#32

5K 180 18
                                    

"Aisya..jom!"

Aisya berlari anak menuruni tangga. Kelihatan Asyraf Azham sudah menantinya di ruang tamu. Aisya tersengih menampakkan gigi.

"Sorry lambat.."ujar Aisya. Asyraf menggeleng, "tak apa, untuk awak semua okay.." balas Asyraf lalu dia mengeyitkan mata.

"Ha, nak pergi dah?" Soal Datin Sri Norlia. Aisya mengangguk laju. "Okay la..hati-hati.." pesan Datin. "Oi, jaga adik aku baik-baik.." kata Fareez Daniel yang datang entah dari mana.

"Ha, ye la..kami gerak dulu Assalamualaikum.." Ujar Asyraf.

Setelah tiba di Shopping mall, mereka menuju ke dalam. Bermacam kedai yang mereka serbu. Semuanya kerana niat Asyraf mahu melihat senyuman Aisya semula. Dia tahu yang selama ini Aisya berduka. Bukan kerana cinta, tetapi sayang. Dia masih ingat akan batasnya. Aisya masih lagi isteri orang.

"Macam ni la yang saya nak tengok.." kata Asyraf tiba-tiba. Aisya berkerut dahi. Aiskrim di tangannya dijilat.

"Aisya Aqeela yang suka senyum. Saya gembira dapat buat awak senyum semula.." jawab Asyraf sambil melihat wajah gadis di hadapannya.

"Terima kasih."ucap Aisya. Giliran Asyraf pula mengerutkan dahi, "ialah, sebab awak la saya tersenyum. " sambung Aisya. Lalu mereka tergelak kecil.

Jika aku mampu membuatkan kau tersenyum sepanjang masa..


tiba-tiba ingatannya mengimbas semula kejadian pagi tadi.


"cik.." Asyraf menyentuh bahu seorang wanita. wanita itu menoleh ke belakang, alangkah terkejutnya Asyraf apabila melihat wanita itu ialah rakan lamanya, "Zulaikha?" lebih terkejut Asyraf apabila melihat di tangan Zulaikha  seorang bayi kecil yang sedang lena tidur,"  R-Raziq?"

Zulaikha kelihatan sangat terkejut. Terus dia melarikan diri. "Zu-Zulaikha!"

Asyraf langsung tidak sempat mengejarnya. Zulaikha terlebih dahulu menaiki sebuah kenderaan dan pergi bersama bayi itu.

Raziq..aku pasti tu adalah Raziq! Kenapa dia dengan Zulaikha?

Senyuman pada bibir Asyraf terpadam. Aisya melihat Asyraf pelik, "awak okay?" Tanya Aisya lembut.


Asyraf cuba mengukir senyuman semula.

Fake smile..I know. Kenapa ni Azham?soal hati Aisya Aqeela.

"Saya tahu awak tak okay..I'm sorry kalau salah saya.." ucap Aisya,bersalah. Asyraf menggeleng laju, "eh, tak bukan..bukan salah awak..saya cuma.." Asyraf tidak mampu menyambung katanya.

"It's okay..don't need to tell me..tunggu kalau awak bersedia.." kata Aisya. Azham nengangguk perlahan.

"Jom balik lah.."ajak Aisya. Asyraf hanya menurut.

***

"Arghh!" Aku memegang kepalaku. Sakit..sakit..arghh.

Fikiran aku sakit. Kepala aku sakit bila aku cuba mengingati memori lalu. Kenapa aku nak sangat ingat kisah lama? Sebab aku nak tahu..siapakah wanita tu. Wanita yang selalu ganggu tidur malam aku, hati aku,perasaan aku..siapa dia?!

"Arghhhhhhh!!"

"Ya Allah, Aidan!" Ummi mendapatkan aku. "Aidan kenapa ni,nak?" Ummi kelihatan gelisah.

"S-sakit..sakit ummi.."

"Ya Allah..Ya Allah.."

***

Prangg!

Aku mengundur ke belakang. Ya Allah, apa yang aku buat ni? Kaca-kaca itu berderai.

"Kenapa ni Adik?" Mummy datang kepada aku. "Tak ada apa mummy..adik terjatuhkan pinggan..licin tangan tadi.." jujurku. Tapi entah kenapa, tiba-tiba sahaja aku leka.

"Ish ish ish..dah, pergi naik..biar mummy bersihkan.."arah mummy. Aku terus keluar dari dapur.

Sejujurnya, hati aku tidak sedap. Ada apa-apa yang terjadi ke?

"Astaghfirullahalazim.."ucapku. Aku mengatur langkah bergerak menaiki tangga ke bilik.

Punggung dilabuhkan di birai katil. Frame gambar di tepi katil aku ambil.

Aku mengusap gambar itu. Air mata terasa ingin jatuh.

Aisya, stop it. Move on!

I just..miss you..

"Kalau la jodoh kita sampai sini sahaja, saya terima..saya redha yang awak bukanlah dicipta untuk memenuhkan separuh iman saya, Aidan Rafael.."

Butiran permata itu mengalir juga akhirnya. Menghiasi pipi gebunya. Hati sebak hanya mampu di tahan. Sakitnya dia rasa hanya dia pendam.

Saya tahu..ini yang terbaik..
 

***

"Sayang, I tengok sejak dua menjak ni you asyik senyap je..kenapa ni? Hmm?" Tanya Rafeqa sambil memeluk lengan Aidan.

"Tak sihat sikit.."jawab Aidan perlahan. Terbuntang mata Rafeqa," what?! You tak sihat? You demam ke?! Nak I bawa you pergi klinik?" Soal Rafeqa bertalu-talu sambil tangan meraba muka Aidan.

"Tak payah.." Aidan menolak ke tepi tangan Rafeqa. Dia tiada mood. "Leave me alone.." tambah Aidan. Rafeqa terpempan. Aidan mengorak langkah meninggalkan Rafeqa.

"Kenapa dengan dia ni?!" Marah Rafeqa. Rafeqa mengusutkan rambutnya.

***

"Azham.."

Suara itu menarik perhatian Asyraf Azham. Dia menoleh ke tepi.

"Ouh,Fareez..ada apa?" Soal Asyraf. Fareez mengambil tempat di sebelah Asyraf.

"Saja..jalan-jalan..jumpa pulak kau kat sini.."

Asyraf tersenyum kecil.

"Aku tengok kau macam ada masalah..serabut kau ni..share lah."ujar Fareez. Asyraf menggaru belakang kepala yang tidak gatal, "tak adalah..." tipunya.

"Huh, tak habis-habis nak gebang..aku tau lah.." kata Fareez sambil tergelak hambar.

Angin lembut yang meniup kulit menenangkan fikiran dan perasaan. Hanya Tuhan yang tahu apa sahaja yang terpendam di dalam hati kecilnya.

"Fareez..aku.."

Terasa berat ingin memberitahu.

"Aku dah jumpa anak aku.."

Mampukah Dia

𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora