sri Norlia pula. Takkan la anak keduanya ini nak diabaikan pula,bukan? Fareez Daniel menggeleng, "no thanks, Reez sibuk. I'm done," Fareez bangun dari kerusinya dan membawa pinggannya yang telah licin. Semua di meja makan memerhati Fareez ke dapur kecuali Aidan.

not my business. bisik hati Aidan Rafael. Dia terus manyambung makannya.

"okay,semua dah set. So esok, Aisya ready awal,okay? Aidan akan ambil pukul 8 pagi." jelas Haji Ghazali. Aisya Aqeela menganggukkan kepalanya tanda faham. Aidan menjeling Aisya sekilas.

***

"Adik, bangun. sekejap lagi Aidan sampai,sayang.." suara mummy menyapa gegendang telingaku. Aidan? sampai? sekelip mata, mata yang terkatup rapat terbuka luas seperti lautan pasifik.

"mummy,pukul berapa?"tanya Aisya. "7:30 pagi, sayang.."balas mummy dengan tenang. Tenang? mummy boleh la tenang! aku ni,huru hara!

"why didn't you wake me up? I'm late" kataku dengan cemas. Aku melompat turun dari katil dan berlari mendapatkan tuala. "well,mummy dah kejut adik hundreds of times. Tapi adik keras juga kepala tu tak mo bangun.." bebel mummy. aku mencebik.

"okay, fine. adik mandi dulu!" aku terus berlari masuk ke dalam bilik mandi. Mummy menggelengkan kepala dan berlalu keluar.

aku dah la kalau mandi tak boleh sekejap. paling tak pun, setengah jam gamaknya. aku mengeluh perlahan. Air yang terpancut pada tubuh menyegarkan badanku. Dan macam biasa, aku terbuai dalam kesegaran mandian pagiku.

tup! bunyi pintu tertutup membuatkan aku terjaga dari mengelamun. oh my, aku lambat! Dengan pantas,aku  melilit tubuhku dengan tuala labuh paras peha dan sehelai tuala lagi aku buat tutup kepala. memang kebiasaannya, aku buat begini untuk kering kepala.

krik! pintu bilik air aku buka. Dan alangkah terkejut beruk dalam zoonya aku bila melihat sekujur tubuh lelaki yang amat aku kenal duk membaca novelku di birai katil. Aku segera masuk kembali ke dalam bilik mandi dan menyorok belakang pintu.

"p-prof! a-apa prof buat dalam bilik saya?!"soalku dengan gugup. Dah la udara sejuk, mengeletar tubuhku dibuatnya. Prof Aidan mengalih pandangan kepadaku,

"lama betul mandi.." dia mengerling jam tangannya, "30 minat saya sampai.." tambahnya. Aku ternganga besar. setengah jam? oh my,aku memang teruk. "m-maaf prof..saya tak sedar."

Prof Aidan mengangkat punggungnya dari birai katil dan berjalan ke arah pintu bilik. "saya benci orang yang lembap.." kata terakhirnya sebelum keluar.

zupp! kata-kata itu.. menikam ke hati aku. Argh! tidak, kau ni teruk Aisya Aqeela! aku mengutuk diri sendiri. sememangnya aku tidak suka membuat orang ternanti. tetapi aku sedar, pergerakan aku sendiri yang membuatkan diri aku bersalah tak henti-henti.

setelah aku bersiap, aku memecut laju turun ke bawah. "mummy! mana Aidan?" soalku. erk,aku panggil nama dia je ke tadi? awkward..

mummy menggelengkan kepalanya. "ish kami ni, suka buat orang menunggu kan? tahu tak kesian Aidan tu. tu, dia dah tunggu dalam kereta." ujar mummy dengan bebelan ringkas.

Aku hanya menadah telinga mendengar leteran mummy aku sambil mengangguk kepala. "okay, thanks mummy.." Aku berlari tidak sampai 8 langkah, kemudian aku mengundur kembali.

"nak apa?" tanya mummy. "mummy ke yang suruh dia naik bilik adik tadi?" soalku sambil menyengetkan sedikit kepala. Mummy tersengih menampakkan baris gigi. Aku ternganga. so,kerja mummy la ni?

"mummy..ish, nanti la!" baru ingat nak merengek,tapi teringat pula prof Aidan yang tengah menunggu di kereta. Aku memecut laju mengalahkan Ussain Bolt dan keluar dari rumah itu.

Mampukah Dia

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Where stories live. Discover now